Belum ada kesempatan nak blog panjang-panjang. Laptop Ibu tak bawa so kalau guna laptop Ayah - kurang kelengkapan untuk berblog sikit. Hehe. Tunggu Ibu balikla ye. Ibu tempek gambar sikit-sikit dulu. Kali ni nak cerita pasal tram di Grenoble, France.
Selain bas, tram merupakan pengangkutan utama di sini. Ibu sempat naik satu kali. Sekali naik dalam 1.40 euro. Tapi tram ni takde pagar ke apa. Kalau orang sana naik, diorang touch je kad sebelum naik. Ibu beli tiket - tapi tak tau nak touch atau jolok kat mana. So Ibu just simpan dalam poket jelah.
Ada juga Ibu tengok main naik je - tak pasti la sistem die sebenarnya macam mana. Agaknya kalau sistem macam ni pakai kat Malaysia mau rugi syarikat tram ni. Huhu. Apapun sangat senang nak tram. 5 minit sekali lalu. Gambar dalam tram semua dalam memory card Ibu yang rosak itu. Ada satu ni je - tu pun dalam kamera Ayah. Huhu.
Orang memang main lintas je kat laluan tram ni. Bila tram dah lepas - semua pakat lintas jelah sebab memang takde pagar ke apa. Kereta pula lalu kat sebelah laluan tram ni. Ibu asyik dok terpikir - kalau kat Malaysia mau kena langgar ni. Huhu.














8 kawan BabyIbu berkata-kata..:
hmm bestnya. tingin sgt nak jejalan kat negara om putih nih
x penah merasa lagik..hehe..syioknya jalan2
berdisiplin nye diorg ka../huhu
sama mcm sistem tram kat uk. naik je mcm naik bus, nanti ade konduktor tram check tiket. kire nasib aaa sape yg org tuh tak sempat check/or bayar tiket, dapat free.. tram kire mcm kereta jugak. I dulu pun heran jugak mcm mane bile kereta kite berada diblkg tram or didepan, kene bagi laluan ke? kehkeh rupenye, anggap aje tram tuh mcm kereta. takleh langgar lari, sbb byk saksi diorg nih. citizen pun honest le kemain
kat neg maju kebanyakan diorg very honest. kalo kat msia, mmg mcm yana ckp la, bakal bankrup sykt tram tu hehehe
hemm..bila malaysia nk buat sistem cm2...nk gak cuba..hehe
alahai tram..kita ni...komuter n monorail pn baru brp kali naik..hahaha..duk kb ni lg la xjmpa benda 2 semua..kui..kui
best yer~~
Post a Comment