@ Gula dan Karbohidrat?

Friday, June 24, 2011

Ingat tak Ibu ada tulis entri berkenaan dengan kandungan gula dalam formula milk? Ramai email Ibu dan tanya mengenai perkara ni. Ramai juga yang cuak dan keliru dengan pelbagai maklumat yang mengelirukan di Internet. Ada yang cakap pasal isu nama gula dan karbohidrat. Betul ke gula tu adalah karbohidrat dan sebaliknya. Ibu google dan dapat tahu dari link ni yang:-

Yes, corn syrup is completely composed of sugar, mostly glucose. Sugar is a simple carbohydrate and thus corn syrup solids contain carbohydrates and nothing else.

Ini juga sama seperti yang pernah dibincangkan di entri ini – gula terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama sama ada natural sugars, added sugars, natural plant sugars, corn syrup solids, sucrose dan glucose syrup solids. Walaupun berbeza nama namun semua ini adalah bahan yang sama dan mempunyai fungsi yang sama. Semuanya dikategorikan sebagai gula yang membekalkan kalori tambahan yang sama kepada badan anak kita.



Ada juga yang mengeluarkan isu seperti anak memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga – sebab tu gula diperlukan dalam susu tepung. Ya, memang betul. Tapi susu sendiri telah pun mengandungi gula semulajadi (natural sugars), adakah anda rasa gula tambahan diperlukan oleh anak kita? Oh mestilah ramai jawab tidak. Gula tambahan yang berlebihan akan menambah risiko masalah kesihatan anak seperti yang pernah dibincangkan di entri ini. Selama ni kita tak sedar sebab tulah banyak budak sekarang gigi rosak dan kes obesiti yang bertambah.

Baru-baru ni, Ibu ada terima satu surat berkenaan dengan isu gula dalam susu anak ni. Ibu translatekan kat sini ye:

Di bawah peraturan pelabelan makanan Malaysia, fiber tidak termasuk dalam jumlah keseluruhan kadar karbohidrat yang diisytiharkan dalam Nutrition Information Panel (NIP). Karbohidrat diisytiharkan berasingan. Maka, jumlah ‘carbohydrate per serve’ yang dilabel sebenarnya mewakili gula semulajadi dan gula tambahan. Dalam growing up milk powders, kadar gula semulajadi hanyalah 11g-12g. Bagi jumlah yang melebihi 11g-12g adalah merupakan gula tambahan dan tidak diperlukan oleh anak kita.

Dengan maklumat di atas, bolehla kita guna sebagai panduan untuk cari susu terbaik untuk anak kita. Penat kita jaga anak dengan tak bagi makan coklat, ais krim dan sebagainya – rupa-rupanya gula tambahan yang kita nak elak sangat –ada dalam susu tepung. Huhu.

So nak buat apa? Anda boleh semak label susu tepung anak anda dan ingat sekiranya ‘carbohydrate per serve’ melebihi 11g-12g maka yang lebih itu ialah gula tambahan. Boleh juga guna kalkulator gula atau pergi ke laman web semak gula. Pastikan betul-betul jumlah gula tambahan agar anak kita tidak diberi terlebih gula.



Selain itu, anda boleh rasa sendiri susu anak anda. Manis ke tak. Jika masih tak yakin, boleh bincang dengan orang terdekat atau pun doktor anak anda. Ibu dah check susu Ammar yang lama – dan telah pun bertukar susu. Semoga entri ini dapat bagi panduan pada semua.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Diyana said...

ok bab gigi anak rongak tu..hmm, itu aku letak kesalahan tu pada parents.dah tahu x dpt control anak makan manis2, gosok gigi pun tak latih anak2 tu. mane tak rongak? ada yang terlepas pandang, anak makan jajan banyak maa.cekelat ..cekelat..cekelat tak pun ais krim ari2.bukan salah susu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop