@ Soalan Cepu Emas?

Wednesday, May 18, 2011

Soalan cepu emas (ke cepumas? takpe yang penting bermaksud soalan panas...) bagi pelajar PhD ialah..bila nak habis? tak habis lagi ke? banyak lagi ke? tengah buat apa sekarang?

Adeh panas telinga nak jawab. Sebenarnya perjalanan PhD ni banyak dugaannya. Siapa murah rezeki ditakdirkan mudah perjalanan PhDnya - maka cepatlah habis. Murah rezeki tu maknanya - dapat penyelia bagus, ada grant yang boleh guna untuk laksanakan projek, bahan rujukan atau data collection mudah didapati. Tapi bagi siapa yang Allah nak uji - maka banyak dugaannya maka lambat lah sikit habis.

Jangan ingat orang yang lambat habis PhD ni - tak pandai/malas dan sebagainya. Hanya diorang yang tahu dugaan yang perlu mereka lalui - fizikal, mental dan emosi diuji dengan kuat sekali. Sebab tu bila dapat gelaran Dr. nanti - memang confirm rasa menangis. Apa pun hari-hari ibu doa - Allah permudahkanlah urusan Ibu. Semoga saat-saat getir cepat berlalu.

Walaupun tak dapat cerita detail pada korang (melibatkan pelbagai isu yang sensitif) - namun harap menjawablah persoalan kenapa sekarang kurang blog post atau informasi atau lambat balas email. Banyak sangat masalah (yang bukan masalah belajar) sedang diharungi. Semoga esok lebih baik daripada hari ini. Amin.  

P.s: Blog post melalut. Oklah nak sambung buat keje. Nak abis cepat ni. Huhu.

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Sitisifir10 said...

Ohh...itu soalan cepu cemas tu.. hehehe.. mm, mcm biras saya, sampai cancel nak buat phd atas alasan tertentu...semoga terus tabah dan dimudahkan urusan ye

Lizan said...

biarlah orang mengata yg penting tuan punya diri sentiasa bersemangat dalam apa jua keadaan yg dihadapi.. dont give up..caiyuk caiyuk

Sidratul Muntaha said...

ehehe..
standard la bila dah masuk part bangau membangaukan org atau diri sendiri...
ko bangaunya lain..a
ku bangaunya mmg takde duit nak smabung belajo lagi...
tpi beselah..
Allah bgi ikut bahu kita boleh tanggung..
takdenya DIA nak bagi sesaje.
yg DIA test tu,ilmunya lagi berkesan dari sudut yg hanya DIA sahaja yg tahu.
jgnkan belajo,dalam hidup ni pun byk sgt test2nya..
cume kita jadi manusia ni,jgn compare masalah kita dgn org yg senang lenang or yg takde masalah
cuba compare dgn org yg tak punya ape - ape..

Oyis said...

oo ni soalan biasa, skang jwb nya mudah, 'insya Allah x lama. doa2 kan lah'. reply yg sama jg digunakan bila org tnya bila nak bg aisyah adik. hehe

Fana Flora said...

Allah takkan duga ibu kalau dia tahu ibu tak kuat ;)

saya doakan ibu berjaya menggenggam ijazah PhD tu. insya Allah. jangan putus asa..

kalau rasa-rasa macam nak give up, fikirkan dah berapa jauh akak berjalan untuk sampai ke tahap ni.;)

ganbatte!

Nad @ MamaZN said...

jgn give up
biaq pi la org nak kata apa pun
sbb diorg tak dok berada kat tmpt kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop