@ Buffet Ramadhan 1

Monday, August 1, 2011

Sempena bulan puasa ni, mesti ramai yang cari tempat berbuka puasa. Ibu share sikit pengalaman berbuka puasa di beberapa tempat:

Tropicana Golf and Country Resort
Makanan banyak pilihan, tempat sembahyang ok. Cuma agak sesak dan bersimpang siur masa nak ambil makanan sebab ramai sangat orang. Food sedap juga. Tapi nak bawa baby mungkin kurang selesa.


RM52 seorang

Dewan Perdana Felda
Makanan sedap - banyak pilihan. Susun atur lebih selesa. Tempat duduk tgh dewan manakala makanan di tepi dewan. Selalu if ada baby minta seat tepi-tepi. senang nak parking stroller. Tempat sembahyang disediakan - sembahyang terawih pun ada.

 sama juga - RM52 seorang


Dewan Perdana Felda –  Harga Jualan RM52.00 seorang. Tema menu Bufet Ramadan Felda D’Saji di Dewan Perdana Felda adalah ‘Kampungku’ dengan membawakan resipi asli masakan kampung dan tradisional seperti nasi beriani, nasi bukhari, Rendang Tok, Rendang Pedas Negeri, Dendeng Daging, Botok-Botok serta ulam-ulaman seperti masak lemak labu, sayur goreng jawa, kerabu jantung pisang dan pelbagai jenis lagi lauk pauk dan ulam-ulaman. Turut dihiasi dalam menu adalah masakan dari Yemen seperti nasi kabsha dan nasi mendy, masakan barat seperti kambing panggang dan sup jagung manis dan lain-lain masakan kaum Cina, India dan Malbari. Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi: 03 – 2698 8302 Atau layari Laman Web Felda D’Saji di http://www.feldadsaji.com.my/.

Ok nanti yang lain entri lain pula ye...

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

amiey lee said...

tropicana tpt hubby keje dulu.. memang kt situ ramai sgt org..smpai satu mlm dekat 1500 org dtg mkn pun ada.... mungkin sbb konsep diorang jual kupon seblum ramadhan agaknye

Oyis said...

slmt berposa yana n family.

Yana said...

tq oyis..:)

MamaYatie said...

selamat berpuasa yana!

tq for the info..tengah cari tmpt tuk majlis buka pose ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop