@ BB Cream

Friday, October 7, 2011

Ibu ni bab beli produk memang laju tapi bab tenyeh kat muka memang tak tentu. Sebab macam malas nak sapu banyak-banyak kali. Satu-satunya yang Ibu pakai ialah moisturiser. Itu pun sebab kalau tak pakai muka akan berminyak-minyak - rasa macam goreng telur kat muka pun masak. Huhu.

Baru-baru ni dapat tahu pasal BB Cream. Dah lama kot benda ni tapi Ibu je kurang peka. BB Cream banyak brand jual. BB Cream boleh bertindak sebagai makeup base, foundation, moisturizer and sun protection. Kira all in one la ni. Kira sekali tempek je. So masa raya hari tu Ibu beli satu. Jenama Elianto. Harga RM59 sahaja.


Alhamdullilah Ibu suka dan sekarang pakai hari-hari. Ibu suka sebab ada sun protection - maklumlah naik motor kan. Satu lagi ialah walaupun fungsinya sebagai foundation-tapi ia sangat light. Tak macam foundation biasa kita beli. Ibu ada la juga foundation yang memang make up base tu. Cuma pakainya time p kenduri dua tiga bulan sekali je. Hukhuk.

Texture produk Elianto ni ringan dan bila pakai tak berminyak. Pakai pun sikit je so memang tahan lama. Ia pun mudah menyerap dan blend dengan kulit kita. Takdelah gomok muka jadinya. Eceh dah macam wakil Elianto pula ni. Kesimpulannya - sape nak cuba boleh cuba. Harga pun ok. Elianto ni pun merata-rata ada. Hari tu Ibu beli kat Alor Star. Ok Selamat Mencuba ye!! - Mau siap g opis. :)

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

sisdee said...

saya now nie guna maybelline..tapi kalau elianto g bagus..mybe bole try :)

mmg best pki bb cream tak yah nk sapu foundation le cncelor bagai :)

Wanita Mutalib said...

mmg nak try bb cream, tp ingat nak try maybelline ngee...

thanks for the info :)

Zuraida Rahim said...

saya pun pakai BB Cream Brand Elianto.. sebelum ni xde. tu produk baru... kira baru launch x silap...

nUr aDila said...

dh lma sbnrnye teringin nk pakai bb krim ni..tp x kesampaian hajat nk p beli tu..huhuh

aZZa said...

saya pun pakai BB Cream lepas adik saya asyik duk promote suruh try. mmg best! muka saya jenis berminyak tp bila pakai BB Cream ni ok je. tekstur pun light tak terasa macam tepung gomak.. hihi

zh-ena said...

betul tu mmg mudah pki bb cream nie..tak payah nak tenyeh pelbagai jenis cream kat muka just pki bb cream pastu blh terus pergi kerja

anisalya said...

pakai BB cream jgk. mmg light dan tak terasa mcm pakai foundation pun. tp guna brand garnier.price pn ok jgk. mrh je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop