@ Buka Simen

Monday, August 8, 2011

Alhamdullilah masa check up hari Khamis lepas, simen dah boleh dibuka. Kata Dr. semua dah bersambung. "Dah boleh raya" - katanya senyum-senyum. Tak sempat nak snap gambar sebab Ibu sorang-sorang je masuk check, Ahah tunggu luar. Dengan terketar-ketar sebab sejuk kat hospital tu tak dapat la nak amik gambar bagai. Huhu.

Macam mana buka simen? Mula2 ngeri juga. Pakai mesin ala2 gergaji elektrik. Siap tanya - selamat ke ni dik (sedar diri tua - panggilah budak tu adik kan - huk). Adik tu pun siap demo mesin tangan dia. Ooo ok tak  darah. Kurang sikit nebes.

Kredit to google


Sekejap jelah urusannya. Tunggu je lama :P. So Dr. bagi MC dan juga surat akuan ringan - sebab tak boleh buat keje berat. Ibu tak ambil pun since rasa tak perlu pun. Kawan Ibu cakap ambil je submit kat Ayah -hehe. Tak ambil pun memang Ayah banyak buat keje rumah sekarang ni. Dari masak, basuh baju sampailah urus Ammar memang Ayah buatkn. Thanks Ayah - Lap u so much - tahun ni memang Ibu bagi award suami mithali.

Sekarang dalam proses penyembuhan. Perlukan masa untuk senamankan tangan. Motor tangan dah jammed. Yelah hampir dua bulan bersimen. Insyaallah makin hari makin baik. Sempatla raya ni ok balik. :)

P.s. Masa kat bilik potongsimen, ada budak perempuan umur 4-6 tahun macam tu. Patah tangan sebab main lompat-lompat atas katil. Jatuh atas katil je pun. Huhu. So hati2 ye.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

MamaYatie said...

alhamdulillah..dah buka yer..boleh la posing sakan time raya nnt..hehe

Yana still kena jaga makan jugak kot...like air kelapa, mknan yg sejuk2..take care yer

Dalin said...

Alhamdulillah.. apa2 pun, Ibu take care ye..

Oyis said...

alhamdulillah. leh la bergaya di hari raya nnt hehe

Yaati Nor said...

alhamdulillah, semoga lepas ne semua kembali normal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop