@ Bersama Coway di Sunway Lagoon

Monday, July 11, 2011

Sabtu lepas Ibu dapat jemputan pelancaran Coway Spa Water Softner di Sunway Lagoon.  Rasanya ramai dah tahu pasal Coway Spa Water Softner yang Ibu ceritakan di entri ini. Sangat teruja nak pergi walaupun sah-sah tak boleh mandi memandangkan tangan masih bersimen. Ibu sampai je terus ke kaunter pendaftaran.



Grand Launch – kira Ibu antara yang bertuah dapat cuba awal la ye Coway Spa Water Softner ni J


Daftar dulu apa pun

Selepas daftar, pergi daftar sekali lagi di blogger registration. Kemudian terus masuk Sunway Lagoon. Yeayyy. Kami terus menuju ke area Surf Beach. Ayah bawa Ammar mandi. Ibu pula menjalankan tugas.


 Happening betul


Ngam-ngam Ibu duduk majlis bermula. Rupa-rupanya dah 5 tahun Coway bertapak di Malaysia. Coway memang brang yang dah terkenal-ramai guna water filter die.


Ucapan pelancaran dari orang besar Coway. Coway Spa Water Softner baru dilancarkan minggu lepas. Ingat tak Ibu ada cerita pasal Coway Spa Water Softner 14 Days Free Trial. Baru seminggu dah 100 daftar. So bagi yang nak try bolehla telefon 1800-888-111 atau ke http://www.coway.com.my sekarang untuk cuba. Tinggal kurang 900 unit lagi untuk trial program ni.


Sesi Pelancaran Coway Spa Water Softner


Inilah dia Coway Spa Water Softner. Antara kelebihan produk ni ialah meningkatkan kelembapan kulit sehingga 69%, menghalang kehilangan lembapan kulit, melembutkan kulit, rambut dan kulit kepala, mengurangkan skin friction sehingga 20%, mengurangkan kelumumur dan mengurangkan klorin dan kesan-kesannya. Kemudian, celebriti dijemput ke atas pentas. Ada Ning Baizura, DJ Sam dan May Joon.


Mereka berkongsi pengalaman mereka guna Coway Spa Water Softner ni. Menurut Ning, sejak pakai produk ni, kulitnya bertambah lembut. Perubahan sangat terasa terutama bagi beliau yang mengamalkan make up tebal untuk seharian. May Joon (celebrity NTV7) merasakan perbezaan ke atas rambutnya. Menurutnya Coway Spa Water Softner ni umpama conditioner yang melembutkan rambut.

DJ Sam pula merupakan pengguna tegar Coway. Pelbagai produk Coway digunakannya.  Menurut beliau, Coway Spa Water Softner bagus untuk anaknya yang cepat berpeluh dan berbau selepas bermain.


Kemudian, Vanida Imran pula datang.  Katanya “ Kulit saya sangat sensitive, Sekiranya saya memakai pakaian sponsor yang lama tergantung, badan saya akan naik insect bites yang akan menyebabkan gatal-gatal. Tetapi sejak menggunakan Coway Spa Water Softner, gatal-gatal mudah hilang. Begitu juga dengan anak saya yang mudah naik rashes dan kudis sekiranya bermain di luar, dengan Coway Spa Water Softner kulitnya cepat baik. Kini kami sekeluarga berkongsi bilik air untuk menggunakan Coway Spa Water Softner”.

Ha menarikkan? Ibu baru guna seminggu pun dah mula rasa perubahan. Kulit dan tak kering sangat. Kemudian acara pun tamat, Ibu sempat berposing dengan Ning Baizura dan Vanida Imran.


SenyummmmJ

Setelah tamat majlis, kami pun makan-makan dan menyertai aktiviti di booth pula. Oh ya, sempena pelancaran Coway Spa Water Softner, 46 unit Coway Spa Water Softner dipasang di Sunway Lagoon dan  boleh digunakan secara percuma untuk 3 bulan. So siapa pergi Sunway Lagoon boleh try ye.


Ramai yang mencuba


Pelbagai aktiviti menarik


Ibu sempat manicure sebelah tangan :p


Pelbagai produk Coway


Paling popular ialah water filter. Ramai juga kawan Ibu dah pasang barangan Coway rupanya.

Jadi pada yang di luar sana jangan ketinggalan. Barangan Coway boleh dibeli secara tunai atau sewa (sewa siap dengan free maintenance untuk 5 tahun). Nak tahu maklumat lanjut layari http://www.coway.com.my/Home.aspx.

Selepas selesai, kami pun jalan-jalan keliling Sunway Lagoon. Besar rupanya. Hehe. Rugi tak dapat mandi. Anyway sangat enjoy – tq CowayJ.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Diyana said...

servis coway sgt mantap.itu yg aku ske,ejen depa pun ramah2. weh, mcm best jg kan pancuq ayaq coway ni noo..tkpa2.lain kali yg tu.:D

Sitisifir10 said...

Wow....mcm tu sekali.. kami mandi air telaga je kat rumah... buat masa ni tak sempat nak ber Coway :))

Mar 014-7188490 said...

salam ibu,

saya nak mintak permission copy gambar2 di entry ini untuk di jadikan iklan product coway dlm blog saya and also dlm facebook.saya adalah salah seorang agen health planner coway.time kat sunway ari tu x dpt pegi...
ibu tlg reply thru email saya jika bagi green light yer.

ini email saya mariani@bridarm.com.my.

thank you and very appreciated.

Qaseh said...

seronoknyaaa...xnak lepaskn peluang mencuba coway ni...mcm best je...boleh lembutkn kulit selembut kulit bayi...xperlu nak pakai loysen tiap2 hariii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop