@ Kenangan ke Sydney Part - 3 - Jalan-jalan

Thursday, April 7, 2011

Semalam dah stori hal shopping. Sebenarnya kat sana takdelah syurga shopping sangat sebab Sydney ni ala-ala Kuala Lumpur. Bandar besar so barang-barangnya agak mahal. Melainkan korang pergi time sales - bestla kot. Ibu memang tak beli apa-apa. Just beli gift untuk sedara mara dan kawan-kawan. Untuk Ibu cuma beli beg shopping David Jones je - heh.

Berbalik pada nak jalan-jalan, hari ni kita akan pergi park - park ni dekat dengan hotel. Waktu kami pergi ni winter dah habis, so dah mula panas. Bila petang dan matahari keluar ramai la kat park tu. Main-main dan ada juga berjemur ala-ala kat Batu Feringi (haha-sapa paham sila senyum sorang-sorang).


 Monumen Sydney Olympic

 Ammar dengan stroller barunya

 Bas Tour. Kami tak naik pun. Kami naik bas warna hijau - bas tu free. hehe.

 Bersih je kan





Kemudian kami jalan-jalan tepi laut. Pergi ke Sydney Aquarium.


 Suasana selepas hujan renyai


 Train - bawa jalan keliling kawasan tu - tapi tak naik pun. save budget. hehe.



 Mari melawat Dugong


 Sila tengok harga tiket

 Mula-mula Ayah dah beratur

 Bila tengok harga tiket dan kawasan yang boleh masuk dalam tu. Terus tak jadi. Sebab rasa tak berbaloi. Huhu. So amik gambar kat luar jelah. Kitaorang lunch kat situ sekali.

Pintu masuknya - takpelah dulu dah masuk kat langkawi kan - pujuk hati sendiri


Then kami pergi ke tempat paling famous kat Sydney - Sydney Harbour. Kata orang p malam best. Tapi tak larat nak keluar malam. Dengan Ammar lagi dengan sejuk lagi. So siang pun jadilah.





 Jambatan - kami tak naik pun. Ayah je lalu masa pergi exam.

 Jauhnya nak sampai ke sini. Time  ni panas terik pula. Panas kat sana boleh tahan mencucuk kulit.

 Akhirnya sampai. Mengah sampai atas ni ha.


 Pemandangan dari atas - laut. Ada navy base kat situ

 Taman sebelah

 Cruise





 OKlah dah makin panas. Mari kita bergerak.


 Orang asli Australia main Didgeradoo


Dah nak tercabut tayar stroller Ammar Ibu.

Oklah nanti sambung entri pergi Toronga Zoo.

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

wah..byk tmpt akak jalan...hemm..kt bangunan kebanggaan sydney wajib la ada pict kn...hehehe

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

mahal giler tiketnya...huhuhu

Mama Zharfan said...

sgt kurang besh bila nak kena bajet2 bab2 shopping tu hehehe

sYaFiQa said...

wow...gi sydney...hmmm...brg kat sana mmg mahal kan?...dulu sy gi Melbourne, sana murah sikit brg2 cenderahati...

nurul nabila bt medan said...

tengin naik kapal besakk tuh !
:B

nurul nabila bt medan said...

tengok dugong ?
macam mane rupe dugong ??

_ _"??

hezrina83 said...

beshnyer jenjalan..tapi nampakkan dalam gambar yang bersih tul sydney tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop