@ Berderai Air Mata di Lab

Friday, September 30, 2011

Berderai air mata bila baca ni di FB. Ibu sharekan ya

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.

Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?" Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.


Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

@ Hadiah

Semalam dah pos sebahagian hadiah pemenang Warkah Untuk Baby Ibu dan Win LC Clutch!! Sebahagian lagi insyaallah next week. Kepada yang belum bagi alamat harap email segera ye. Tq.




@ Iqra'

Thursday, September 29, 2011

Masa kecil-kecil Ibu tak sempat belajar membaca al-quran guna kaedah Iqra' ni. Ibu belajar cara lama-lama. Mengeja alif atas a, alif bawah i, alif depan u. A..i..u. Tapi bila Ibu dah sekolah menengah, adik-adik Ibu pergi mengaji dekat kelas Iqra'. So Ibu teringat dan mencari-cari cara mengajar ke bahan mengajar ke. Rupa-rupanya memang dah ada buku Iqra. Kawan Ibu yang beritahu.

Ibu pun carila. Mula-mula cari online. Sekali pergi pasar malam, ada je jual. Begini rupanya buku tu.


Agak mudah nak mengajar Ammar sebab ia berulang-ulang (sampai Ammar cam) dan ada warna untuk bezakan huruf. Gambar di bawah ini Ibu ambil di Internet. Ini version lama, version Ibu beli ada warna antara huruf itu. Jadi mudah nak bezakan bila perkenal huruf baru.


Alhamdullilah Ammar berminat nak belajar - tapi banyak la soalan die yang Ibu pening nak jawab. Macam kenapa baa ni titik satu, kenapa yang taa titik 2. Pening cikgu nak mengajar ni. Huhu. Tapi Ibu cuba je. Biarpun hanya 5 minit sehari.

Kepada yang berminat boleh beli online kat sini atau download kat sini (cuba try buka-Ibu dapat link tapi tak sempat try-dah beli).

@ Ammar suka

Wednesday, September 28, 2011

Baju pilihan Ammar. Baby Gap Short Sleeve. Ada warna putih saja buat masa ni. If berminat boleh ke BabyIbuShoppe untuk beli. Baby Gap Pyjama pun ada promosi - RM24 je sehelai.

Ready Stock
Baby Gap Short Sleeve
cutting kecil

RM26 sahaja

Berminat ? Klik SINI!!

Saiz: 18-24, 2T, 3T, 4T, 5T, 6T


@ Baru bernafas

Sejak minggu lepas bz tulis paper. Hari Sabtu pula ada bengkel. Symposium pula Isnin dan Selasa. Memang pening. Macam zombie pun ada. Hari ni turn jaga Ammar so memang bz dengan rumah pula. So ini tengah slow-slow reply all emails dan tengok apa yang patut. Kepada yang tunggu email Ibu, harap maaf ye - akan cuba reply email hari ni juga. Insyaallah.

@ Sape nak pesan?

Friday, September 23, 2011

Ingat tak entri ubat hilangkan jerawat? Ada kawan Ibu minta belikan. Tapi die nak satu je (sebab satu pun tahan lama kan). Sekotak kan ada dua. Sekotak dalam RM75/79 (not sure). Ibu kira sebiji RM40. Okla kan nak bagi upah kat driver lagi. heh. So sesiapa nak share boleh cntact babyibu at gmail dot com.

@ Wanita Untuk Lelaki

Thursday, September 22, 2011

Just nak share-dapat dari fb...

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Sumber

@ Memang berbaloi-baloi ni

Hari ni dapat email dari MilkaDeal. Ada promosi set DVD pembelajaran kanak-kanak dengan harga RM55.72 sahaja. Banyak juga tajuk yang boleh dipilih seperti
  • (Set 1) Hermie & Friends Series DVD set
  • (Set 2) Brainy Baby Series DVD set
  • (Set 3) Banana in Pyjamas Series DVD set
  • (Set 4) The Adventures of Hello Kitty & Friends DVD set
Dulu pernah beli Brainy Baby Series. Ammar suka. Rasa macam nak beli lagi ni. Sesiapa berminat just boleh klik bawah ni.

1 Set of Children's Series DVD from RM55.72 onward from Innoform Media. 4 Titles to Choose from [30% OFF]


Satu lagi tawaran yang amat menarik ialah voucher untuk beli spek mata. Beli voucher RM100 kita akan dapat nilai RM300. Ha berbaloi kan? lepas buat spek tu. If spek Ibu just kena tambah dalam RM100 lagi dah dapat - maklumlah power dah sangat tinggi. huhu. Ini pun wajib ambil.
RM100 for 1 Cash Voucher worth RM300, which can be exchanged for ANY lens or frames at Sunshine Optical House, Subang Jaya [67% OFF]



Ha! Berbaloi-baloi kan? :)

@ Yeayy..Alhamdullillah..

Wednesday, September 21, 2011

Berjaya siapkan jurnal hari ni setelah berhari-hari berhempas pulas dan termenung (kes blur tak tau nak tulis apa). Walau baru first draft (yang confirm banyak salah dan banyak kena cantas) tapi happy juga. Malam ni boleh tidur aman damai sikit (before dapat balik feedback dari SV-uhuk). Tak sia-sia cheq stay kat lab hari ni sampai malam. :)


@ Merap

Merap? Apa tu merap eh. Merap tu macam asyik nak berbunyi dan melekat pada Ibu je. Ammar dari baby sampai sekarang still merap. Yelah maybe sebab takde adik. Tapi ada je tengok anak sorang tapi rileks je. Ammar ke mana Ibu pergi die ikut. If Ibu hilang dari pandangan mulalah merengek pastu meraung. Kalau dulu dalam toilet pun nak masuk sama. Sekarang dah ok sikit. Dia akan tunggu depan pintu toilet la tapi.

Tapi walaupun kadang-kadang pening dibuatnya, ada juga bagusnya. Bagusnya ialah die tak berani merayap sorang-sorang. Naik atas ke ke dapur ke toilet ke if Ibu kat ruang tamu. Pergi rumah orang pun behave la. Sebab die akan bermain sekitar diameter Ibu berada. Bila tengok gambar ni - macam boleh praktik je. haha. 

@ Sembang-sembang

Tuesday, September 20, 2011

Petang semalam Ammar pergi rumah Grandmanya. Ibu tak ikut, dok rumah buat keje. Malamnya Ammar tanya Ibu.

Ammar: Ibu, kenapa Ibu tak pergi rumah Mak (panggilan Ammar pada grandmanya)?
Ibu: Semalam (Ahad) kan Ibu dah pergi.
Ammar: Esok Ibu datangla rumah Mak.
Ibu: Kenapa Ibu nak pergi rumah Mak?
Ammar: Ala Ibu pergila, sembang-sembang.

Time ni dah tergelak dah Ibu.

Ibu: Sembang-sembang apa Ammar?
Ammar: Sembang-sembang..ala macam (die tiba2 perlahankan suara cakap macam bisik-bisik). Ibu kan pergi jalan kan..

Adeh - tu gossip namanya sayang oii. Kecik-kecik dah pandai. Hukhuk.

@ Gaya Si Comel Berhari Raya 2011


Tempoh

13  September 2011 - 31 Oktober 2011

Cara Penyertaan

  • Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls).
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
  • Semua keputusan adalah muktamad.

Syarat Penyertaan
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
  • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu dan Azzamoro dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.


Hadiah 

Bagi Kategori A (Boy) dan B (Girl):
  • Hadiah Utama - Gin and Jacqie Babybag


  • 10 Hadiah Saguhati - Environsax Bag bernilai RM30.



Penaja


@ BabyIbuShoppe.com Launching Promotion!!

Alhamdullilah akhirnya siap juga BabyIbuShoppe.com ni. Walaupun masih di fasa testing tapi dah boleh launch dah. Sebab Ibu punya masa agak terhad nak balas email dan check stok maka sebab tu Ibu buat juga BabyIbuShoppe.com. Senang nanti just check order and pos.

Harap korang sudi singgah laman web baru Ibu ni ye. Baby Gap Pyjama, skirt, shawls dan botol weego tengah sale promosi pelancaran :). Jemput ye....


@ Gambar Raya 2011

Monday, September 19, 2011

Tahun ni turn raya di utara. Masa balik tu hujan je, sampai je hari raya first terus panas terik macam biasa. Kali ni tak banyak ambil gambar sebab sepanjang raya Ammar agak moody. Biasalah bila Ammar moody - Ibu dan Ayah pun moody la jugak kan. Uhuk2. Ini gambar dari kamera Pak Ngah Opy.

Gambar mula-mula ni ambil di rumah di Jitra. Selepas balik sembahyang raya. Lepas tu baru gerak ke rumah Mak tok di Kepala Batas.


Ayah, Ibu dan Ammar


Ibu dan adik2 tersayang

 Senyum semua..


Setelah melihat Pak Ngahnya ambil gambar pakai tripod, ammar pun invent la tripod sendiri. Habis diusung satu rumah mak tok. Petangnya jalan-jalan rumah saudara di Alor Setar. Malam tidur kepenatan or lebih tepat lagi kekenyangan.

Raya kedua balik Perlis. Terus ziarah kubur. Kemudian ke rumah saudara mara.


Ammar tak nak pijak tanah. Nasib baik ada Pak Lang sudi dukung. Huhu

 Ammar dah moody

 Dengan saudara mara di Perlis

Ini saudara mara belah Tok Mama. Baru sikit ni. Tapi memang meriah. Belah Tok Abah tak ambil pula raya pertama tu.

So itulah serba sedikit cerita raya kali ni. Memang best. Rasa macam nak lajak cuti lagi seminggu. Heh. :P

@ Jalan-jalan Raya

Tahun ni memang hebat betul jalan-jalan raya. Asal weekend je dari pagi sampai malam. Perut sampai kembung dibuatnya. Tak makan - nampak macam sedap. Rugi pulak tak rasa. Alhamdullilah rezeki. Oklahkan, puasa hari tu turun 2kg. Ini kira nak ganti balik la ni. hehe (ayat cover line).

Problem die bila hari Isnin menjelma. Mulala lepat liat nak pergi lab. Mulalah terkebil-kebil tengok laptop. Nak mula mana satu pun macam blur. Huhu. Oklah nanti tengah hari baru entri best-best skit. Otak macam ding dong lagi. Ada paper kena hantar minggu ni. Chayokk.

@ Anak oh anak

Thursday, September 15, 2011

Jumpa satu kartun ni. Ya betul - ada anak memang serabut. Tapi ada detik-detik tertentu seperti melihat senyuman anak, bila die peluk kita or bila dengan comelnya cakap sayang Ibu. Terus cair hati Ibu ni. Hilang semua serabut tu. Bila sedih or takde mood boleh peluk je anak kita - sebab dia kan paling sayang kita. :)




@ Terjebak

Wednesday, September 14, 2011

Dulu memang minat gila dengan The Sims. Dah lama cari tapi tak jumpa. Semalam Puan Donat telah invite saya di facebook. Oh sukanya tapi harap tak addicted. Huhu. tengah semangat writing ni.


Lain sikit dari game asal tapi lebih kurangla - :)

@ Kasut Clark Original For Sale

Tuesday, September 13, 2011

Ready stock. Box not included sebab beli kat outlet di UK. Berminat email babyibu at gmail dot com.


Saiz 6
RM180 (termasuk pos)


Saiz 4.5 (saiz 6 atau 6 di Malaysia)
RM200 (termasuk pos)

@ Free Organizer

Monday, September 12, 2011

Sape nak free Gin&Jacqie organizer boleh terjah laman web mereka sekarang. Sempena wajah baru laman web Gin&Jacqie, mereka adakan promosi free organizer bagi setiap pembelian secara online. Bermula hari ini sehingga 14 September 2011. Singgahlah Gin&Jacqie sekarang untuk rebut peluang keemasan ini.



Oh ya, untuk contest Gaya Si Comel Berhari raya (akan diumumkan esok), Gin&Jacqie telah sudi untuk sponsor dua hadiah utama. Jadi sila sediakan gambar terbaik anda sekarang :).




Isyk - tukang anjur contest asyik tengok je beg ni dari dulu - dapat belum pernah :P

@ Keputusan Win LC Clutch From BabyIbu Shoppe!!

Terdapat 109 penyertaan daripada blog dan FB. Terdapat sedikit perubahan hadiah (nilai tetap sama) atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Maaf sebab lambat announce. Tanpa membuang masa - dengan ini diumumkan pemenangnya:



Kategori Entri Paling Menarik/Kreatif

Hadiah Utama
Sebuah clutch/wallet Liz Claiborne Bernilai RM150
Hadiah Saguhati x 2
Envirosax Bag bernilai RM30 untuk setiap pemenang

ummuabdullahsyakir
luvnabilndamia

Kategori Cabutan Bertuah
(melalui Random.Org)
Hadiah Utama
Botol Susu Weego worth RM49
Hadiah Saguhati x 5
FM dari UK (hadiah hanya akan dapat selepas barang dari UK sampai)

Tahniah pada semua pemenang!! Harap boleh email kan babyibu at gmail dot com alamat anda ye. Thanks.

@ Ada sensor ke?

Sunday, September 11, 2011

Bila kita tidur kat sebelah, baik je tidur tak bunyi-bunyi. Asal bangun je (dengan harapan nak kemas rumah ke nak study ke). Tak sampai 10-15 minit, mulala bunyi. " Ibu-nak ibu". Adeh. Kena la p tidur peluk die balik. Agaknya budak-budak ni memang ada sensor la eh. Asal ibunya bangun je-tidur pun mula tak nyenyak.

Masa baby dulu Ibu sendal bantal (konon-konon kita la yang peluk die). Bertahanla kejap. Dah besar ni dapat tabiat nak pegang tangan pula. So tak bolehla nak mengelat. Siap cam lagi if tangan Ayahnya. Dia tak nak. Huhu.


Orang kata kena bagi dia ada something else untuk ganti ibunya - contohnya macam bantal busuk ke selimut or kain yang diorang peluk time tidur. Dah cuba tak berjaya - Ammar still nak Ibu juga. Takpelah pelukjelah kan. Dah besar nanti dah jadi hero mesti tak nak Ibu peluk-peluk lagi. Huhu.

@ Pening

Friday, September 9, 2011

Dua tiga hari ni bz sikit. Sibuk dengan meeting dan perbincangan. Maklumlah lama sangat bercuti plus time tak aktif masa tangan patah hari tu. Ini pun pening sebab kena submit satu jurnal dan satu conference paper before 20hb ni. Oh sempatkah? huhu. Dahla dua-dua baru ada outline je. Takpe-takpe. Yakin boleh.

Oh ya. Sepatutnya contest announce hari ni. Tapi tiba-tiba ada sponsor baru. So tunggu Ibu finalize penaja -then baru announce. Rasanya akan announce hari Isnin ni. Sebab Sabtu Ahad tak ramai orang melawat sini. Pengumuman pemenang pun Isnin k. Ibu akan dapat result esok - tapi to be save (and tak membuatkan korang tertunggu-tunggu) - kita kira Isnin jelah eh.

Oklah tengah mengemas rumah ni - esok nak mop pula sebelum memulakan operasi terjah open house. BabyIbu tak buat open house? Tahun ni tak kot. Tangan tak berapa kuat lagi - nanti kesian la Ayah penat sorang-sorang. Tak gitu.

@ Promosi Hari Ini Sahaja


* Terms & Conditions apply. Promotion is valid for 1 day (09/09/2011) only. Promotion not applicable to Organize Jo Black. While stocks last. lawati http://www.ginjacqie.com/my/.

P/s: Penaja utama Contest Gaya Si Comel Di Hari Raya ni :)

@ Tips Lipstick Tahan Lama

Thursday, September 8, 2011

Eh-eh sejak lepas raya ni banyak pula tips kecantikan. Hehe. Maklumlah lepas eksiden tu kan memang tak jaga muka apa semua. So bila simen dah buka dan dah dekat nak raya tu barulah kalutkan. Habis tanya tips sana sini. Hihi.

Em Ibu memang ada problem dengan lipstick. Pakailah jenama cap ayam or mahal macam Mac - tak sempat sejam lipstick dah hilang. Kalau ada makan-makan tak payah cakapla - lagila confirm hilang. So baru-baru ni Ibu dapat satu tips. Dah apply time raya hari tu dan memang berkesan. Tahanla satu hari.



Rahsianya ialah dengan menggunakan lip liner. Dulu Ibu ingat lip liner hanya untuk ikut bentuk bibir. Tapi tak cantik sebab nanti lipstick hilang tapi line lip liner ada lagi. So memang Ibu tak pernah guna lip liner.



Rupa-rupanya untuk bagi warna di bibir long lasting - kita kena pakai lip liner tu di seluruh bibir. Just sapukan light-light je - pastikan warna lip liner tu match dengan warna lipstick. Lepas sapu lip liner barulah letak lipstick dan seterusnya lip gloss. If tak nak pakai lipstick pun takpe - terus sapu lipgloss. So lepas makan - lipgloss tu memang ada can hilang - tapi warna lip liner tu insyaallah bertahan sampai petang. Insyaallah. Selamat mencuba!!

@ Setakat mana mampu

Wednesday, September 7, 2011

Tadi jumpa SV. Sebelum raya sempat hantar a few chapters. Ingatkan dah ok (rasa macam baguih dah ayat tu). Rupanya itu hanya angan-angan. Huhu. Banyak nak kena edit dan rombak. Alamat bulan ni Ibu will be very busy with writing. Bukan mudah nak menulis tesis ni. Takpelah buat setakat mana boleh - yang penting semangat kena sentiasa ada.

Kepada yang bercita-cita nak sambung belajar, yang penting semangat kena sentiasa membara. Walau susah dan penat kita tempuhi juga. Slow pun slowlah. Biar lambat asal selamat. Yelah kita bukannya bujang, boleh stay up berhari-hari semata-mata nak menulis. Boleh tak makan tak keluar mengadap laptop. Sekarang ada suami dan ada anak. Makan pakai kena tengok. Rumah kena jaga. So kita buatlah setakat mana mampu.

Ibu tak menyimpan cita-cita siap paling cepat or dapat tesis paling cemerlang. Kalau siap dalam tempoh penaja bagi kira alhamdullillah. Bagi Ibu apa pun keluarga paling penting. Yelah-kalau kita mati. Mana ada orang ingat tesis kita ke publication kita ke. Keluarga kita juga yang ingat dan doakan kita. Tak gitu?

Ps: Mana result contest ni ye - Ibu pun masih menunggu...

@ First day

First day masuk kerja setelah lama bercuti. Liat rasanya nak bangun pagi tadi. Tapi tiba-tiba dapat berita ada sorang kakak dah lulus VIVA semalam. Wah bestnya. Terus semangat berkobar-kobar. Tak sabar nak habis ni - eceh padahal jauh lagi perjalanan ni. Oklah nak berusaha ni. Chayokk!!!


@ Update Pasal Contest

Tuesday, September 6, 2011

Ramai email tanya pasal contest Gaya Si Comel Berhari Raya. Harap semua bersabar ye. Tengah finalize sponsor. Perlukan 3 orang sponsor je lagi. Insyaallah hari Jumaat akan announce. If sponsor cnfirm cepat bolehla cepat announce. If tak nantikan Jumaat - 9/9/2011. Korang prepare je gambar anak korang ye.

Sekarang tengah tunggu result contest Win LC Clutch!! Belum dapat lagi dari penaja. So harap bersabar ye semua. Mungkin hari ni, mungkin esok. Ibu pun berdebor menunggu. Sabar ye....:)

@ Produk untuk hilangkan jerawat

Muka Ibu selalu juga naik jerawat. Selalu naik bila datang bulan. Tension juga. Walaupun naiknya satu dua je tapi besar dan ranum. Bak kata Ayah - Ibu boleh jadi penternak jerawat yang berjaya - huhu. Banyak dah ubat jerawat yang dicuba tapi tak berjaya. Nasib baik la kulit jenis parut cepat hilang. Baru-baru ni kan Ibu accident. So jerawat naik banyak. Yelah - muka tak jaga time tu. Ada kawan Ibu cadang kan satu produk ni.

Nak tau apa? Produknya dari Clarins. Namanya Blemish Control. Alhamdullilah berkesan kat Ibu. Asal rasa dah nak naik jerawat tu - tenyeh cepat-cepat. Insyaallah hilang. Satu kotak dia jual ada dua biji. Satu kotak harganya dalam RM75 if tak salah. So satu jatu dalam RM30++. Oklah sebab tahan lama.
Clarins Blemish Control



Satu kotak ada dua. Senang pakai sebab jenis roll on. Selamat mencuba!!

@ Spinal Muscular Atrophy

Monday, September 5, 2011

Ramai bergembira di Hari Raya ni. Tapi jangan lupa pada  yang sedang menghadapi dugaan. One of my friend - anaknya menghidapi spinal muscular atrophy. Penyakit ni takde cure. If sesiapa tahu group support or kawan-kawan yang anaknya menghadapi masalah yang sama. Harap dapat email ibu di babyibu at gmail dot com. Terima kasih. Mari kita doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk anak ini. Ini email dari ibunya.

Dear Family and Friends,

We are sorry to have to share some very sad news with you. Last week on the 15th August 2011, Branden, at the age of 13 months,was diagnosed with spinal muscular atrophy. SMA is a neuromuscular disease that affects the nerves controlling respiration and movement. Unfortunately there is no treatment or cure. We were not aware that we are both "silent" carriers of this genetic disease.

The life expectancy of infants with SMA varies from weeks to many years, but Branden’s doctors did not give any time frames for him. SMA currently limits his ability to sit without support, crawl or even roll over. Fortunately Branden does not yet need any special medical intervention, and the first respiratory tests show that his breathing is not as bad as we initially thought. Further sleep and respiratory tests need to be done soon. For now, Branden depends on a wide range of therapy (physio, occupational, speech, nutrition/diet) and medical care (neuromuscular, gastrointestinal, respiratory, orthopaedic, paediatric), to give good support to manage his breathing, eating and nutrition, movement and daily activities.

The better news is that Branden is cognitively normal. He is cheerful and ready with a bright and happy smile, has a cheeky nature, loves to engage with people and disarms everyone with the sweetest eyes, and yabbers when excited. His fine motor skills are also quite good. Branden loves smiling faces, listening to people talk and read to him, music, his bath time, swiping on the Ipad, and TV time.
His happy and positive nature gives us strength. Also important to us has been the support and compassionate care provided to Branden and us by his medical team, and our family and friends. We cannot emphasize enough how important everyone has been for us, to help us overcome the many challenges we face coping with SMA.

Obviously, we have endured a difficult week. It's been an emotional roller coaster, and we realize that the ride will be bumpy with many ups and downs. Overall, however, we feel we are coping reasonably well. We make it a point to enjoy every minute we have with Branden, and know that taking good care of him is the most important thing we can do for him and ourselves. Jaden cares deeply for his brother, and has shown remarkable maturity to cope with what's happening. He imparts his energy, cheers us up, and surprises with his emotional maturity. We will definitely ensure that Jaden continues to receive the love and support that he needs at his young age.

We ask for and deeply appreciate your prayers to keep Branden’s breathing strong and healthy, to slow down the deterioration of his nervous system and muscles, and for a cure to be discovered soon. It will so helpful if you can put us in touch with any support group in Malaysia who have experience with SMA kids, or families who experienced and managed SMA in their lives. Unfortunately awareness and support for SMA in Malaysia is poor compared to many other countries, and we have not yet been able to reach out to other families or support groups.

We welcome hearing from you and seeing you, just as we would in good times. We hope you understand why we are writing rather than calling you. We want you to know what is happening in our lives, but this is very difficult news to share.

@ Selamat Hari Raya...

Wah kali ni memang raya betul. Seminggu tak pegang laptop. Kami balik Kedah Khamis sebelum raya. Sebab Internet sangat slow kat sana maka memang tak buat keje. Berehat je. Balik ke sini Jumaat lepas. Tapi Sabtu dan Ahad sibuk beraya kat rumah sedara mara di KL pula. Malam balik memang semua terbongkang. Heh. Ini baru nak tengok balik email, keje dan sebagainya. Kepada yang menunggu result pemenang - tunggu ye - esok akan diumumkan. Contest baru pun akan diumumkan minggu ni. Korang get ready je dengan gambo anak-anak korang yang comel-comel ye. :)

Apa-apapun sempena hari mulia ni - BabyIbu sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri  dan ingin memohon maaf andai ada salah dan silap. If ada BabyIbu hutang hadiah kat sape2 (in case termiss/terlupa) just email k. Cerita raya? Nanti baru upload ye. Ini letak sekeping gambar di pagi raya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop