@ Penawar Hati

Tuesday, October 4, 2011

Diam tak diam dah besar pun anak Ibu. Kadang-kadang bila tengok gambar terdetik di hati - betapa anak Ibu dah besar. Kalau dulu kecil je sekarang dah jadi anak teruna. Dah pandai cakap itu ini, dah pandai tulis nama sendiri, dah pandai merajuk, dah pandai minta itu ini dan macam-macam lagi.

Takut bila fikir dia akan besar dan pergi sekolah dan masuk universiti dan kahwin. heh. Jauhnya fikir. Tapi sekarang barulah faham, kenapa ada mak ayah yang risau bila anaknya nak kahwin. Kenapa ada yang begitu protective walaupun anaknya tu dah umur 25 tahun. Sebab sekarang Ibu faham, dalam hati seorang Ibu - anaknya tetap akan jadi baby - sampai bila-bila.

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Zie said...

alahai itulah sepi seorang ibu, takut bila anak-anak melupainya, mudahan anak-anak kita zaman ini tidak begitu.

intanloveamir said...

betul laa...bila kita pikir2 d ms hadapan...sekejap jer masa berlalu....

ieda said...

ank mmg penawar hati ibu kn.kalau ada mslh mcmana pun pk anak mest ok sj rs.huhu...tp kdg2 bila mrh ank rs sedih sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop