@ Dah melabur di saham Bank Rakyat?

Friday, April 8, 2011

Hari ni sangat sibuk. Pagi-pagi lagi dah beratur panjang di Bank Rakyat. Nak beli saham Bank Rakyat punya pasal. Selalu dengar cerita dari my mum pasal kelebihan saham Bank Rakyat ni - dulu dapat bila buat personal loan dengan diorang. Tapi tu dulu la. Sekarang takde lagi. Thanks to Donat - kalau tak, mau terlepas. Hehe.

Dah lama saham Bank Rakyat tak dibuka pada semua. So bila dibuka, Ibu pun sibuklah sekali. Maklumlah kadar pulangan Bank Rakyat ni mencecah 15%. Walau hanya boleh melabur RM500 pun - jadilakan. Mana tahu tahun-tahun depan die buka lagi kasi tambah.


Masa pergi hanya bawa 2 keping salinan kad pengenalan. Ini untuk buka akaun baru - kena la bayar tambahan RM20. Lama juga la prosesnya - dalam sejam setengah. Tu nasib baik ada pak cik bagi nombor die kat kami. Nombor kami lambat lagi. Ammar dah meragam pagi-pagi dok menunggu di bank. Takpelah pengalaman - so pada yang belum jomlah melabur. 

P.S. Pelabur umur 18 tahun ke atas ye - anak kita tak boleh. Hehe.


4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Diyana said...

aku beratur 2 jam td smata2 nak hantar borang.gile ramai org.siap tgk ade satu famili,usung semua dr atok sampai ke anak2 buah,isi sorang satu borang..hehe.hebat2 penangan bank rakyat. aku isi je borang tambahan syer..kot2 depa nak lulus.bkn duit akula.mak aku tumpang parking..haha.org tu kan bakal jutawan telekung..kuikui

mariah_smile said...

uuu.. syoknye.. tp kene beratur yg malas huhu

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

wah...perlu melabur jugak ni bila pulangannya agak besar...hemm...

AkmaFaizal said...

ade gak kawan2 suami ajak beli saham ni.. tp dia ckp takde bujet..duit banyak nk pkai pasal beli umah..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop