@ Dua menjadi 1

Thursday, July 7, 2011

Tangan sebelah bersimen? Ala takpe - tangan sebelah lagi kan ada. Cakap memang mudah - but the truth is bukan mudah buat kerja sebelah tangan. Kita yang tak biasa ni need both hands- bukan sekadar untuk buat kerja malah untuk keseimbangan badan. 

Minggu pertama agak sukar sebab belum biasa - nak basuh pinggan, nak buka botol mineral, nak sapu majerin pada roti, nak buka botol krim, nak pakai tudung-semuanya sukar. Berapa kali pinggan dan roti tersungkur di lantai, alat2 make up bersepah jatuh, jam pun pernah terpelanting gara-gara nak pakai sendiri.

Masuk minggu kedua dah ok sikit but still tak semudah yang dilihat. Sedih bila Ammar nak makan apa-apa tapi Ibu tak boleh sediakan. Nasib baik Ammar dah big boy-boleh tolong Ibu pegang botol ubat bila Ibu nak pulaskan tudungnya, boleh tolong pegangkan pinggan bila Ibu nak sapu majerin. Sedih juga tak boleh nak peluk Ammar kuat-kuat dan main guling-guling dengan Ammar. Tapi betulla-asal bisa tegal biasa. Makin lama kita boleh biasakan diri. Alhamdullilah. 

Hmm motif kat sini bukan nak cakap pasal tangan tu. Tapi just kiasan tentang hidup berkeluarga. Sebagai mana kita perlukan kedua-dua tangan. Begitu jua anak-anak perlukan kedua ibu-bapanya. Kedua-duanya penting dalam memainkan peranan masing-masing. Sebab tu sibuk mana pun kita-luangkanlah masa berkualiti untuk anak kita. Macam Ammar-time bermain die cari Ayahnya-time nak bermanja dia cari Ibunya.

Sebab itulah-dalam apa-apa hal-fikirlah pasal keperluan anak. Tapi if takdirnya kita perlu sendiri juga membesarkan anak-janganlah sedih-Allah menguji orang yang tabah menghadapinya. Walaupun susah-lama-lama akan biasa. Pada parent tunggal di luar sana-kuatkan semangat. Pada yang lain, hargailah apa yang kita punyai. 

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Dalin said...

ingat ibu nak tambah lagi ahli family dah.. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop