@ Nur Kasih The Movie

Friday, May 20, 2011

Baru lepas layan Nur Kasih The Movie. Terbaikkk!! Lakonan Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah memang mantap. Anak-anak Aidil pun comell sangat. Jalan ceritanya? Memang best - banyak teki-teki dan suprise - tapi better Ibu tak cerita kat sini. Nanti tak best la korang tengok kan. Menangis la juga seround dua. Huhu. (Seround dua je sebab Ammar ada - tak boleh nak feeling2)


Dialog paling Ibu ingat - bila mak Adam cakap - sebagai mak, kita sentiasa maafkan anak kita. Sekiranya anak ada buat kita  terguris hati, pada waktu itu juga kita maafkan anak kita. Sebab kita nak anak kita ni hidup berkat dunia akhirat. Itu tanggungjawab seorang mak. Terus rasa sedih. Teringat my mum - teringat Ammar. 

Apapun Ibu memang cadang korang pergi tengok. 4.5 dari 5 bintang Ibu bagi. Dengarnya semalam je Nur Kasih The Movie dah kutip 500 ribu. So marilah ramai-ramai menyokong filem Melayu.

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

YAYA AZURA said...

teringin jugak nak tengok cerita nie..tapi kat kuala trg xde panggung wayang..kena pergi Kerteh kalau nak tengok..2 jam baru samapi ...huhu...

d.O.n.A.t said...

hehe saya pun baru tgk cerita Nur Kasih. saya pun baru letak review saya dalam blog.
tgk di mana tadi?

Lin said...

sebagai fanatic fan drama nurkasih..kita pulak sebaliknya, tersgt frust dgn nktm. tak dpt feel nak sedih..semua scene dibuat cepat sgt..antiklimax. kalau remake drama nurkasih series ke2 lagi bagus..huhu

MamaYatie said...

huhu...nak tengok...bila nak gi ni..

aNiM said...

huhu.
tak berani nak tengok kat panggung.
takut banjir.
saya baru tengok cerita sedih sikit dah bergenang air mata.
kalau sedih banyak lagi la..

uwaaa..

nak tengok kat panggung tak bole tengok dgn hubby.nanti dia asyik bagi tisu je (perli). kejam betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop