@ Kenangan ke Sydney Part - 1

Wednesday, April 6, 2011

Bila belek blog baru perasan yang Ibu tak pernah cerita habis pasal trip ke Sydney, Australia. Dah ingat-ingat lupa. Ibu letak gambar k. Banyak masalah kat sana pada mulanya - baca entri dari kuala lumpur ke sydney dan hari pertama di sydney.

 Kat KLIA

 Ammar time kecil - rindunya ammar time ni

 
 Time atas flight mesti lapar je keje - KL ke Sydney - 8 jam

 Ammar tidur kepenatan

Setelah pelbagai masalah dilalui - sila baca entri hari pertama di sydney. Kami pun sampai di hotel. Itu pun agak terkial-kial sebab orang Sydney ni mostly kurang ramah mesra. Bila tanya, cakap tak tahu je belaka. Huhu.

 Travelodge - Sebab kami pergi 5 hari dapat murah sikit


 Kaunter hotel - rasa leganya bila sampai

 Bilik hotel - sangat selesa


 
Dapur - janji ada microwave - bolehla makan Brahim. Periuk nasi kami bawa. Tapi 4 hari pertama tu tak makan sangatla sebab semua barang tersangkut kat airport. Huhu. Beli makan pun share-share jelah. Nak jimat la katakan.


Queen Victoria Building - tempat shopping - glamer kat sini - sangat cantik bangunannya

Dalam Queen Victoria Building. Sangat cantik. Ini tempat shopping ala-ala Pavillion. Masa kami pergi time sales dah habis. So lawan tengok jelah. Huhu.

 Dekat lif - lif pun unik


 Glamer dengan jam tergantung

Tiga hari pertama kami dukung je Ammar. Time tu Ammar baru nak masuk setahun - tak boleh jalan lagi. Bila dah hari ketiga-tangan pun dah krem. Stroller pun sangkut di airport. Last-last buat keputusan nak eli stroller baru. Mahal pun mahallah. Tak larat oo dukung.

 Beli di David Jones - emm ala-ala Metrojaya, Parkson la

 Baby Bag - banyak betul pilihan. Cantik-cantik pula tu.

 Comel ---

 Ayah posing dengan stroller baru Ammar

Ok nanti sambung part 2 pula ok...

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

belum pernah jejak sana..teringin jugak..

Mama Zharfan said...

beshnya...me belum pernah sampai OZ

JOM vote MZ kalau sudi!

AshAnas said...

my dad dulu study kt sana...my mom pernah la sampai, ayah bwk gi honeymoon...

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

comel ammar time ni...gegege...

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

unik la tgk tmpt dia...hehehe..i like

nurul nabila bt medan said...

best kalau dapat bilik yang "good serving" ni :)

nurul nabila bt medan said...

nyenyak si ammar tu tido.
lena jerk.
penat sangat tuh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop