@ Ammar dan Abang Aisy

Monday, June 6, 2011

Sambungan entri tengok wayang cerita Kung Fu Panda 2. Best ke? Memang terbaekkkk. Best gila. Jangan kata budak-budak seronok. Maknya pun gelak sekali. Penuh tau panggung sampai seat depan (macam mana la depa tengok - tak sakit tengkok ke eh?).

Pergi dengan geng buat PhD - bawa anak masing-masing. Bestfriend Ammar la ni - Abang Aisy. Gaduh-gaduh juga, sayang-sayang juga. Kelakar betul.


Cerita seterusnya yang bakal kami terjah

Lepas tengok wayang, p makan McD. Dapat mainan kungfu Panda

Ammar sayang betul kat Abang Aisy ni - maklumlah takde kawan - huhu

Haiyaahhh

Terpegun tengok air pancut

Best memang best tapi rasanya satu kawasan tu dok dengar suara Ibu-ibu ni menjerit. Berlari bukan main laju - takut hilang je. Huhu. Petangnya balik terus pengsan. Kepenatan. Oklah sekali sekali bawa keluar jumpa kawan. Kesian pula asyik main sorang-sorang. huhu.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

aNiM said...

memang terbaikkk kan?
anak saya siap ajak pergi panggung lagi.err..err..haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop