@ Setakat mana mampu

Wednesday, September 7, 2011

Tadi jumpa SV. Sebelum raya sempat hantar a few chapters. Ingatkan dah ok (rasa macam baguih dah ayat tu). Rupanya itu hanya angan-angan. Huhu. Banyak nak kena edit dan rombak. Alamat bulan ni Ibu will be very busy with writing. Bukan mudah nak menulis tesis ni. Takpelah buat setakat mana boleh - yang penting semangat kena sentiasa ada.

Kepada yang bercita-cita nak sambung belajar, yang penting semangat kena sentiasa membara. Walau susah dan penat kita tempuhi juga. Slow pun slowlah. Biar lambat asal selamat. Yelah kita bukannya bujang, boleh stay up berhari-hari semata-mata nak menulis. Boleh tak makan tak keluar mengadap laptop. Sekarang ada suami dan ada anak. Makan pakai kena tengok. Rumah kena jaga. So kita buatlah setakat mana mampu.

Ibu tak menyimpan cita-cita siap paling cepat or dapat tesis paling cemerlang. Kalau siap dalam tempoh penaja bagi kira alhamdullillah. Bagi Ibu apa pun keluarga paling penting. Yelah-kalau kita mati. Mana ada orang ingat tesis kita ke publication kita ke. Keluarga kita juga yang ingat dan doakan kita. Tak gitu?

Ps: Mana result contest ni ye - Ibu pun masih menunggu...

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

betul tu yana. apapon tahniah, at least ada jgk tu dah siap a few chapters, walaupon kena correct lg. susahnya nak start after raya ni, tuhan sahaja lah yg tahu. smgt agak luntur. mugnkin sbb makin byk yg dibaca, makin kerdil rasa sumbangan diri hhuhu

Nida said...

Kena kasi hubby baca statement ni..

p/s: hai Oyis... jumpa kat sini pulak ye..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop