@ Last call!!

Tuesday, May 31, 2011

Promosi Corelle - Limited Time!! -Arrived end of September.
(siapa berkenan corak lain just email untuk quotation) 
(siapa nak bayar deposit time gaji next week pun ok - as long as confirm ye)

Livingware - Round
Harga Promosi: RM 300 per set
RM100 deposit (bakinya bayar bulanan) 
Berminat? Email babyibu at gmail dot com

Corelle 16pc Dinner Set - 4 dinner plates, 4 bread & butter plates, 4 cereal bowls and 4 stoneware mugs (Mugs not under Corelle Warranty)


Emma


City block


Secret garden



Spring pink 

Vive - Round
Harga Promosi: RM 340 per set
RM100 deposit (bakinya bayar bulanan)  
Berminat? Email babyibu at gmail dot com

 Enhancement

 Corelle Enhancements 16pc Dinner Set - 4 dinner plates, 4 bread & butter plates, 4 cereal bowls and 4  stoneware mugs (mugs not under Corelle warranty)


Square - Round
Harga Promosi: RM 380 per set
RM100 deposit (bakinya bayar bulanan)  
Berminat? Email babyibu at gmail dot com

Corelle Square 16pc Dinner Set - 4 dinner plates, 4 luncheon plates, 4 cereal bowls and 4 porcelain mugs (mugs not under Corelle warranty)


Simple lines square


Shadow iris square

If tak minat corak di atas. Boleh pilih dari katalog ni. Harga? RM330 satu set. Ini terbuka sehingga bulan Ogos.

Promosi kepada sesiapa nak beli banyak - ada promosi. Just email baby ibu at gmail dot com untuk maklumat lanjut k. Tq.



@ Mood..

Monday, May 30, 2011

Alhamdullilah, sejak lepas bengkel minggu lepas, mood study sangat bagus. So try nak maintain mood so sekarang mengadap journal je keje. Mata pun sampai bengkak-bengkak dah ni. Penat tak payah cakap la. Iyalah, walau tengah semangat study, tanggungjawab lain masih perlu dilaksanakan. Tak gitu?

Em ingat nak update blog sikit, ubahsuai susun atur. Tapi tak sempat-sempat. Yelah nak update blog pun bukan mudah. Makan masa dan kena fokus. BabyIbu Shoppe punya blog pun dah bersawang-sawang. Huhu. Nantilah, kalau dapat siapkan satu chapter ni, bolehla tengok blog sikit. Oklah - dah nak tidur. Esok ada mission yang nak dilaksanakan. Chayokkkkk!!!


@ Kelas Untuk Orang Takut Memandu

Dapat email dari Ayah. Since Ibu sangat takut untuk drive maybe boleh cuba pergi workshop ni. Kot-kot la ada hasil. Tak payah nak harapkan drebar je. hukhuk.

@ Dunia Lelaki dan Perempuan

Friday, May 27, 2011

Seminggu ni sibuk dengan bengkel. Dah macam burung hantu dah ni. Mengantuk-mengantuk. Last day bengkel. Alhamdullilah banyak input masuk. Nanti akan dikongsi but for the time being korang layan jelah gambar ni eh.

Dalam hidup memang lelaki nampak diri diorang ni memang rileks-rileks je kan. Aktiviti paling penting dan sibuk ialah main game/tengok bola/memancing.



Perempuan pula..hmm macam gambar di bawah nilah. Tak habis-habis benda nak kena buat selagi tak tidur.


@ Target

Thursday, May 26, 2011


Tadi pergi bengkel penulisan jurnal. Ajar macam mana nak pilih targeted jurnal dan sebagainya. Tapi nak cakap ni bukan pasal jurnal la - dah tak larat target - sampainya idak lagi. Huhu. Nak cerita pasal target bila umur 30 tahun.

Bila umur 30 target nak siapkan PhD dan dapat baby sorang lagi. Hehe. Besarnya cita-cita. Marilah semua doakan agar semua tercapai. Amin. Bila masuk umur 30? Hmm kalau kira bulan - tak lama lagi dah. Uhuk. Takpe - dalam hidup mestilah ada target kan? :)

P.S: Orang cakap bila umur 30, boleh rasa perbezaan dari segi kecergasan dan kesihatan. Betul ke?

P.S Promosi: Promosi Avent dan Promosi Corelle masih dibuka. Berminat just email babyibu at gmail dot com.

@ Semangat

Wednesday, May 25, 2011

Dalam apa perkara kita buat, semangat dan impian itu penting. If takde semangat atau impian semuanya akan jadi bosan dan tidak bermakna. Nak ada semangat tu boleh - masa nak mula kerja, lepas balik dari kursus yang bagi motivasi, lepas tengok kawan lain yang berjaya - tapi - masalahnya nak maintain semangat tu. Huhu. Kejap tinggi, kejap rendah, kejap hilang. Huhu. Apa pun aja aja fighting!!

@ Bila anak gagap?

Ammar mula bercakap masa berumur 2 tahun. Masa tu dia bercakap lancar - even agak pelat dan belum pandai bercakap ayat yang betul. Masih bercakap sepatah-sepatah kemudian dua patah dan lama-lama makin panjangla ayatnya.

Masa Ammar nak masuk 3 tahun, Ammar mula starter atau gagap masa memulakan ayat. Means - bila nak cakap tu dia akan " Aa..aa..aaa..aaa..abang abang abang nak minum". Ibu agak risau pada mulanya. Kata my mum, mungkin tukar bulan. So Ibu biarkan dulu. Apa yang Ibu buat, Ibu cuba tolong habiskan ayatnya atau minta Ammar bertenang dan ulang semula apa nak cakap. Kadang-kadang Ibu marah juga Ammar - kenapa abang cakap macam tu, cuba cakap elok-elok. Kesian Ammar.

Info pasal gagap.
Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini.


Masuk 1 bulan Ammar cakap gagap - Ibu memang  risau sangat. Dah terfikir nak jumpa pakar. Ada juga tanya kawan yang Dr - sama ada benda ni permanent atau temporary. Kawan Ibu suruh pantau dulu, sebab kadang-kadang benda ni temporary. Sebab mereka masih dalam proses belajar bercakap.




Apa yang Ibu perasan, Ammar selalunya gagap bila dia agak gopoh atau excited untuk bercakap. Perkataan tu jadi tersekat dan dia asyik ulang-ulang. Agak lama la masalah ni berlarutan - hampir 3-4 bulan. Walaupun makin hari makin kurang - tapi Ibu sangat risau.

Kemudian satu malam, Ibu dan Ayah layan cerita King Speech. Cerita ni mengisahkan seorang Raja ynag mengalami masalah gagap. Banyak teknik yang diajar. Tapi kebanyakannya sesuai untuk orang dewasa sperti cuba fokus pada perkataan tertentu, gerakan badan, hilangkan bunyi tertentu dalam perkataan, tarik nafas masa susah nak mulakan ayat dan banyak lagi. Oh ya cerita ni juga menang cerita terbaik tau. 

So Ibu cuba aplikasi apa yang diajar. Setiap kali Ammar tersekat nak bercakap. Ibu suruh dia tarik nafas panjang-panjang. Mula-mula kelakar juga bila Ammar cuba tarik nafas setiap kali dia starter sebab macam orang baru lepas naik tangga 3 tingkat tapi it actually helps. Rasanya kurang 2 minggu - gagap Ammar hilang. Alhamdullilah sekarang Ammar tak gagap atau starter lagi. Malah semakin petah pot pet pot pet.

So sedikit tips nak mengatasi masalah anak gagap ni:

1. Minta anak bertenang dan ulang semula apa yang nak dicakap
2. Minta dia tarik nafas setiap kali mengalami kesukaran untuk memulakan ayat.
3. Ulang perkatan yang tersekat itu beberapa kali sampai dia boleh sebut tanpa tersekat-sekat
4. Setiap kali berjaya bercakap tanpa gagap, puji anak kita. If gagal, kita ulang lagi lain waktu.


@ Promotion Avent

Tuesday, May 24, 2011

Promosi Barangan Avent
Berminat? Email babyibu at gmail dot com.
Dijangka sampai penghujung September

AVENT NEWBORN STARTER SET

RRP Malaysia: RM249
Harga Jual: RM155 

9 set dijangka sampai bulan Julai


Unsettled and irritable behavior, known as fussing, is by far the most commonly known crying behavior in babies. Clinical studies show that the AVENT Bottle significantly reduces colic and fussing. Fussing is reduced especially at night.

Features :-
  • Less Fusing
  • To Fit Your Baby's Growing Needs
  • BPA (Bisphenol A) Free - Made of honey-coloured PES material
  • One Piece Anti-Colic Valve System
  • Highly Durable
  • Easy To Clean

Philips AVENT Manual Breast Pump
RRP Malaysia: RM289
Harga Jual: RM200


  • Handheld manual pump—easy to assemble and use 
  • Unique soft five-petal message cushion mimics baby's suckling for steady milk flow 
  • Flexible and portable—perfect for travel 
  • Interchangeable with other AVENT products—express directly into a storage cup, Via cup, bottle or training cup 
  • BPA-free

Philips AVENT Microwave Steriliser Starter Set
Harga Jual: RM160
  • Complete steriliser starter set--includes two feeding bottles, two teats, tongs, water jug, and a soother 
  • Compact and lightweight—convenient for travel and fits most microwaves 
  • Just add bottles and water then place in the microwave 
  • Large capacity: holds six AVENT bottles 
  • Contents remain sterile for up to 24 hours if the steriliser is left unopened

Philips AVENT Microwave Steriliser
RRP Malaysia: RM209
Harga Jual: RM130 



Notes: This one memang recommended. Senang nak guna untuk sterilize botol. Masuk kan air sikit - kemudian letak botol dalam tu dan masukkan dalam microwave. 

@ Nur Kasih The Movie

Friday, May 20, 2011

Baru lepas layan Nur Kasih The Movie. Terbaikkk!! Lakonan Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah memang mantap. Anak-anak Aidil pun comell sangat. Jalan ceritanya? Memang best - banyak teki-teki dan suprise - tapi better Ibu tak cerita kat sini. Nanti tak best la korang tengok kan. Menangis la juga seround dua. Huhu. (Seround dua je sebab Ammar ada - tak boleh nak feeling2)


Dialog paling Ibu ingat - bila mak Adam cakap - sebagai mak, kita sentiasa maafkan anak kita. Sekiranya anak ada buat kita  terguris hati, pada waktu itu juga kita maafkan anak kita. Sebab kita nak anak kita ni hidup berkat dunia akhirat. Itu tanggungjawab seorang mak. Terus rasa sedih. Teringat my mum - teringat Ammar. 

Apapun Ibu memang cadang korang pergi tengok. 4.5 dari 5 bintang Ibu bagi. Dengarnya semalam je Nur Kasih The Movie dah kutip 500 ribu. So marilah ramai-ramai menyokong filem Melayu.

@ Promosi Corelle - Limited Time!!

Promosi Corelle - Limited Time!! -Arrived end of September.
(siapa berkenan corak lain just email untuk quotation) 
(siapa nak bayar deposit time gaji next week pun ok - as long as confirm ye)

Livingware - Round
Harga Promosi: RM 300 per set
RM100 deposit (bakinya bayar bulanan) 
Berminat? Email babyibu at gmail dot com

Corelle 16pc Dinner Set - 4 dinner plates, 4 bread & butter plates, 4 cereal bowls and 4 stoneware mugs (Mugs not under Corelle Warranty)


Emma


City block


Secret garden



Spring pink 


Vive - Round
Harga Promosi: RM 340 per set
RM100 deposit (bakinya bayar bulanan)  
Berminat? Email babyibu at gmail dot com

 Enhancement

 Corelle Enhancements 16pc Dinner Set - 4 dinner plates, 4 bread & butter plates, 4 cereal bowls and 4 stoneware mugs (mugs not under Corelle warranty)


Square - Round
Harga Promosi: RM 380 per set
RM100 deposit (bakinya bayar bulanan)  
Berminat? Email babyibu at gmail dot com

Corelle Square 16pc Dinner Set - 4 dinner plates, 4 luncheon plates, 4 cereal bowls and 4 porcelain mugs (mugs not under Corelle warranty)


Simple lines square


Shadow iris square

@ Gambar Yang Bernilai RM90

Thursday, May 19, 2011

Tadi scan gambar yang ambil di Disneyland. Buat simpanan takut hilang. Huhu cerita Disneyland pun hutang lagi kan. Ada video lagi - tp besar sangat nak upload ke youtube atau blogger - ada sesiapa tahu kat mana boleh upload? boleh share dengan korang.

Berbalik pada gambar - dekat sejam tau beratur nak ambil gambar ni. Sampai merah-merah muka Ayah beratur. Sejuk sangat. Hari tu ada la sampai 0 darjah celcius. Huhu. Ingat nak p tanya je - sekali die dah print - Ayah pun beli la. RM90 reganya. Huhu. Terus cancel beli souvenier kat situ. My MIL je belanja Ammar FM satu. Hehe. Cite lain2? Nanti Ibu cuba publish hujung minggu ni. Bzzz sangat sekarang. Till then.

Ammar yang kesejukan dengan mode kagum tengok Mickey Mouse

Tumpang sekali

@ New Car Seat Britax Murah - Limited Time

New Britax Adventure Car Seat - expected arrived hujung bulan 9
Limited Time Only 
RM250 (Harga asal RM400)

Deposit RM100 (Bulan 6/7/8 - RM50 per month) 
Berminat? email babyibu at gmail dot com



Britax Adventure Car Seat

This lightweight highback booster seat with side impact protection is ergonomically designed for older children. The adjustable headrest has multiple height positions and can be easily adjusted as your child grows. Your child is secured with the 3-point seat belt which is correctly positioned over your child's pelvis and shoulder.

Features:

  • Easily accessible seat belt path.
  • Side Impact Protection - with deep, softly padded side wings.
  • Lap belt positioned correctly.
  • Diagonal belt positioned correctly.
  • Height adjustable headrest helps support a sleeping child.
  • Adjustable backrest for safe installation in a wide range of cars.
  • Pull out drink holder and snack tray.
  • Softly padded and washable cover.
  • 3-point seat belt installation.
  • Seat grows with the child.
  • Easy to transfer between cars.
  • Suitable for children 4 - 12 Years (15-36kg).
  • Dimensions - (H)66 x (W)43 x (D)43 cm
  • Weight - 3.9kg

@ Soalan Cepu Emas?

Wednesday, May 18, 2011

Soalan cepu emas (ke cepumas? takpe yang penting bermaksud soalan panas...) bagi pelajar PhD ialah..bila nak habis? tak habis lagi ke? banyak lagi ke? tengah buat apa sekarang?

Adeh panas telinga nak jawab. Sebenarnya perjalanan PhD ni banyak dugaannya. Siapa murah rezeki ditakdirkan mudah perjalanan PhDnya - maka cepatlah habis. Murah rezeki tu maknanya - dapat penyelia bagus, ada grant yang boleh guna untuk laksanakan projek, bahan rujukan atau data collection mudah didapati. Tapi bagi siapa yang Allah nak uji - maka banyak dugaannya maka lambat lah sikit habis.

Jangan ingat orang yang lambat habis PhD ni - tak pandai/malas dan sebagainya. Hanya diorang yang tahu dugaan yang perlu mereka lalui - fizikal, mental dan emosi diuji dengan kuat sekali. Sebab tu bila dapat gelaran Dr. nanti - memang confirm rasa menangis. Apa pun hari-hari ibu doa - Allah permudahkanlah urusan Ibu. Semoga saat-saat getir cepat berlalu.

Walaupun tak dapat cerita detail pada korang (melibatkan pelbagai isu yang sensitif) - namun harap menjawablah persoalan kenapa sekarang kurang blog post atau informasi atau lambat balas email. Banyak sangat masalah (yang bukan masalah belajar) sedang diharungi. Semoga esok lebih baik daripada hari ini. Amin.  

P.s: Blog post melalut. Oklah nak sambung buat keje. Nak abis cepat ni. Huhu.

@ Pyrex Promotion

Tolong jual on behalf of my friend yang tengah study kat UK. Berminat just email babyibu at gmail dot com

Hanya ada 10 set so siapa cepat dia dapat - barang dijangka sampai hujung September.


Pyrex 3 Piece Round Casserole Set 0.75L, 1.25L 2.0L Casseroles




  • Pyrex Classic glass ovenware
  • Extra resistant to thermal shock
  • Heat resistance up to 300 degrees
  • Stain resistant
  • Scratch resistant
  • Durable,hygienic and easy-clean surface
  • Oven,microwave,fridge, freezer and dishwasher safe
  • 10 year guarantee.

 Harga

RM110 (tak termasuk pos)
Pembelian lebih dari satu (10% diskaun untuk set kedua)

Kaedah Pembayaran

Deposit - RM50 per set
Baki pembayaran - Bila-bila sebelum barang sampai


@ Nak Baby

Monday, May 16, 2011

Semalam Ibu pergi kenduri, ada sorang baby ni. Ammar suka sangat. Siap peluk dan kiss. lepas tu Ammar bisik kat Ibu - " Abang Ammar nak bawa balik baby ni Ibu". Ibu cakap "Mana boleh sayang - nanti Ibu baby tu nangis". Terus Ammar buat muka sedih, tunduk dan berjalan pergi. 2 minit pastu meraung nak baby.

Adoila Ammar sayang - baby bukannya boleh ambil-ambil. Nampak gaya kena tambah baby cepat ni :p. So kena la pulun study cepat-cepat. Chayokkk!!

@ Tips Nak Pujuk Anak Duduk Dalam Car Seat

Thursday, May 12, 2011

Masa baby - Ibu selalu pangku je Ammar dalam kereta. Bila dah masuk dua tahun baru beli car seat. Yelah mana tahan nak riba budak 12kg dari KD ke Kedah tu ha. Senget badan ni ha. Huhu.

Masa mula-mula memang agak sukar. Ibu temankan Ammar kat belakang sekali. Cakap kat die - ini kerusi Ammar. Mula-mula memang die tak nak. Menangis-nangis. Ibu pun pujuk - kasi mainan supaya die ralik. Tapi tak jalan juga. So Ibu tebalkan hati, asal naik kereta letak je Ammar dalam car seat. Mula-mula penat le sebab kena psiko die pujuk die. Bagi mainan, bacakan buku dan siap belikan stereng kereta tu. 

Lama kelamaan - Ammar pun dah biasa.  Asal naik kereta dia terus akan ke car seat. Next step, pujuk die pakai seat belt pula. Mula-mula Ammar tak nak sebab sakit katanya-tak selesa la tu. Asal naik kena buat macam game - sape cepat pakai seat belt. Or pujuk Ammar kan pandai pakai seat belt - tunjuk kat Ibu, Ibu tak pandai. Barula jalan.

Sekarang alhamdullilah. Ammar baik je duduk dalam car seat all the way dari KD ke Jitra. Selalu Ammar tidur je. Toy bagi la satu - supaya boring-boring bolehla die tekan-tekan pape patut.

Bagi Ibu, dalam nak train anak ni. Kesabaran kena sangat tinggi. Kita kena ulang-ulang benda yang sama sampai mereka familiar dan terima. Ada yang mereka terima dengan mudah dan ada juga yang sukar. Besar dugaan jadi ibu bapa ni. Setiap bulan ada je karenah baru yang perlu kita tangani. Tapi itulah yang menjadikan kita lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah.


@ Melaka-KL-Kedah-Penang

Wednesday, May 11, 2011

Em tak sempat nak berblog. Dari hari Ahad di Melaka. Hari Selasa gerak balik ke Kedah. Hari ni tidur je. Dah pancit. Huhu. Esok nak ke Penang pula ni. Internet pun lembab semacam. Harap pada siapa yg Ibu tak reply email tu harap sabar ye. Klah nanti sambung. Nak p makan char keow tiow ni...:)

@ Teringin nak beli satu..

Tuesday, May 10, 2011

Teringin nak pakai dress. Tak pernah beli lagi. Hari tu pergi butik Najjah kat Kota Damansara ni. Try dress die. Aduh cantik sangat. Ibu ni susah sikit nak pakai dress - susah nak cari yang fit dengan badan. Kalau yang gelebeh tak cantik. Nampak kurus nanti. Masa try kat dress Najjah tu, kain die terletak.  Memang 80% nak beli dah ni. Tapi time tu tak bawah cash lebih pula. Maka tak jadi. Ni dok pikir-pikir. Nak beli ke tak?

 Cantik kan? Rasa macam Cinderella pula. Eceh.

Ibu pergi tu sebab nak ambil hadiah dari Najjah - baca entri ni. Ibu ambil Inner stripe. Sangat cantik. Nnati Ibu ambil gambar tunjuk k. Tq Najjah.


@ Oh Marsha AF..

Monday, May 9, 2011

Adik Ibu baru lepas shooting gambar dengan Marsha Londoh (AF). Katanya Marsha sangat cool dan senang bekerjasama. Isyk kalau bujang mesti Ibu sibuk nak mengikut sama. Suka juga tengok Marsha masa AF dulu - "Underneath pokok kelapak.." - heh.

SofiMohd with Marsha

SofiMod juga menyediakan perkhidmatan ambil gambar kahwin, gambar event dan sebagainya. Dulu pernah join CandidSyndrome - kemudian berhenti untuk sambung belajar. Sekarang buat part time. Bolehla contact SofiMohd ye kalau berminat :).

@ Skirt cantik-cantik..

Untuk pengetahuan semua, skirt Baby Gap hari tu dah Ibu cancelkan order dan tengah refund balik duit semua pembeli. Sebab skirt tu still lagi sangkut kat kastam. Maaf pada semua yang terlibat. 

So kali ni ambil stok baru, ready stok ye kali ni. No more pre-order. Skirt kali ni memang sangat cantik dan kualiti kain memang terbaik. Sesiapa berminat jemputlah ke FB BabyIbu shoppe k.  Tq.

@ Away...

Sunday, May 8, 2011

Esok pagi Ibu akan berangkat ke Melaka. Nak ambil adik di sana dan kemudian terus balik kampung hantar die. So segala email hanya akan dijawab bila ada Internet access. If nak beli barang sila direct ke FB BabyIbu Shoppe k. Partner Ibu akan tolong ambil pesanan dan uruskan penghantaran. Tq ya. 

@ Hadiah "Warkah Untuk BabyIbu"

Friday, May 6, 2011

Ibu telah umumkan contest "Warkah Untuk BabyIbu 2011". Senang je nak masuk - tak payah buat buat entri atau lekat banner bagai. Kali ni nak announce hadiah pula. Hadiahnya ialah Fruity Notepad kepada setiap pemenang. Berapa pemenang? Huishh - rahsia :p (ada rezeki nak buat macam tahun lepas - apa jadi tahun lepas? -godek la ye). Ok. Jemputlah masuk ye..


Satu fruity notepad untuk setiap pemenang


@ No BE

Rasanya lama sangat tak dapat Buffered Earning (BE). Tahun ni rasa macam dapat satu atau dua je. Itu pun singgit dua inggit. Oh kenapakah? Nuffnang merajuk dengan BabyIbu ke?


BE yang ada pun dari BabyIbu Shoppe (padahal yang itu pun dah lama tak sempat nak update)

Takpelah Ibu masih setia menunggu. Matlamat utama blogging bukanlah duit. Tapi kalau dapat sikit-sikit tu lepaslah nak beli handbeg idaman hati. Tak gitu? Hehe.

@ Lebih lembut dan kuat untuk anakku

Thursday, May 5, 2011

Sejak dilahirkan, sentuhan merupakan salah satu daripada lima deria yang paling banyak digunakan oleh si kecil. Kelembutan, keselesaan dan stimulasi deria adalah penting bagi pembelajaran dan perkembangan. Apa yang kita boleh buat ialah:

  • Gunakan tuala kapas yang tebal selepas mandi
  • Cadar yang lembut
  • Bantal yang gebu dan sedap dipeluk
  • Tisu lembut berkualiti tinggi

Bercakap pasal tisu, tisu pilihan Ibu mestilah Kleenex®. Rasanya semua tahu jenama Kleenex® ni. Baru-baru ni mereka memperkenalkan pilihan baru yang dihasilkan dari 100% fabrik asli dan menggunakan teknologi inovatif kepada pengguna yang inginkan produk terbaik dari segi kekuatan, kelembutan dan keselesaan untuk keluarga mereka. Produk terbaru mereka, tisu 2 dan 3 lapisan, adalah lebih lembut tetapi tidak mudah koyak. 


Ramai yang tak tahu kepentingan pemilihan tisu yang baik. Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, adalah penting untuk pilih tisu yang terbaik.Macam Ammar - kulitnya sensitif. Jadi Tisu Kleenex® yang hiper-alergenik sangat sesuai.


Didapati dalam bentuk tisu muka dan tandas, pilihan tisu Kleenex® 2 dan 3 lapisan menyuntik elemen keselesaan yang melegakan dan menenangkan untuk aktiviti harian, dari menghilangkan mekap kepada membersihkan muka anak yang comot tanpa meninggalkan sisa atau koyak semasa dibasahkan. Selain itu, sentuhan kelembutannya memberikan kelegaan yang amat diperlukan oleh hidung yang sensitif dan ia tetap lembut walaupun dikesat berulang kali.




Pengguna juga boleh menikmati penampilan pek baru yang lebih segar berilhamkan bunga ros di semua pasaraya utama, pasaraya dan farmasi seluruh negara. Tisu muka Kleenex® 2 dan 3 lapisan boleh didapati dalam pek kotak dan poket, sementara tisu tandas Kleenex® 2 dan 3 lapisan boleh didapati dalam pek Jumbo dan Mega. 



Dibawa kembali atas permintaan ramai, tisu muka Kleenex® khas bertemakan vintaj kini juga boleh didapati dalam pek kotak! 



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi ke 5 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop