@ Alkisah terkunci

Monday, April 11, 2011

Selalu petang ayah akan main bola atau bawa ammar jalan-jalan. So time tu ibu akan kemas rumahla vacumela dan urus kain - kutip kain dan lipat kain. Semalam ibu pun sibuklah kemas rumah. Tengok jam baru 6.30 ptg, so budget lepas kutip kain sempatla kalau nak rehat-rehat depan tv sebelum si kecil balik.

Lepas vacume, ibu pun terus ke dapur basah. Ampaian baju kat rumah terletak kat dapur basah. Masa keluar ke dapur basuh, Ibu pun tutup la pintu kan - takut nyamuk masuk. Lepas kutip kain - nak keluar sekali aiseh - pintu terkunci. Huhu. 


Mula la nak jadi macgiver. Ibu tahu buka tombol pakai kad. tapi kad pula takde. Guna pisau la sudu la. Berpeluh-peluh. Siap guna dawai konon nak buat macam tv tu. Selepas setengah jam Ibu pasrah dengan ketidakupayaan Ibu buka pintu tu. 

Ibu pun buat la operasi. Susun pinggan, lap almari, lap dinding, lap dan susun laci (tempat simpan bawang dan herba), lap washing machine, dan macam-macam lagila. Huhu. Memang berkilat la dapur belakang tu Ibu kerjakan. Dah siap semua dalam 7.40 malam. Ayah tak balik lagi.

Dah terfikir nak lipat baju yang dikutip tiba-tiba terdengar Ayha buka pintu. Nasib baik juga Ayah bawa kunci kalau tak macam mana pulakan. Mesti Ayah menunggu lama kat luar. Huhu. Terdengar suara Ammar : Ibu, Ammar dah balik". Ibu pun ketuk pintu panggil Ammar. Ammar pun berlari la buka pintu kat Ibu. Huhu.

Kesimpulannya :- setiap perkara ada hikmahnya, sebab terkunci kat situ, terus cuci calat dapur basah tu - klau tak tah bila nak buat. Kesimpulan satu lagi, pastika tombol tak terkunci dari dalam bila tutup pintu tu. Sekian, terima kasih.

P.s: Dulu pernah jadi sekali, time tu Ammar ada so die tolong bukakan. Huhu. Nasib baik time tu Ammar dah besar.

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Makbed said...

nasib baik le sengsorang je time tu. kalau ada anak kecik camne..?

LindaRahim said...

sib bek dah bukak..hihi..

BIONIC WOMEN said...

seb bek jugak ibu yg terkunci kan..bukan ammar..ishhh..kalau ler ada baby dalam rumah..camner nak buat ek..hadoiiii

nad said...

uih menakotkann..

Oyis said...

cool nya yana siap bole cuci2 segala. kalo saya, dah panik2 x bole buat apa2!

transformed housewife said...

Tak jadi helah2 McGyver ye. Tapi mmg bagus sbb Yana boleh sempat cuci2 sambil tunggu suami balik.

dona::rose said...

wah nasib ayah tu bw kunci kan.

ibu, saya pun pernah terkunci kat belakang last month, kat tempat mesin basuh. Sama lah!
yang seram, my baby was inside and he was alone! Rasa mcm nervous sangat2 masa tu. Tuhan maha adil. si baby ni try la pusing2 handle pintu bila saya ckp 'pls open the door for bunda, nak" dan 'klik' lock dia terbuka. :D

I agree, apa2 mmg ada hikmah!

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

huhuhu...klu lisa dh sah2 nk melalak...hehhe...tp okla akak terkunci..bersih & licin dapur dikerjakan...

Nad @ MamaZN said...

bile bace citer yana ni
teringat pengalaman jiran depan umah...
die sidai baju kt luar, anak die main pintu kat dalam..
dah maknye terkunci dr lluar..
jenuh nak panggil anak die kat dalam
sbb anak die igt nak main2 je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop