Korang suka beli baju? Mestilah suka kan. Lebih-lebih bila keluar dengan kawan perempuan. Sorang beli, yang lain pun silap-silap ikut beli. Ibu? Jarang beli tapi bila jumpa satu design yang berkenan - mula la nak borang sampai 2, 3.
Masalahnya bila suka beli banyak-banyak ni - almari makin lama makin penuh. Ayah kata buangkan aje. Bila belek-belek baju - isy baju ni boleh pakai lagi; baju ni cantik lagi ni - sayang nak buang; - banyak la alasan yang last-last boleh runtuh almari baju tu - hehe.
Ibu tau satu tips nak tau kita perlu lagi tak baju-baju tu. Ibu dah tau lama tapi baru nak apply. Oh ya ini hanya untuk baju yang digantung hanger sahaja. Macam mana caranya? mula-mula terbalikkan semua hanger ke arah depan (if suka letak hanger macam ni - songsangkan saja).
So bila hari-hari kita pakai mana-mana baju - kita akan letak arah songsang macam bawah ni.
Dalam masa 6 bulan, boleh check balik. Mana baju yang masih dalam keadaan seperti susunan hanger pertama tu maknanya kita tak perlu pun - sebab dalam 6 bulan kita tak sekali pun pakai. Maka bolehla let go sahaja. Huhu. Kena pejam mata dan asingkan sebelah - boleh bagi ruang pada yang baru :p.
Oklah - hari ni ada benda kena submit. Contest akan diumumkan hari ni tapi maybe lewatla. Kat lab malas nak berblog sebab skrin PC sangatla lebar - satu lab nampak tengah buat apa. Huhu.
















10 kawan BabyIbu berkata-kata..:
thanx for the tips.. rasa macam nak apply..
bagus la tips ni..blh apply la
tips yg bagus...boleh apply ni..
saYa adalah oRg yang paLing wajib ikoT tips ibu nih... ;)
hehe.aku ingat lg mase dok ngan miko dulu,almari aku separuh tu miko tumpang baju die..nampak sgtle baju aku sikit. aku smpi skrg mmg jns koleksi baju sikit.ateng pn sama.itu pun ateng kate baju aku berlambak.aku mmg mane yg tak pakai,aku tak gantung .aku masuk dlm kotak je.hehe
tip yg menarik..leh terai ni :)
mmg dah tau ada baju yg kena let go wpun xbuat mcm ni. tapi..err...er... *tgh pikir alasan nak bagi*...err...
Suka tip ni! 70% baju dalam almari memang tak dipakai tapi sayang nak let go..huhuhu
kita jenis obsessive compulsive sket, kalo hanger mesti semua menghadap satu hala, so kaedah ni x seswai sbb nnt resah je tgk dpn blkg susuahan hanger nya. tp hari tu baru let go 2 plastik hitam besar sbb pindah umah, so kira ok la tu ek hehe
ibu, saya pun kalau nak let go pejam mata. hehe. Sampaikan baju yg ada 'sentimental value' saya let go jugak (sbb pejam mata).
ibu, saya nak tumpang 'cerita' pasal GA ni. Jom Join Giveaway sempena Launching Design Studio saya. Kat >> sini :)
http://heartliciousdesign.blogspot.com/2011/06/launching-giveaway.html
hehe. Terima kasih :) Saya perlukan sokongan :p
Post a Comment