@ Petua Berhentikan anak Dari Menyusu

Tuesday, April 19, 2011

Pada sesiapa yang rajin ikuti kisah di BabyIbu ni pasti tahu alkisah projek Ko Yang. Nak tahu lebih lanjut baca sini dan sini. Pada tahap pertama proses pemberhentian menyusu ni - Ibu gagal. Mula-mula letak asam jawa. 1-2 hari tu macam berjaya. Tapi lama-lama Ammar hisap juga sampai hilang rasa asam jawa tu. Huhu. Lepas tu, Ibu rasa Ibu sendiri pun sebenarnya belum bersedia at that time. Bila Ammar merengek-rengek last-last Ibu bagi juga. So projek Ko Yang pun gagal. Huhu.

Dua minggu kemudian, Ammar demam panas. Bila Ammar sembuh, Ibu pula demam. Demam yang teruk la. So time tu Ibu fikir, kalau Ibu still susukan Ammar. Ada can AMmar demam balik. So masa ni, Ibu memang kuatkan semangat. Kali ni Ibu letak kopi pula. Letak air kasi likat dan sapu. Hmm yang ni memang menjadi. Sebab Ammar takut tengok. Katanya tutu sakit. Alhamdullilah kali ni Allah permudahkan urusan. Ammar memang tak nak langsung. Walau malam still merengek tapi kurangla. Tengah tidur pun die boleh cakap tutu sakit dan tidur pegang tangan Ibu.


So rasanya pada sesiapa yang still ada masalah nak berhentikan susu anak. Bolehla cuba petua ni. Memang sukar pada mulanya, kita memang kena kuatkan semangat. Kalau kita tak kuat, memang akan gagal. Bagi Ibu, cukuplah time Ammar menyusu, yelah Ammar pun pada masa tu dah 2 tahun setengah - macam dah tak sesuai nak tutu lagi. Huhu. Alhamdullilah Ibu dapat susukan Ammar sampai tahap ni. Kadang-kadang ada yang terpaksa berhentikan susu awal - sebab pregnant atau masalah kesihatan. Ini lagila kena kuatkan semangat. Huhu.

P.s: Oh ya, kalau takde kopi - nescafe pun boleh juga. Selamat mencuba:)

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

hemm..lisa xperlu buat semua 2...anak reject kita ada la..adus...pedih n perit sgt bila ingt kena reject cm2...yela..xpuas lg menyusu dia..xsmpai 3 bln menyusu tau...huhuhu

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

terima kasih babyibu kerana kongsi pertua nie.

mama tisya said...

asam jawa pn ok..hehehe

yaya+frdz+auf said...

hai babyibu,
macam sayu pulak bace entry ni. huhu. entahlah perasaan tu mcm tu kalau fikir yg akan dtg kena putuskan susu. hopefully, bila masanya tiba yaya pon kena kuat semangat.

zaidah said...

masa nabil dulu zai gunakan kapur n kunyit jadiknyer warna seakan merah...so dia kata darah...cian ibunyer nenen berdarah...hehehe

AkmaFaizal said...

Sepupu saye susukan anak dia walaupun tgh pregnent..kesiankan anak katenye..tp la ni dh tak kot..berenti sendiri sebab dh ade adik..hehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

eliss dulu letak garam, lepas sirap dan bawang putih tak berjaya..hehehehe

Oyis said...

kita tenyeh lipstick. mmg aisyah takut la. tiap kali dia nak dtg selak, siap ingatkan dia lg, 'eii... scary..scary..' terus dia x jd. sbnarnya Allah byk tolong jgk, sbb aisyah ni kes berenti tiba2 (tp dah 2 thn pon)sbb kita kena gi summer school kat barcelona tu tahun lps. tggal kan dia seminggu, balik before sampai umah tu dah siap tenyeh lispstick siap2. Alhamdulillah, lps tu x minta lg. apa2 pon, i think u r right, mmg ibu kena kuat smgt dan nekad, sbb kalo x nekad, on off bg x bg, then x berkesan la kan sbb msg x sampai kat budak2 tu...

Isteri @ Ibu Cute said...

SALAM BABY IBU...
SAYA PULAK GUNA JADAM..BELI KAT KEDAI INDIA...KESIAN JUGAK..TENGOK ANAK SAYA TU...TAPI APA BOLEH BUAT..MASA TU SAYA MENGANDUNG..LAGIPUN SI HAZIQ TU DAH 2 TAHUN LEBIH DAH...TAPI SEKRG KALAU TENGOK SI BABY NENEN DIA DATANG JUGAK CIUM BELAKANG SAYA..KONON2NYA NENEN JUGAK...fOLLOW SAYA..

http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop