@ Gambar Raya 2011

Monday, September 19, 2011

Tahun ni turn raya di utara. Masa balik tu hujan je, sampai je hari raya first terus panas terik macam biasa. Kali ni tak banyak ambil gambar sebab sepanjang raya Ammar agak moody. Biasalah bila Ammar moody - Ibu dan Ayah pun moody la jugak kan. Uhuk2. Ini gambar dari kamera Pak Ngah Opy.

Gambar mula-mula ni ambil di rumah di Jitra. Selepas balik sembahyang raya. Lepas tu baru gerak ke rumah Mak tok di Kepala Batas.


Ayah, Ibu dan Ammar


Ibu dan adik2 tersayang

 Senyum semua..


Setelah melihat Pak Ngahnya ambil gambar pakai tripod, ammar pun invent la tripod sendiri. Habis diusung satu rumah mak tok. Petangnya jalan-jalan rumah saudara di Alor Setar. Malam tidur kepenatan or lebih tepat lagi kekenyangan.

Raya kedua balik Perlis. Terus ziarah kubur. Kemudian ke rumah saudara mara.


Ammar tak nak pijak tanah. Nasib baik ada Pak Lang sudi dukung. Huhu

 Ammar dah moody

 Dengan saudara mara di Perlis

Ini saudara mara belah Tok Mama. Baru sikit ni. Tapi memang meriah. Belah Tok Abah tak ambil pula raya pertama tu.

So itulah serba sedikit cerita raya kali ni. Memang best. Rasa macam nak lajak cuti lagi seminggu. Heh. :P

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Liza said...

Perlis kat mana? I raya pertama kt Perlis.. :)

Oyis said...

yana, cantik baju konsep baju raya yg kaler kelabu campur emrah tu. very elegant!

peaceza said...

wah,meriahnya berhari raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop