@ Jangan..

Thursday, March 31, 2011

Jangan mandi berbogel walaupun seorang diri.
nanti Allah akan tarik kebahagian dan keberkatan dlm berumahtangga sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Tentang Hati said...

assalamualaikum...
salam perkenalan ibu...
jenguk2 la kat blog saya...
tq memberi info yg berguna ni...

nurul nabila bt medan said...

terima kaseh kerana sudi berkongsi kpd kiteowg tentang perkara itu :)

nurul nabila bt medan said...

ouwhh !
babyibu ni selalu kasik info yg bermanfaat.
bagus2.

CatlinaFly said...

terima kasih kongsi info!

Mama Zharfan said...

thanks for sharing..

sya said...

good info...
sharing is caring (^_^)

fizanur said...

mintak izin c&p ye.

Kenapa berat badan saya naik sedangkan saya tidak makan bany...

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

bagus info yang dikongsi..moga leh jadi panduan utk kita semua..huhuh

AkmaFaizal said...

thanks for sharing..terima kasih atas ingatan ini.

hezrina83 said...

islam tuh mmg dijadikan yang terbaik untuk kita..good info..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop