@ Lebihan Gula dalam Susu Formula Anak Anda?

Friday, April 1, 2011



Bulan depan Ammar genap 3 tahun. Ibu dan Ayah dah mula cari jenama susu baru untuk Ammar. Niatnya saje nak ubah angin sebab Ammar pun dah besar dan dah makan nasi dan sebagainya. Last week, kami pun pergi la survey kat pasaraya. Nak tengok susu mana yang sesuai dengan Ammar.

Lama juga la kami dok belek label dan senarai kandungan setiap susu formula. Biasala kita sebagai parent mestilah nak terbaik untuk anak kita. Kemudian, di salah satu rak, Ibu jumpa satu benda. Nak tau apa benda? Ni namanya kalkulator gula.

  Kakulator gula

Apa yang perlu kita buat ialah check jumlah karbohidrat pada label susu formula anak kita dan tengok lebihan gula yang terkandung. Ibu dah cerita pasal added sugar ni dalam entri sebelum ni kan. Added sugar ni selalunya dilabelkan sebagai karbohidrat dalam label susu formula. Itu ramai tak perasan. Selain tu, added sugar juga dilabelkan sebagai Corn Syrup Solid, Sucrose & Glucose Syrup Solid.

Hmm nak tahu apa yang Ibu dapat tahu? Rupa-rupanya majority susu formula mempunyai kandungan gula yang berlebihan. Ibu sangat terkejut. Ada yang sampai terlebih 13 sudu kecil gula untuk 3 hidangan – bayangkan anak kita yang minum lebih dari 3 botol sehari tu. Huhu. Takutkan?

Patutla budak-budak sekarang aktif semacam dan Ibu perasan banyak budak-budak dalam 4-5 tahun yang gigi dah rongak. Padahal kata maknya takdela makan gula-gula sangat budak tu pun. Agaknya sebab inilah. Terdapat lebihan added sugar dalam susu formula yang kita tak tahu. Kita cuma fikir pasal DHA la apa la sampai terlupa nak check kandungan added sugar yang terkandung dalam susu formula anak kita.

Sebab itu la kalau Ibu rasa susu Ammar, rasanya manis dan sedap semacam je. Macam Ammar, sekali minum boleh habis dua botol. Huhu. Kesian anak Ibu. So berdasarkan kalkulator gula tu, Ibu dan Ayah akan buat survey seround lagi. Nak cari susu terbaik untuk Ammar.

Kepada parent yang anaknya minum susu formula, bolehla check tahap kandungan gula dalam susu formula anak anda di laman web ini - www.semakgula.com.my


 Susu formula sangat penting dalam membekalkan nutrisi untuk anak kita tapi kalau terlebih gula nanti lain pula jadinya.  Silalah pastikan susu formula anak anda tidak membekalkan added sugar yang berlebihan. Lagi baik kalau susu formula tanpa gula. Bukan apa, kesian kat anak kita. Nanti macam-macam penyakit datang kalau terlebih gula. Huhu.

Harap semua sudi sebarkan kepada kawan-kawan dan saudara mara pasal ni. Semak kandungan gula dalam susu anak kita. Apa kata orang – mencegah lebih baik daripada mengubati.

Laman Web Semak Gula - http://www.semakgula.com.my/index.aspx. Ikuti cara-cara penggunaan kalkulator gula ni sebelum guna ye.

12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

CatlinaFly said...

haiyohh..dah kira...E-ein minum isomil..katanye lebih kurg 7-9 sudu teh extra gula dlm susu tuh..camne yek..sebab e-ein memang tak pernah minum susu lembu sbg rutin pun...tak tahu ler kot salah kira kan

mysha said...

aLamak... taKot la pulak deNgar mcM nih.. beTOl la cakap iBU raMai bebudak sekRAng nih gigi cpt rOsak..huhuhu nAK cheCK la susu imAd pulak..

adcom said...

ape pendapat babyibu pasal susu anmum. sebab pack baru ni ade tulis NO ADDED SUGAR. risau gak sbb my son very active kid.dia minum sejak lahir lg.tp pack baru ni, baru je guna.

Fitri Senin said...

hummm..itula yg dilema nya kan..bukanla nk berkira..susu yg xde gula tambahan tu 1.2kg dah rm60...mmg scary sgt bila iklan susu tu kwr..

nurul nabila bt medan said...

selame ni tak tahu pun.
godek2 kat babyibu ni terus dapat info ni:)

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

hemmm..xpenah try kira pn..tp niat nk kira lama dh ada sejak mula2 iklan kt tv ari2...huhu...nk try la...

AkmaFaizal said...

memang anak2 suka kalau susu bubuh banyak2..sekejap je abis minum.

last year ade baca kat n3 babyibu pasal 6 auns ke 6 sudu tu bagi susu kat anak. haru kan..

AkmaFaizal said...

susu tu satu hal..lagi ade plak yg bagi ribena tuk anak2, minuman berkarbonat etc.. manis2 je semua

ingatan pada saya gak..bagi anak2 minum air suam lebih selalu.hehe

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

alamak...kena blk cari maklumat lu..baru leh tau result cmna..hehehe

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

betul apa yg k.akmal bgtau 2..setuju je..mmg kena lebihkan anak minum air suam or air kosng la..

hezrina83 said...

wahh ada cara kira gula?kalau anak minum susu badan tak perlu risaukan n gg chantek jew.tapi maira dah start minum susu tepungnie nampak ada karies kat gg dia..tq infonie nnt bleh nurul kira gula

Tumit Kaki Merekah said...

Saya adalah pengedar susu Ilham4u yang direka khas ramuannya tanpa gula dan pengawet. Bagi kawasan Cheras Bdr Tun Hussein Onn dan Bangsar boleh lah order dgn saya 012-3957659. Susu ini sangat istimewa kerana dibacakan ayat al-quran 30 juzuk dan ditambah kurma, kismis dan badam....penyembuh kepada semua pnyakit ..insyallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop