@ Posto-posto

Monday, October 31, 2011

Baru sebahagian barang telah diposkan. Ini first batch, second batch minggu ni. If Ibu belum contact tu maknanya barang belum cukup lagi. ada dalam 400 kotak belum dibuka. Huhu. Ini traking number bagi barang yang telah diposkan. Bagi yang belum ada nama, tunggu ye. Barang banyak dan besar. Kena buat step by step.

Azlina CD 180504767 MY
Che Suziana CD 180504912 MY
Irma Azreen CD 180504775 MY
Irma Azreen CD 180504926 MY
Jamiah CD 180504722 MY
Khairiah EN 441328335 MY
Khuzaimah Abdul Majid CD 180504869 MY
Lily Farsha Baharum CD 180504930 MY
Muliani CD 180504705 MY
Muliani Omar CD 180504740 MY
Munirah CD 180504679 MY
Nazriah CD 180504736 MY
Nazriah CD 180504798 MY
Nik Mohd. Fauzi CD 180504665 MY
Nik Mohd. Fauzi CD 180504807 MY
Noor Aniwati EN 441328349 MY
Norhanim Mohd. Kassim CD 180504886 MY
Nur Arfah CD 180504682 MY
Nur Fashrina CD 180504815 MY
Nurruihamme Sidek CD 180504719 MY
Nurul Hanis CD 180504838 MY
Rozita Abdul Rahman CD 180504890 MY
Saizu Norhaslina CD 180177143 MY
Saizu Norhaslina CD 180504841 MY
Saizu Norhaslina CD 180504855 MY
Shahabudin Abdullah CD 180504784 MY
Siti Afiah CD 180504651 MY
Siti Mazrah CD 180504824 MY
Siti Munirah Mohd. Azlan CD 180504872 MY
Suhana CD 180504753 MY
Suziela CD 180504943 MY
Syahnaz EN 441328352 MY
Wardah Hanim Md. Noor CD 180504909 MY
Zana CD 180504696 MY

CD - guna pos domestik

@ Deko Dapur

Thursday, October 27, 2011

Last week pergi IKEA. Beli tempat letak garam gula. Gantung dekat dengan tempat masak. Senang nak capai. Tak sempat amik gambar betul lagi. Tapi inilah rupanya. Harga RM75. Share dengan kawan sorang satu (sampai dua nak buh apa pula kan - huhu). nanti Ibu amik gambar di dapur. sekarang super duper bz.


Ps: Contest Tag n Win IKEA dah habis. Tak win pun. Huhu.

@ Bukan senang nak senang

Tuesday, October 25, 2011

Bila orang tengok kita berniaga online, ramai cakap bestnya. Kayala pas ni. Tapi ianya tak semudah dilihat. Ibu mula berjinak-jinak berniaga secara online dari tahun lepas. Saje-saje je niatnya. Membantu kawan tolong jual barang - dapatla komisen sikit kan. Bercakap pasal komisen - ada yang ok - contohnya bila kita promote dapat barang free ke or if terjual dapat komisen ke. Bukan mudah nak review barang tau. Tapi ada juga minta promote free, Ibu ok je at first. Tapi salah seorang kawan Ibu kata - minta kita promote free, dia untung dan kita tak dapat apa-apa. So bila fikir betul juga. Kena la ada give and take. Tak gitu?

Berbalik pada perihal business, lama kelamaan jadi banyak pula produk yang dijual. Minat pun makin mendalam tapi masalahnya satu je - masa!!. Ibu sebenarnya tiada masa nak uruskan. Bukan mudah nak reply email customer, nak ambil order, nak packaging lagi, nak pos lagi. Sangat leceh sebenarnya. Keje memang kena hari-hari mengadap. Kena promote barang secara berkala, kena update stok dan sebagainya. Agak sukar untuk Ibu yang full time student ni. Silap-silap research ke mana.

Tapi minat punya pasal, Ibu gagahi juga. Ibu allocate kan sehari buka sekali je email untuk jawab perihal business ni. Sebab tu Ibu nak minta maaf kalau kadang-kadang lambat balas email. Adalah perlu untuk utamakan yang wajib dulu. Huhu.

Apa yang bestnya berniaga online ni - mestilah sebab pendapatan sampingan. Ibu punya konsep - Ibu cuba jual murah dari pasaran tapi still untung. Ibu memang dah bagitahu partner business yang Ibu memang tak sampai hati nak letak mahal-mahal. So - nak kaya tu takla. Tapi duit sampingan tu lepas la nak shopping barangan lagha tiap-tiap bulan. (barangan lagha adalah barangan tak wajib beli tapi beli kes teringin macam tudung ke baju ke - :P).

Apa yang tak bestnya - banyak dugaan business ni. Satu kena layan karenah customer yang 1001 macam. Kalau dapat yang cool tu macam lega, tapi if dapat yang garang-garang - sedih juga. Macam dulu kes pre-order tak dapat barang dari supplier. Memang terasa la juga peritnya. Walaupun tak rugi tapi rasa ralatla. Itu pengalaman first yang sedih pasal business ni.

Macam sekarang - berniaga barang UK. Memang best sebab dapat sambutan. Tapi bila barang sampai. Waaaa - mau pengsan. Memang minggu ni Ibu duk susun barang je. Best memang best tapi terkorban la sikit masa belajar minggu ni.

Kesimpulannya, bila berniaga ni, minat kena kuat. Untuk betul-betul berjaya kena rajin. Strategi kena pasang - buat contest ke give away ke jadi sponsor ke iklan kat blog ke. Janganlah harap orang promote produk kita secara percuma. Semua di dunia ni takde yang free.

Strategi perniagaan memang perlu - sekarang paling bagus through FB - tapi Ibu jarang guna sebab tak sempat. Apa-apa pun - sapa yang baru nak bermula - good luck!! If tak berapa berjaya tingkatkan usaha-insyaallah rezeki ada. amin.

@ Sampai akhirmya

Monday, October 24, 2011

Alhamdullilah barang dari UK dah sampai. Tapi Ibu baru ambil separuh barang. Kawan Ibu balik kampung halaman so next batch hujung minggu ni pula. Sesiapa yang barangnya dah cukup dan payment pun dah settle - Ibu akan terus contact (untuk pick up) dan pos (bagi sesiapa yang dah bayar duit pos). Penghantaran akan dibuat berfasa ye sebab barang terlampau banyak. Kudrat pula kurang. Ni pun dah lembik lepas 2 hari mengangkut barang. Mari cuci mata dengan barang yang bergelimpangan di rumah ni ye. Huhu - rumah dah macam warehouse.



Ini baru suku - yang lain dah susun dalam stor dan bilik belakang.


@ Tahniah Puan Donat!!

Thursday, October 20, 2011

Dah selamat maelahirkan putera kedua, 3.78kg pd 20/10/2011. Bertambah anak saudara ni. Tahniah Donat!!

Cumilnya - rasa nak cium-cium.

@ Adeh..kesian budak ni

Cara jimat diapers katanya. Sapa la buli ni. Sejuk budak ni. Huhu


@ Mencari Nora Azura

Wednesday, October 19, 2011

Ada sesiapa kenal empunya badan Nora Azura - email dia from Scomi. Dah lama email tak pernah reply. Harap ada sesiapa boleh tolong.

@ Tefal: Stok terakhir

Sesiapa berminat untuk Tefal yang belum bertuan ni email babyibu at gmail dot com.
 
Tefal Essencia Frying Pan, Grey, 20 cm
 
3 unit sahaja!!
 
RRP: RM130
Harga BabyIbu: RM60 (kos sampai kota damansara)

Berminat? email babyibu at gmail dot com
 
Product Features
New expert non stick coating for use with metal utensils
New Thermospot heat indication system
New deep shape pans
Slimline stainless steel lids
Removable easy vent knobs
Stylish grey handles

@ Hujan

Tuesday, October 18, 2011

Hari ni asyik hujan je. Lab dah la sejuk ni. Menambah lagi rasa nak demam. Huhu. Tiba-tiba rasa nak makan cucur goreng dan teh o panas. Sedapnya...

@ Update Barang UK

Berita terkini

Kontena dah sampai di Malaysia. Tengah tunggu pelepasan kastam. Mari kita semua doakan semuanya lepas. Kalau ok next week barang sampai kat tangan kami. Kami akan mula proses. Hari ni akan mula email untuk maklumat penghantaran.

P.s: Ibu pun tak sabar tunggu - heh.

@ Senyap kerana..

Monday, October 17, 2011

Dari Rabu lepas sampai hari ni memang sangat sibuk. Ammar mula dengan selsema dan batuk. Dua kali kena nebulizer. Lepas kena nebulizer - pernafasan dah ok. Demam panas pula. Semalam baru sihat balik - tapi Ibu pula yang tak sihat. Ini tengah berehat.

Kali pertama kena-meraung. Kali kedua dah brave. Konon ultraman la ni - pakai mask - pujuk Ayahnya. Huhu.

Insyaallah sehari dua hari lagi akan email semua orang pasal barang UK k. Buat masa ni belum dengar berita lagi pasal ketibaan - tapi Ibu dalam proses compile semua order dan maklumat penghantaran. Hadiah Win LC Clutch! dan Warkah Untuk BabyIbu juga akan diposkan minggu ni. Adik Ibu datang so boleh tolong uruskan . So tunggu ya :).

@ Nebulizer

Thursday, October 13, 2011

Ammar memang dah dua tiga hari tak berapa sihat. tapi biasa-biasa je. Semalam lepas ambil dari rumah MIL tengok dada dah berombak laju dan berbunyi. Tapi ingatkan sebab kahak. Balik rumah dulu. Dalam pukul 10 macam tu macam makin teruk terus bawa pergi klinik. Dr kata asma dan Ammar kena nebulizer. Sepanjang 3 tahun setengah  kira 3 kali Ammar dah kena nebulizer ni. So memang kira asma ke eh?

Ibu takut juga sebab tiba-tiba teruk. Sebelum ni 3 minggu selsema batuk baru kena nebulizer. So fahamla kan. Ini dalam sehari tiba2 truk. Tidur semalaman tak lena. Ammar merengek-rengek. Makan tak nak. Minum susu tak nak. Risau-risau. Ingat nak bawa pergi hospital hari ni. Buat fully check up. Takut pula if ada infetion ke apa sebab dada masih berbunyi lagi. Huhu.

@ Tak suka tak apa

Wednesday, October 12, 2011

Sekiranya tak suka seseorang itu maka tak apalah
Bukannya kita akan suka semua orang
Bukannya juga semua orang suka kita

Tapi sekiranya tak suka jauhilah
Jauhilah berbual sekiranya masa berbual tu pun tak ikhlas
Jauhilah mengambil tahu hal ehwal terkini sekiranya sekadar jadi bahan mengumpat

Jangan pula pura-pura suka tapi belakang menabur cerita
Jangan pula membuat cerita hanya dari pandangan luaran
Jangan pula menyebar cerita hanya kerana kita tak suka

Sesungguhnya menfitnah itu lagi besar dosanya dari membunuh
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui

Jauhkanlah orang sebegini dari hidupku Ya Allah..Amin.

@ Shawl Cotton Patchwork

Lately Ibu jatuh cinta dengan  shawl cotton yang ada patchwork. Sangat mudah dipakai. Tak payah nak iron dan pakai inner. Senang je. Lilit sekali dah siap. Beli kat mana? Arzu mari. Tapi harga memang sangat berbaloi-baloi - tak sia-sia kawan Ibu berbaik dengan salesgirlnya. :)

 Ibu pakai shawl cotton patchwork. eh nampak tembam lak gambar ni. heh.

Koleksi kat rumah..i loike...

@ Hampir Terlupa

Tuesday, October 11, 2011

Nasib baik teringat. Hampir terlupa nak redeem voucher Millk a Deal yang Fridge Magnet ni. Sapa yang belum cepat ye. Hari ni last.



Gambar yang dihantar

P.s: Minggu ni dan minggu depan akan cuba contact all pembeli barang UK untuk maklumat penghantaran. Tunggu ye. Sangat bz minggu ni.

@ BB Cream

Friday, October 7, 2011

Ibu ni bab beli produk memang laju tapi bab tenyeh kat muka memang tak tentu. Sebab macam malas nak sapu banyak-banyak kali. Satu-satunya yang Ibu pakai ialah moisturiser. Itu pun sebab kalau tak pakai muka akan berminyak-minyak - rasa macam goreng telur kat muka pun masak. Huhu.

Baru-baru ni dapat tahu pasal BB Cream. Dah lama kot benda ni tapi Ibu je kurang peka. BB Cream banyak brand jual. BB Cream boleh bertindak sebagai makeup base, foundation, moisturizer and sun protection. Kira all in one la ni. Kira sekali tempek je. So masa raya hari tu Ibu beli satu. Jenama Elianto. Harga RM59 sahaja.


Alhamdullilah Ibu suka dan sekarang pakai hari-hari. Ibu suka sebab ada sun protection - maklumlah naik motor kan. Satu lagi ialah walaupun fungsinya sebagai foundation-tapi ia sangat light. Tak macam foundation biasa kita beli. Ibu ada la juga foundation yang memang make up base tu. Cuma pakainya time p kenduri dua tiga bulan sekali je. Hukhuk.

Texture produk Elianto ni ringan dan bila pakai tak berminyak. Pakai pun sikit je so memang tahan lama. Ia pun mudah menyerap dan blend dengan kulit kita. Takdelah gomok muka jadinya. Eceh dah macam wakil Elianto pula ni. Kesimpulannya - sape nak cuba boleh cuba. Harga pun ok. Elianto ni pun merata-rata ada. Hari tu Ibu beli kat Alor Star. Ok Selamat Mencuba ye!! - Mau siap g opis. :)

@ Target Bulan Ni

Thursday, October 6, 2011

Haih banyak je target kan. Dah lama tak beli handbag. Satu rekod untuk seorang yang sukakan beg. Last beli pun...ha sampai tak ingat. Kira lama la tu. Heh. Kali ni berkenan yang ni. Brand Liz Claiborne. Ibu memang suka brand ni sebab banyak compartment. Tapi sebab beli online dari US - lambat la lagi. Huhu.

@ Caesarean Awareness - Myths vs Facts and Stories

Tuesday, October 4, 2011

SALAM ALL.

I WOULD LOVE TO EXTEND THIS INVITATION ON BEHALF OF GENTLE BIRTHING GROUP MALAYSIA (GBG) TO ALL OF YOU WONDERFUL MOMS/MOM-TO-BEs. GBG, IN COLLABORATION WITH INTERNATIONAL CESAREAN AWARENESS NETWORK (ICAN) MALAYSIA CORDIALLY INVITES YOU TO A TALK & SHARING SESSION (FREE ADMISSION) AS FOLLOWS:


Can you spot whether these popular beliefs are Myths or Facts???
- Small pelvis always lead to cesarean delivery
- Is it true: Once a cesarean, always a cesarean
- Cord around baby's neck means immediate cesarean is needed
- Cesarean is safer for my baby because we don't need to go through pain
- Big babies are better to be delivered via cesarean because my body is small
- If baby is overdue, it is good to induce so that baby can come out
- Elective cesarean is safer because the surgery is a planned procedure
- I had a traumatic natural birth previously, so it is safer to choose cesarean this time

Which of these are myths or facts??? Come to our event to find out!

ICAN Malaysia invites you to a free talk on:
"Caesarean Awareness - Myths vs Facts and Stories"

Date: Sunday 9 October
Time: 11.30am-1.30pm

Venue: Fabulous Mom
136A, Jalan Burhanuddin Helmi
Taman Tun Dr. Ismail, 60000 KL

Who should attend: Pregnant mothers, and mothers who previously had a cesarean but interested in vaginal birth for future births, or mothers who simply wish to avoid a cesarean

DO COME AND LISTEN, AND SHARE YOUR STORIES. HOPE TO SEE YOU THERE. KINDLY SPREAD THIS GOOD TALK TO YOUR FEMALE COLLEAGUES/FRIENDS/RELATIVES. TQ

@ Penawar Hati

Diam tak diam dah besar pun anak Ibu. Kadang-kadang bila tengok gambar terdetik di hati - betapa anak Ibu dah besar. Kalau dulu kecil je sekarang dah jadi anak teruna. Dah pandai cakap itu ini, dah pandai tulis nama sendiri, dah pandai merajuk, dah pandai minta itu ini dan macam-macam lagi.

Takut bila fikir dia akan besar dan pergi sekolah dan masuk universiti dan kahwin. heh. Jauhnya fikir. Tapi sekarang barulah faham, kenapa ada mak ayah yang risau bila anaknya nak kahwin. Kenapa ada yang begitu protective walaupun anaknya tu dah umur 25 tahun. Sebab sekarang Ibu faham, dalam hati seorang Ibu - anaknya tetap akan jadi baby - sampai bila-bila.

@ Update: Barang dari UK

Monday, October 3, 2011

Maaf agak lambat update di sini berita terkini barang dari UK. Baru dapat info daripada sahabat di sana. Barang telah selamat di shipped pada penghujung Ogos. Barang dihantar menggunakan Arcadia Freight Email terkini mengatakan barang akan sampai di Malaysia dalam anggaran 15/10 - 25/10/2011. Maaf sangat-sangat atas kelewatan ini. Maklumlah first time pos guna kontena. Apa-apa berita terkini akan saya maklumkan dari masa ke semasa.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop