Alhamdullillah, setelah berhari-hari, akhirnya berjaya juga siapkan kemas barang. Kemas barang? Pergi mana? Hehe. Bukan nak pergi mana-mana pun. Barang yang balik Paris hari tu la tak abis masuk almari lagi. Basuh baju 5 round - so terkemut-kemut la nak melipat kain. Semalam berjaya lipat semua. Pastu susun semua atas katil. Hari ni baru masukkan semua di tempatnya balik. Lega rasa.
Tu bab barang. Tapi bab jet leg tak hilang lagi. Pukul 3-4 pagi mata masih terkebil-kebil. Badan penat tapi mata tak nak tidur. Ammar pun sama. Pukul 10 malam tidur, pukul 2 pagi jaga. Siap sampai subuh tak nak tidur. Huhu. Tengah train die balik. Hari ni tak kasi die tidur petang. So harapnya malam ni die tak bangun la. Kalau bangun juga, p la ikut Ayah tengok bola kul 3.30 pagi kang. Ibu nak tidur. Huhu.
Sebelum tidur, Ibu kasi korang tengok gambar sikit kat Disneyland Paris. Insyaallah nanti Ibu cerita panjang-panjang. Tengah sibuk catch up balik hal-hal study ni (maklumlah lama tinggal).
Depan Disneyland Park (Sila notice Ibu pakai selendang ye - berjaya!! - suka sangat inner Arzu yang tak melekap)
Aktiviti mula-mula, amik gambar dengan Mickey Mouse
Perarakan - ada Goofy, Donald Duck, Cinderela dan banyak lagi
Ammar penat kejar perarakan - terus tidur
Cantikkan? Cuaca nampak cantik. Tapi sejukkk ya amat. Ibu pakai 6 lapis pun terketar-ketar lagi. Huhu. Ikut ramalan cuaca hari tu dalam 3 ke -1. Memang tak tahan.
Ammar seronok dapat naik Merry Go Around - betul ke nama die ni? main taram je
Ibu dan Minnie Mouse - Ammar tidur balik time ni
Nak gambar lagi? Tungguuuuuu....














11 kawan BabyIbu berkata-kata..:
alahai sonoknya g jalan2 kt disneyland...tgk pict pn dh terasa keseronokannya...huhu
kita orang tak amik pun gambar ngan maskot sumer nih. huhuhu. *cam rugi plak* sbb masa tu ramai, ngan adam tido lagi dalam stroller, cam malas nak pegi kat area crowd and show huhuhuhu *kena simpan duit pi balik nih.* kuikuikui
hmm betsnya.. bila la jugak nak smapi ke sana
Comel Ammar atas Merry Go Round :)
bestnya ammar jalan2 disneyland..
wa weeee bestt nyer gi jalan2 sampai ke paris!!
mesti ammar paling happy dapat jupa disney character tuh hehe
bestnya pi disneyland... tringin nak pi sana lagi, mesti dah banyak yg berubah...
waduhhh bestnya jln2 kat disneyland..
bestnyer..disneyland tu destinasi impian sejak kecil..huhu
nk jugak ambik gmbr ngan mickey mouse !
comei2.:)
bestnyer...
Post a Comment