@ Tips Nak Pujuk Anak Duduk Dalam Car Seat

Thursday, May 12, 2011

Masa baby - Ibu selalu pangku je Ammar dalam kereta. Bila dah masuk dua tahun baru beli car seat. Yelah mana tahan nak riba budak 12kg dari KD ke Kedah tu ha. Senget badan ni ha. Huhu.

Masa mula-mula memang agak sukar. Ibu temankan Ammar kat belakang sekali. Cakap kat die - ini kerusi Ammar. Mula-mula memang die tak nak. Menangis-nangis. Ibu pun pujuk - kasi mainan supaya die ralik. Tapi tak jalan juga. So Ibu tebalkan hati, asal naik kereta letak je Ammar dalam car seat. Mula-mula penat le sebab kena psiko die pujuk die. Bagi mainan, bacakan buku dan siap belikan stereng kereta tu. 

Lama kelamaan - Ammar pun dah biasa.  Asal naik kereta dia terus akan ke car seat. Next step, pujuk die pakai seat belt pula. Mula-mula Ammar tak nak sebab sakit katanya-tak selesa la tu. Asal naik kena buat macam game - sape cepat pakai seat belt. Or pujuk Ammar kan pandai pakai seat belt - tunjuk kat Ibu, Ibu tak pandai. Barula jalan.

Sekarang alhamdullilah. Ammar baik je duduk dalam car seat all the way dari KD ke Jitra. Selalu Ammar tidur je. Toy bagi la satu - supaya boring-boring bolehla die tekan-tekan pape patut.

Bagi Ibu, dalam nak train anak ni. Kesabaran kena sangat tinggi. Kita kena ulang-ulang benda yang sama sampai mereka familiar dan terima. Ada yang mereka terima dengan mudah dan ada juga yang sukar. Besar dugaan jadi ibu bapa ni. Setiap bulan ada je karenah baru yang perlu kita tangani. Tapi itulah yang menjadikan kita lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah.


10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Wanita Bertudung Hijau said...

nice sharing, pedoman pd sy sekiranya dah bergelar ibu suatu hari nanti :-)

Drama Mama said...

betul, memang memerlukan kesabaran nak mendidik anak ni kan yana.

my son start 2 tahun duduk kat seat belakang pakai seat belt ja. sebab kitorang tak beli pun carseat. alhamdulillah dia nak gak duduk, kalau tak haru jugak la kan. hiks :-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Lizan said...

yg saya pulak memang dari baby dah biasakan kan masukkan dia dalam car seat.. jd dah terbiasa takde lah byk complaint..hehehe

~aSFaLiZa~ said...

saya pulak letak depan tv car seat tu. so kalau tgk tv anak saya akan duduk kat kerusi dia. bila naik kete, dia dh tahu itu kerusi dia

aNiM said...

dulu masa first time pujuk anak duduk dalam car seat siap nyanyi semua nursery rhymes sampai suara serak.nak bagi dia leka.

dah penat nyanyi, ngaji bagi mendayu-dayu sikit sampai anak tertido.haha.

SYaMiLa said...

mmg penat kan nk pujuk anak2 ni...perlukan kesabaran yg tinggi...

myamyza said...

first sekali salam kenal ye...
anak saye lepas 2 bulan terus masukkan dia dalam car seat even kepale dia tak kuat lagi pun... lapik bantal je la kepala dia bagi selesa.. memula dia tak selesa nangeh2 jugak tapi dah lame2 ni dah ok dah.. ajar dia awal2 yang itu tempat duduk dia.. tapi kalau ade daady dia yang drive saya terpakse duduk belakang la sbb car seat dia tu kat depan kan... hehe
jom terjah blog kite
http:mummymyza.blogspot.com
nak follow pun amatlah dialu alukan..

kinna said...

amani smp nangis2 tanak dok dlm car seat..tp kena juga masukkan bila sy drive sengsorang time husband outstation..saya kena pastikan, ade makanan utk dia kunyah, mainan utk dia main dan susu..

puan nina said...

waa..bestla tips ni..tapi smp skrg belum yakin nk letak kt car seat..

tolong vote Danial boleh..?
klik je link ni n like danial

thanks =)

aNiM said...

masa anak pertama dulu agak susah nak pujuk dia duduk dalam car seat.kena standby banyak-banyak mainan dalam kereta.

saya nyanyi lagu baa baa black sheep & old mac donald had a farm kuat-kuat sampai suara serak nak bagi dia leka.adehh.lepas tu ngaji pulak bagi dia ngantuk.hihi.

anak kedua macam senang sikit.dia ok je first time duduk dalam car seat.tapi tak pernah try bawak jauh lagi.setakat ni pergi balik bandar dalam 30 minit tu dia ok lagi.hihi.kalau ayah kanak-kanak yang drive duduk dengan saya je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop