@ Iqra'

Thursday, September 29, 2011

Masa kecil-kecil Ibu tak sempat belajar membaca al-quran guna kaedah Iqra' ni. Ibu belajar cara lama-lama. Mengeja alif atas a, alif bawah i, alif depan u. A..i..u. Tapi bila Ibu dah sekolah menengah, adik-adik Ibu pergi mengaji dekat kelas Iqra'. So Ibu teringat dan mencari-cari cara mengajar ke bahan mengajar ke. Rupa-rupanya memang dah ada buku Iqra. Kawan Ibu yang beritahu.

Ibu pun carila. Mula-mula cari online. Sekali pergi pasar malam, ada je jual. Begini rupanya buku tu.


Agak mudah nak mengajar Ammar sebab ia berulang-ulang (sampai Ammar cam) dan ada warna untuk bezakan huruf. Gambar di bawah ini Ibu ambil di Internet. Ini version lama, version Ibu beli ada warna antara huruf itu. Jadi mudah nak bezakan bila perkenal huruf baru.


Alhamdullilah Ammar berminat nak belajar - tapi banyak la soalan die yang Ibu pening nak jawab. Macam kenapa baa ni titik satu, kenapa yang taa titik 2. Pening cikgu nak mengajar ni. Huhu. Tapi Ibu cuba je. Biarpun hanya 5 minit sehari.

Kepada yang berminat boleh beli online kat sini atau download kat sini (cuba try buka-Ibu dapat link tapi tak sempat try-dah beli).

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Nisa Greennnpanda said...

sy br je start ajar Hannah bc iqra'.. tp die masih xbrape nk igt lg huruf2 nye..hehe..

ummuabdullahsyaakir said...

Insya AllaH nak cuba praktikkan nanti pada anak2...memang buku ni bagus kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop