@ Panass..

Friday, April 29, 2011

Alhamdullilah. x10der laku macam pisang goreng panas. Dah ramai yang tahu kegunaanya. x10der Dahlya Cotton habis dijual. So Hari ni restock stok baru ya. Silala jengah ya:

Rujukan saiz:
S (50kg & below) (Punggung 36-38)
M (>50kg to 70kg) (Punggung 40-42)
L (>70kg to 90...kg) (Punggung 44-46 )

Pengumuman: Mulai hari ni x10der Dahlya Cotton digantikan dengan material baru iaitu Cotton+Lycra. Kain lagi sedap dipakai, lembut dan strecthable. Rupanya? sama macam X10der cotton juga.

x10der 1 Dahlya Cotton Lycra  (Hitam) - RM49


Stok yang ada
Hitam (S-5, M-8, L-4 )

X10der 1 Dahlya Cotton Lycra (Off White) - RM49


Stok yang ada
S-3, M-4, L-1

X10der 1 Dahlya Cotton Lycra (Light Grey) - RM49


Stok yang ada
S-3, M-4, L-2



Penerangan Produk

Diperbuat daripada kain lyrca+ kapas.
  • Hujungnya diberi kemasan lurus lepas
  • Manakala bahagian tangan tidak terlalu ketat dan besar (ezi wudhu)

x10der Dahlya Elite (Microfiber) - RM35


Stok yang ada
S-2, M-1

Penerangan Produk

Diperbuat daripada kain microfibre lycra yang sangat selesa. Ciri-ciri:-

1.Potongan x10der 1 dahlya sangat selesa kerana telah melalui R & D yang berterusan
2.Materialnya yang stretchable memberi keselesaan kepada pengguna
3.Kemasan hujung tangannya menggunakan getah yang lembut dan EZ Wudhu'
4.Getah pinggangnya 3/4" lebar bagi memberikan cengkaman yang baik

x10der Dahlya LE Denim - RM59 - Limited Edition! No Restocked!


Stok yang ada
Denim Black (S-1, M-2, L-1)
Denim Blue (S-1)

Penerangan Produk

Diperbuat daripada gabungan kain denim & chiffon lycra.

•Denim stretchy dan selesa
•Chiffon lycra juga stretchy dan lembut

x10der Dahlya Pink Stripe - RM49 - Limited Edition! No Restocked!


Stok yang ada
Pink Stripe - Kain Plain (M-1, L-1)
Pink Stripe - Kain Belang (L-1)

Penerangan Produk

Diperbuat dari kain Cotton Lycra yang sangat lembut, stretchy dan selesa.

Berminat? Boleh order  klik sini atau babyibu at gmail dot com.Berminat? Boleh order klik sini atau babyibu at gmail dot com.

@ Basitah Bussaina

Ibu ada jumpa satu blog yang jual tudung. Tudungnya cantik bercorak. Nama blognya Basitah Bussaina Contemporary.  Mari tengok kata-kata aluan dari tuan empunya blog:

Looking for a comfortable & elegant 'Top Notch' yet still follow the syariat....??
look here..............Basitah Bussaina Contemporary will give all the hijab lovers a perfercetion & elegant look that you need.

We provide hijabs with utmost quality expectation with a better price. Our market ranging from all level of people as we believe everybody can look beautiful & pretty.

We promise a lower price for every items we offer. Never the less we have "Deal of the Week" as our trade mark. 


 
Also not to forget....SALE.....which everyone looking for. Yes we do SALE every month.

Our products is comparable & equivalent to boutique standard which offer higher price. So that why all of you need to drop by at my store....Welcome All!!

Dengar sale yang Ibu selalu je singgah. Cantik-cantik tudungnya. Harga pun ok. Meh tengok tudung die pula:







Cantik kan? Siapa berminat jemputlah singgah Basitah Bussaina Contemporary.  Memang berbaloi-baloi.



@ Korang suka bling bling?

Wednesday, April 27, 2011

Last weekend, MIL ajak pergi Malaysia International Gold & Jewellery Fair 2011. MIL dah pergi last year. Katanya kalau nak beli berlian memang murah la. Ibu pun apa lagi - dari tahun lepas la mengumpul duit nak ikut sekali punya pasal. Yelah kalau pergi tengok saje - sedih la pula kan. Huhu.

Ruang masuk.

Pameran ini diadakan di KLCC Convention Centre. Nak masuk kena bayar RM10. Macam MIL sebab dah pergi hari tu - so die dapat invitation card. Masuk free. Tak ramai orang pun. Security memang ketat. Siapa polis pakai pistol/senapang bagai.


Antara barang yang dijual. Banyak juga penjual. Kiranya ini direct dari kilang. Itu boleh dapat harga murah. Dari Malaysia ada, dari Sinagore ada, dari Hong Kong ada. Ibu tak ambil gambar semua - takut dengan security guard kat situ. Memang banyak la bling-blingnya. Sampai mata pun bling-bling. Nasib la poket blur-blur aje. So tengok gitu-gitu je.


Ibu beli di kedai ni. Taka dari Singapore. Agak murah la. Cincin ada berlian sebiji besar pastu ada berlian kecil tepi-tepi tu baru dalam RM400. Gelang-gelang pun murah. Kalau rantai emas putih siap dengan pendant pun baru dalam RM400 juga. Kalau yang banyak berlian tu diorang boleh bagi murah, kalau gold biasa tu ikut harga pasaran lah ye. Tapi takut juga nak pegang-pegang - yang cantik-cantik meletup semua harganya meletup. Dapat tengok pun jadilakan.

Cantik kan cincin ni? Ini bukan la cincin Ibu beli. Saje try je. Heh.


Ha gedebuk tak gelang ni. Reganya dekat RM13k. Harga sebelum diskaun. Ada kisah lucu di sebalik gelang ni. Salesman tu beriya suh my MIL pakai. My MIL pun pakai la. Pastu dok sibuk2 beli. Sampai dah bayar dah bergerak ke kedai lain. Salesman tu lupa langsung pasal gelang ni. My MIL saje je nak tengok die ingat ke tak. Rupanya sampai siap my MIL beli barang kat kedai lain pun die tak datang cari. Bahaya betul. Dahla takde kamera kat situ. 

Masa nak balik - MIL pun singgah kedai tu balik. Panggil salesman tu ke tepi. Pastu bagitau die, die lupa minta balik gelang. Pucat lesi muka mamat tu. Memang nampak la muka die lain. Nasib la die kita ni baik tak ambil barang orang, kalau dapat kat orang lain - memang potong gaji tah berapa bulan. Bahaya betul. 

So kalau korang berminat nak cari cincin ke gelang ke. Sila la kumpul duit dari sekarang. Next pameran bulan 7 kalau tak salah. Kalau ada Ibu inform ye. :)

@ Paling ramai kali ni

Tuesday, April 26, 2011

Hari Ahad lepas Ibu singgah kejep ke Pureen Warehouse Sales. Sampai memang dah agak lewat dalam pukul 12 macam tu. Selalu Ibu pergi awal sebelum gate buka lagi. Tapi sebab niat nak beli sabun-sabun je so takdelah nak pergi awal - kalau nak beli baju memang ye kena awal.

Masa Ibu sampai barisan dah sangat panjang. Dari kaunter sampaila ke tempat baju baby. Adeh. Terus call Ayah (tunggu kat kereta dengan Ammar) - supaya datang tolong beratur while Ibu grab barang. Meh tengok gambar.

 Pukul 12 - sampai je Ibu beratur dulu - ayah datang baru ambil barang

 Lepas ambil barang - Ibu tunggu dekat dengan kaunter. Masa ni dah dekat pukul 2. Punyala lama beratur.

Ammar kepenatan menunggu

Niat Ibu nak beli sabun basuh botol je tapi biasala terbabas beli baby wipes la, lotion la syampoo la. Hehe. Kesimpulannya? kalau nak pergi warehouse - sila pergi awal-awal ye.:)

@ Alkisah Bantal Busuk

Korang ada bantal busuk? Bantal yang kalau takde mesti tak boleh tidur lena. Ibu ada satu bantal busuk. Dari anak dara lagi. Kaler hijau lumut. Walaupun kalernya tak cantik tapi kalau peluk memang sedaaaap. Masa mula kawin, Ayah dah campak masuk mesin basuh. Penyet sekejep. Tapi pastu ok balik. Walaupun namanya bantal busuk, tapi die tak busuk tau. Huhu. Kalau pergi outstation atau balik kampung, bantal tu confirm Ibu usung. So kalau kat tempat tu bantal tak sedap pn tak kisah, sebab bantal busuk tu ada. Tidur tetap lena.

Gambar sekadar hiasan. Kalau letak gambar betul takut korang pening pula tengok. Hehe.


Alkisah Ammar pula. Die tak suka bantal. Dari baby, kalau diletak bantal. Mesti bantal ke mana-mana. Ibu beli bantal gambar binatang la apa la. Tapi bila tidur mesti tak pakai bantal juga. Tapi kebelakangan ni, huhu. Ammar suka pula bantal busuk Ibu. Tak ingat mula-mula macam mana, tapi yang Ibu tahu sekarang asal nak baring je - "Ibu, Ammar nak bantal Ibu". Huhu. 

Mula-mula Ammar cakap " Ammar pinjam bantal Ibu, Ibu pinjam bantal Ammar". Tapi sekarang, bantal Ibu tu dah jadi feveret Ammar. Di peluk aje time tgk tv ke atau nak tidur. Ayah kata baguslah die suka bantal. Tapi. Tapi Ibu pula tak nyenyak tidur. Ni sebab Ammar, Ibu pasrah jelah bagi. Kalau orang lain mesti Ibu berebut tak bagi. Tapi still malam2. Time Ammar dah tidur dan dah terpusing-pusing (Ammar tidur malam pusingannya cecah 360 darjah). Ibu ambil juga bantal tu peluk. Kadang-kadang boleh pula die sedar dan minta balik. Huhu. Inilah namanya sayang anak. Walau Ibu sekarang dah tak berapa nyenyak tidur, tapi demi Ammar - ambillah sayang. Huhu.

@ Our Little Celebration

Monday, April 25, 2011

Hari lahir Ammar jatuh pada 23 April yang lalu. Dah besar anak Ibu. Dah 3 tahun. Bak kata kawan-kawan Ibu - dah boleh dapat adik. Huk huk.

Kalau tahun lepas, Ammar dapat hadiah sambut birthday kat KFC tajaan Drypers. Tahun ni sambut birthday dengan Ayah dan Ibu je. Takpela yang penting ada 'cake 2 u' kan Ammar.

'Cake 2 u' tajaan Ayah dari Secret Recipe - sudah licin

How old are you? 3 years old Ibu..

Ayah kasi hadiah kereta control. Ammar pernah main dekat rumah saudara dan suka sangat. Tapi beli yang biasa je, nak beli yang mahal macam tak berbaloi sbb Ammar tak pandai lagi main elok-elok.

Sibuk belek hadiah

Main penuh gaya

Siap baring lagi tu

Selepas 20 minit - ini jadinya - huhu - dah ke mana-mana tayarnya

Tak kisahla sayang. Asalkan bahagia. Alhamdullilah Ammar membesar dengan sihat dan cergas. Semoga Ammar menjadi anak yang soleh dan mendengar cakap Ibu dan Ayah. Amin.

@ Hari Gembira

Saturday, April 23, 2011

Hari ni hari yang special. Sape tau hari ni ada apa? Cepat-cepat teka. :)


P/s: Jangan lupa hari ni mula Pureen Warehouse Sales!!!

@ Bersediakah Ibu?

Thursday, April 21, 2011

Persoalannya -  bersediakah Ibu? Bukan bersediakah Ammar? Huhu. Ibu rasa Ibu yang kena lagi bersedia. Erkk bersedia apa? Bersedia nak potty train Ammar. Bulan ni Ammar masuk 3 tahun. So nak train die tak pakai pampers lagi. Sekarang pula tengah sibuk writing satu chapter yang agak teknikal - itu yang Ibu tak aktif sangat blog or kadang2 reply email lambat - tengah pening - huhu. Tak sempat nak googlling (ape ayat ni?) pasal potty train ni..

Ada sesiapa sudi share petua kat sini? Yang Ibu tahu, ada orang bagitau - mula-mula Ibu kena bagi AMmar biasa dengan toilet. Sejam sekali ajak masuk toilet - buka pampers. Bagi die biasa kencing dalam toilet. Ada petua lain?

Ibu risau juga nak mula sebab Ammar ni memang jenis kencing/berak tak bagitau. Kalau berak pun die boleh selamba main lagi. Nasib baik la bau sangat 'wangi' so boleh detect. Kalau tak, memang tak perasan. Kadang-kadang sampai bocor pun die rileks je main. Takde nak bising pape. Setahu Ibu ada budak, pampers penuh sikit pun dah tak selesa. Ammar ni memang tak kisah langsung. Kalau Ibu tak check alamatla - huhu. Itu yang buat Ibu asyik teragak nak mulakan potty train. Ada can berteraburan satu rumah - oh tak dapat nak bayangkan.

Semalam pergi JCard Day - yeay Ibu sempat lari pergi sekejap. Ibu belikan Ammar spendar Ben10. Hehe. Macam comel je bayangkan Ammar pakai spendar.

Gambar sekadar hiasan. Ibu punya beli dalam kotak. Wayar hp tah mana pergi. Huhu.

@ Hadiah bulan ini

Wednesday, April 20, 2011

Lambat betul umumkan hadiah TC&TR bulan ni. Maaf ye. Sibuk sangat 2-3 minggu ni. Oh ya ada peraturan baru. Pemenang yang dipilih setiap bulan mestilah tidak pernah menang lagi sebelum ni. Kenapa pula ada syarat baru ni? Nak kasi semua dapat dan semua rasa. Barulah adil kan? Ok hadiah untuk bulan ini ialah

Sebuah buku nota 'blogger-notbuk' untuk kedua kategori

@ Nak pergi ke tak?

Hari ni ada JCard Day kat Midvalley. Dekat je dengan UM. Emm nak pergi ke tak eh? Keje banyak tapi ingat nak cari seluar Ammar. Nak pergi ke tak. Nak pergi ke tak. Dilema sungguh.


@ New Stock!! x10der Dahlya!!

Tuesday, April 19, 2011

Stock baru masuk. Ramai yang masih tak tahu kelebihan x10der Dahlya ni. Dengan x10der ni, anda boleh bergaya dengan fesyen terkini tanpa perlu risau lagi masalah baju singkat, nampak punggung, baju takde lengan dan panas bila kena pakai banyak lapis. Mari kita jengok stok yang ada:

Rujukan saiz:
S (50kg & below) (Punggung 36-38)
M (>50kg to 70kg) (Punggung 40-42)
L (>70kg to 90...kg) (Punggung 44-46 )


x10der Dahlya Basic (Cotton) - RM39


Stok yang ada
Hitam (S-2, M-5)
Pink (M-1)

Penerangan Produk

Diperbuat daripada kain 100% kapas.
  • Hujungnya diberi kemasan lurus lepas
  • Manakala bahagian tangan tidak terlalu ketat dan besar (ezi wudhu)

x10der Dahlya Elite (Microfiber) - RM35


Stok yang ada
S-2, M-1

Penerangan Produk

Diperbuat daripada kain microfibre lycra yang sangat selesa. Ciri-ciri:-

1.Potongan x10der 1 dahlya sangat selesa kerana telah melalui R & D yang berterusan
2.Materialnya yang stretchable memberi keselesaan kepada pengguna
3.Kemasan hujung tangannya menggunakan getah yang lembut dan EZ Wudhu'
4.Getah pinggangnya 3/4" lebar bagi memberikan cengkaman yang baik

x10der Dahlya LE Denim - RM59


Stok yang ada
Denim Black (S-2, M-3, L-1)
Denim Blue (S-3, M-1, L-1)

Penerangan Produk

Diperbuat daripada gabungan kain denim & chiffon lycra.

•Denim stretchy dan selesa
•Chiffon lycra juga stretchy dan lembut

x10der Dahlya Pink Stripe - RM49 - Limited Edition! No Restocked!


Stok yang ada
Pink Stripe - Kain Plain (M-2, L-1)
Pink Stripe - Kain Belang (L-1)

Penerangan Produk

Diperbuat dari kain Cotton Lycra yang sangat lembut, stretchy dan selesa.

X10der 1 Dahlya Cotton Lycra (Off White) - Produk Baru!!


Stok yang ada
S-3, M-, L-2

Penerangan Produk
Kain Cotton campur Lycra

Berminat? Boleh order  klik sini atau babyibu at gmail dot com.

@ Petua Berhentikan anak Dari Menyusu

Pada sesiapa yang rajin ikuti kisah di BabyIbu ni pasti tahu alkisah projek Ko Yang. Nak tahu lebih lanjut baca sini dan sini. Pada tahap pertama proses pemberhentian menyusu ni - Ibu gagal. Mula-mula letak asam jawa. 1-2 hari tu macam berjaya. Tapi lama-lama Ammar hisap juga sampai hilang rasa asam jawa tu. Huhu. Lepas tu, Ibu rasa Ibu sendiri pun sebenarnya belum bersedia at that time. Bila Ammar merengek-rengek last-last Ibu bagi juga. So projek Ko Yang pun gagal. Huhu.

Dua minggu kemudian, Ammar demam panas. Bila Ammar sembuh, Ibu pula demam. Demam yang teruk la. So time tu Ibu fikir, kalau Ibu still susukan Ammar. Ada can AMmar demam balik. So masa ni, Ibu memang kuatkan semangat. Kali ni Ibu letak kopi pula. Letak air kasi likat dan sapu. Hmm yang ni memang menjadi. Sebab Ammar takut tengok. Katanya tutu sakit. Alhamdullilah kali ni Allah permudahkan urusan. Ammar memang tak nak langsung. Walau malam still merengek tapi kurangla. Tengah tidur pun die boleh cakap tutu sakit dan tidur pegang tangan Ibu.


So rasanya pada sesiapa yang still ada masalah nak berhentikan susu anak. Bolehla cuba petua ni. Memang sukar pada mulanya, kita memang kena kuatkan semangat. Kalau kita tak kuat, memang akan gagal. Bagi Ibu, cukuplah time Ammar menyusu, yelah Ammar pun pada masa tu dah 2 tahun setengah - macam dah tak sesuai nak tutu lagi. Huhu. Alhamdullilah Ibu dapat susukan Ammar sampai tahap ni. Kadang-kadang ada yang terpaksa berhentikan susu awal - sebab pregnant atau masalah kesihatan. Ini lagila kena kuatkan semangat. Huhu.

P.s: Oh ya, kalau takde kopi - nescafe pun boleh juga. Selamat mencuba:)

@ Maharaja Lawak 2011

Monday, April 18, 2011

Salah satu cara menghilangkan stress ialah dengan melayan Maharaja Lawak. Ibu tak pernah tengok sebelum ni kalau yang Raja Lawak. Tapi sebab Maharaja Lawak ni ramai yang best masuk maka Ibu pun layanla. Walau dah tak tayang kat astro Prima (pandai sungguh marketing diorang) - Ibu layan kat Youtube jelah. Jadila kan. :p



Ramai juga yang best - Nabil, Jozan, Jambu, Sepah, Alex. Ini undian terkini  Ibu ambil dari http://www.astro.com.my/maharajalawak/


Korang suka sape? Ibu suka Nabil. Terbaekkkkk!! My mom siap nak undi lagi. Jangan main-main. :)



@ Botol Gelas Untuk Orang Dewasa Pula

Kalau anak-anak kita belikan Weego. Ramai pula tanya, untuk emak-emak takde ke? So baru sampai stok - memperkenalkan - Botol Glass 22oz. Terdapat dalam 6 pilihan warna. Berminat? Email babyibu at gmail dot com.

22 oz Glass Beverage Bottles
Lifefactory’s BPA-free reusable beverage bottles are clear soda lime glass wrapped in a modern silicone sleeve -- an intelligently designed, clean tasting, chemical-free container for all your favorite beverages.

The wide mouth makes adding ice cubes, fruit or tea bags easy.

Don't just use the BPA free bottles for your kids, you too should have one.

* nice colors
* can be hooked on bags easily
* good for kids too - to bring to school
* can be put in hot places like cars, do not need to worry about heat in the car
* easy to clean

PRICE : RM 119

Light Blue

Midnight Blue

Orange

Pearl White

Red

Spring Green

@ Corat coret di Sydney

Friday, April 15, 2011

Last entri pasal Sydney - maybe korang pun dah boring. Sangat busy minggu ni tak sempat nak berblog. Ok meh layan.

1. Makanan - makanan di Sydey agak mahal. Satu bungkus nasi goreng dalam RM40 duit kita. Masih kat sinila rasa bersyukurnya duduk di Malaysia. Makanan murah dan sedap. Makanan halal agak mudah nak cari tapi tula harganya memang tak boleh tahan. JUmpa satu kedai mamak - roti canai je RM9. Hukhuk. Telan air liur sajelah.


2. Stroller - Stroller kami kat terkandas di airport sebab pekerja airport mogok. Maka belila stroller baru sebab dah tak larat dukung Ammar. Stroller ni kami beli dalam RM400 - agak murahla sebab kualiti die bagus. Namun jodoh stroller tu dengan kami pendek sahaja. Balik ke Malaysia, stroller tu hilang dalam perjalanan. Tak tau la attendan flight lupa bawa masuk ke apa. MAS ganti balik duit RM300. Tapi still rasa rugi sangat sebab kat Malaysia tak dapat stroller macam ni dengan harga ni.


3. Demam - Sampai di sana Ammar demam. Nasib baik Ibu bawa semua ubat AMmar - demam, batuk dan selsema. Nasib baik juga Ibu letak semua ubat, toiletries, baju dalam 3 pasang dan juga bekalan pampers untuk dua hari dalam beg galas Ibu. Berat memang berat tapi sangat berbaloi bila tiba-tiba ada dugaan macam mogok tu. Barang kita takpe sangat, barang anak tu penting. Sebab sampai tempat orang, kita bukan tau sangat nak beli kat mana masa first day tu.

4. Transportation - Public tansport banyak. Kalau bas hijau macam kat bawah ni free je. Tapi ada time die. Sampai petang pukul 5 rasanya. Pernah sekali kami punya la tunggu bas hijau, rupanya dah takde. Naikla bas biasa. Heh.

Itulah serba sedikit kenangan di Sydney. Merasalah pergi tempat omputih. Nak pergi belajar sana takde rezeki lagi. Tumpang rezeki Ayah jelah :).


Sydney Airport


Lepas ni marathon kat Paris pula ye:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop