@ Bukan senang nak senang

Tuesday, October 25, 2011

Bila orang tengok kita berniaga online, ramai cakap bestnya. Kayala pas ni. Tapi ianya tak semudah dilihat. Ibu mula berjinak-jinak berniaga secara online dari tahun lepas. Saje-saje je niatnya. Membantu kawan tolong jual barang - dapatla komisen sikit kan. Bercakap pasal komisen - ada yang ok - contohnya bila kita promote dapat barang free ke or if terjual dapat komisen ke. Bukan mudah nak review barang tau. Tapi ada juga minta promote free, Ibu ok je at first. Tapi salah seorang kawan Ibu kata - minta kita promote free, dia untung dan kita tak dapat apa-apa. So bila fikir betul juga. Kena la ada give and take. Tak gitu?

Berbalik pada perihal business, lama kelamaan jadi banyak pula produk yang dijual. Minat pun makin mendalam tapi masalahnya satu je - masa!!. Ibu sebenarnya tiada masa nak uruskan. Bukan mudah nak reply email customer, nak ambil order, nak packaging lagi, nak pos lagi. Sangat leceh sebenarnya. Keje memang kena hari-hari mengadap. Kena promote barang secara berkala, kena update stok dan sebagainya. Agak sukar untuk Ibu yang full time student ni. Silap-silap research ke mana.

Tapi minat punya pasal, Ibu gagahi juga. Ibu allocate kan sehari buka sekali je email untuk jawab perihal business ni. Sebab tu Ibu nak minta maaf kalau kadang-kadang lambat balas email. Adalah perlu untuk utamakan yang wajib dulu. Huhu.

Apa yang bestnya berniaga online ni - mestilah sebab pendapatan sampingan. Ibu punya konsep - Ibu cuba jual murah dari pasaran tapi still untung. Ibu memang dah bagitahu partner business yang Ibu memang tak sampai hati nak letak mahal-mahal. So - nak kaya tu takla. Tapi duit sampingan tu lepas la nak shopping barangan lagha tiap-tiap bulan. (barangan lagha adalah barangan tak wajib beli tapi beli kes teringin macam tudung ke baju ke - :P).

Apa yang tak bestnya - banyak dugaan business ni. Satu kena layan karenah customer yang 1001 macam. Kalau dapat yang cool tu macam lega, tapi if dapat yang garang-garang - sedih juga. Macam dulu kes pre-order tak dapat barang dari supplier. Memang terasa la juga peritnya. Walaupun tak rugi tapi rasa ralatla. Itu pengalaman first yang sedih pasal business ni.

Macam sekarang - berniaga barang UK. Memang best sebab dapat sambutan. Tapi bila barang sampai. Waaaa - mau pengsan. Memang minggu ni Ibu duk susun barang je. Best memang best tapi terkorban la sikit masa belajar minggu ni.

Kesimpulannya, bila berniaga ni, minat kena kuat. Untuk betul-betul berjaya kena rajin. Strategi kena pasang - buat contest ke give away ke jadi sponsor ke iklan kat blog ke. Janganlah harap orang promote produk kita secara percuma. Semua di dunia ni takde yang free.

Strategi perniagaan memang perlu - sekarang paling bagus through FB - tapi Ibu jarang guna sebab tak sempat. Apa-apa pun - sapa yang baru nak bermula - good luck!! If tak berapa berjaya tingkatkan usaha-insyaallah rezeki ada. amin.

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

adianiez AIDA said...

betul ~ bukan senang nak senang. yg penting, ikhlas dlm berniaga. faktor masa tu memang la jadi masalah bagi ibu yg keje. mana nak bagi masa utk keluarga, keje ofis, rumahtangga & keje sampingan...
nampak je senang, tapi susah. sebab tu saya tak niaga hi hi hi...

Fitri Senin said...

Ibu nak tanya jual puting AVENT saje ada tak..??

eira eixora said...

saya pun macam berminat nak berniaga through blog ni. tapi tak start2 pun lagi.

Am said...

sama la dgn am dulu... mmg best sgt biz nih... tp halangan utama adelah MASA.. masatu both of us(am &partner) still on study leave.. lama2 kitorg discover that ms study makin kurang... last2 we stop & buat kecik2 jer.. so nnt bila dia dh abis PhD tgk la camner, nk buat lg ke camner... sbb masa dgn anak pulak huhu...

mimie.. said...

ibu..klu ibu perlukan assistant,sy sedia berkhidmat!!heheh

My Sweetheart e-Shop said...

aslkm... keadaan kita cam sama jer...hehe...
awak ibu, saya mama...
fulltime student jugak dengan anak 3, last 1 br 4bulan, skg baru berjinak2 ceburi bisness online jgk, ye la cm ibu cakap, bukan senang nk sng, dgn ank2, dgn research study dgn bisness...tp dah mmg minat bisness, xde masa cm ner pun nk buat jugak..tp slow la berbanding ngn org yg fulltime bisness hihi... ape2 pun konsisten yg penting... anyway, entry ni memberi smgt pada mama jugak.. nnt ibu sggh2 la blogshop mama yer..
saya nk taruk blogshop ibu kat side bar saya la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop