@ Alkisah Jam Tangan

Wednesday, June 1, 2011

Korang suka pakai jam tangan? Ada orang suka pakai dan akan pakai sentiasa. Tapi ada juga yang tak suka. Ibu? Ibu masuk kategori pertama. Akan pakai jam tangan sentiasa. Time mandi dan sembahyang je buka. Dah jadi habit pula.



Pakai pula tangan kanan. Kenapa kanan? Sebabnya agak kelakar. Masa sekolah-sekolah dulu, Ibu ada minat sorang mamat ni. Die pakai jam belah kanan. Ibu pun pakaila belah kanan. Hehe - poyo kan sebabnya Tapi disebabkan itulah Ibu pakai jam tangan kanan sampai sekarang.

Jam apa? Dari zaman buat Master pakai jam jenama Alba. Masa g Paris ada request Ayah jam baru. Tapi sebab tak survey dulu - tak berani beli sebab takut sekali kat sana lagi mahal. Lagipun kat sana, jam-jam semua branded yang harganya terkelip-kelip mata memandang. Paling murah ada satu jenama Paris-Louis Pion. Cun-cun gak design. Harga pun dalam RM200 camtu. Tapi problemnya waranti kat Paris jelah. Kalau rosak ke apa macam susah je. So tak jadi.

Swatch pun banyak kat sana - tapi macam jenama remaja la pula kan Swatch ni. So last-last tak beli juga. Tapi takpe, akan Ibu claim pada Ayah sales tengah tahun ni. Hehe. Kenapa tiba-tiba cerita pasal jam? Jam Alba tu dah rosak - mati bateri agaknya. Rasa macam ada something tak kena je kalau tak pakai. So pakai la juga jam rosak pun. Huhu. Sedih kan? Apa lagi Ayah - jomla cari jam baru. :P.

P.s: Ayah kata " P tukar je bateri jam - eloklah tu" - Hukhuk.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

kita jenis x reti pakai jam. sejak zaman ada handfon lg la, tgk jam henfon ajo hehehe

transformed housewife said...

dulu sy tak boleh pakai jam tgn biasa sbb allergik. skrg baru boleh. skrg pakai jam arwah mak sbb kira mewarisi jam arwah.

mama irfan said...

sama la kita...saya pon pakai jam alba gak n rosak gak baru2 ni... smpi skang saya x pakai jam... rasa cam x kena ja...hehe... hubby pon cakap gitu gakkk bateri ja yang habis nih....

aNiM said...

saya pun pakai jam tangan kat tangan kanan.adik beradik saya pun semua sama.hihi.tapi saya bukan kidal.saya dapat suami pun sama.pakai jam tangan kanan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop