@ Entri serasi

Wednesday, November 30, 2011


Ibu tertarik dengan pernyataan di atas. Memang betul la. If kita cintakan seseorang. Betapa buruk pun perangainya atau betapa si dia suka sakitkan hati kita - kita still stick around. Apa kata orang cinta itu buta. If dah kahwin, buta ke celik ke kena le sabar dan hadapi juga kan. :P.

Sebab tu bagi yang bujang-bujang tu, if nak pilih calon pilihla yang serasi. Serasi tu maksudnya kita boleh marah (luahkan perasaan pada die) dan die boleh terima dan boleh baik semula dengan cepat selepas tu. Kalau asyik simpan dalam hati nnanti dah kahwin susah la kan. huhu.

@ Keputusan Gaya Si Comel Berhari Raya 2011

Tuesday, November 29, 2011

Akhirnya keputusan Gaya Si Comel Berhari Raya 2011 keluar hari ini. Maaf kerana mengambil masa yang agak lama. ok tak nak buang masa  - inilah senarai pemenang tahun ini. Tahniah pada pemenang. Harap boleh email maklumat penghantaran kepada babyibu at gmail dot com untuk urusan penghantaran hadiah.


    Hadiah Utama - Gin and Jacqie Babybag


    10 Hadiah Saguhati - Environsax Bag bernilai RM30


Terima kasih pada partner contest Azzamoro yang banyak membantu dan juga para penaja. Thanks a lot. :).
Penaja

@ 3 hari sahaja!!

Friday, November 25, 2011

@ Posto-posto Batch 2 dan 3

Wednesday, November 23, 2011

Senarai pos batch 2 dan 3. Rasanya ramai dah terima. Just letak in case ada yang belum dapat. Most of the barang dah pos cuma tinggal toys dan ada a few things yang masih belum jumpa. If sesiapa masih belum terima barang atau email pemberitahuan status barang harap boleh email k. Takut termiss. Tq.

Batch 2

Hamidah - CD 180177165 MY
Harliana Laili - CD 180177055 MY
Ilyana - CD 180176845 MY
N. Asmawati - CD 180177174 MY
Nor saadah - CD 180177069 MY
Noraini Ahmad – EN 441328366 MY
NorHamim– EN 441328281 MY
NorHany – EN441328370 MY
Nur Faezah - CD 180177086 MY
Nurrul Wahidah – EN 441328406 MY
Nurul Najihah - CD 180177130 MY
Shuhda Silmi – EN441328383 MY
Suhaila - CD 180177038 MY
Sy/ Fathiyah - CD 180177090 MY
Yatie Jamal - CD 180177205 MY

Batch 3

Balqis – EM 159762053 MY
Hefy – EN 441328397 MY
Khairul Bariah – EM 159044857 MY
Nur Khalida – EN 441328295 MY
Sakina Adam – CD 180177007 MY

@ Demam

Tuesday, November 22, 2011



Ammar demam dari hari khamis. Panas mencecah 40. Memang ibu dah berapa hari tak tidur. Dengan nak melayan alah lagi. Memang dugaan.

Hari ni macam dah kebah sikit. Tapi still berjaga-jaga. Takut juga nanti panas balik. Kesian ammar lembik je. Tapi memang merap la. Huhu. Doakan ammar cpt baik ye.

Ps: nak ambil kesempatan memohon maaf kerana belum sempat umumkn keputusan. Keadaan sekarang tak mengizinkan. Insyaallah bila sehari dua ni akan diusahakan. Harap semua memahami. Tq.

Posted via Blogaway

@ Ceritanya

Thursday, November 17, 2011

Lama tak update blog. Bersawang dah ni. Nanti akan update lain-lain cerita. Buat masa ni just nak announce - Ammar akan dapat adik bulan 6 tahun depan insyaallah:). Dah check Dr. Semua ok alhamdullilah. Sekarang tengah berperang dengan all day sickness (bukan morning je - pagi petang siang malam ni). Banyak baring jelah. Huhu. Thanks to Ayah sebab banyak tolong di rumah.

Oh ke mana Ibu menghilang? Ada urusan sikit then singgah balik Kedah sekejap. Itu yang hilang tiba-tiba. Internet lembab kat sana. Ibu pun ambil peluang berehat je - sementara ada orang layan Ammar. Oklah akan cuba announce winner contest petang ni atau esok k. Bergantung kepada tahap kebolehan mengadap laptop. Huhu.

@ isnin

Friday, November 11, 2011


Nampak gaya tak smpat nk keluarkan senarai pemenang hr ni. Ibu akan publish hr isnin k. Tq.

Posted via Blogaway

@ Sambungan Ada Cerita...

Hmm pandai je korang tembak eh - dalam entri Ada Cerita. Ya memang betul tekaan korang. Tapi still tak yakin nak sebarkan. Meh Ibu cerita detail sikit...

Mula rasa macam pregnant dalam hujung bulan 9. Sedar sebab ada changes kat badan (korang paham-paham jelah eh). Then buat pregnancy test. Alhamdullilah..ada dua line. Tapi at that time kabur. Then tunggu lagi 2 hari. Buat lagi. Makin terang. Tunggu lagi dua hari buat lagi. Ok memang sah sebab makin terang.

Sebab sungguh tak menyabar - ada la 4 kali buat test ni. Heh.

Lepas tu baru jumpa Dr. Ikut date - 5 weeks. Tapi masa scan Dr tak nampak apa-apa. Hoo. So cuak. Pregnant ke saya ni Dr? Dr kata sepatutnya kalau dah 2 line tu maksudnya ya. Cuma mungkin masih awal. Kita jumpa 3 minggu lagi. Aduh panjangnya penantian.

Masa tu just bagitahu family je. Yelah tak nak heboh-heboh benda belum pasti. Makin hari simpton pregnancy makin ketara. Muntah pagi petang siang malam. Badan memang lembik je. Then kitaorang pergi check up balik. Ikut kiraan 7 weeks. Kali ni sac atau karung dah nampak. Tapi baby or heartbeat belum kelihatan.


Ibu dah mula cuak. Rasanya masa Ammar dulu dah nampak. Ibu start Google. Rupanya banyak kes macam ni. Kata Dr., sama ada masih too early untuk nampak ataupun kes empty sac. Empty sac ialah bila sacnya ada - tapi isinya kosong. Walaupun kosong tapi si ibu akan still rasa simpton pregnancy selagi tak jatuh atau buat DnC. Adeh. Memang cuak betul.

Kebetulan banyak pula dengar cerita dari kawan-kawan yang menghadapi nasib yang sama. Buat Ibu tak senang duduk. Hari-hari doa. Ayah kata if memang rezeki, adalah. If takde rezeki, cuba lagi. Ini semua ketentuan Allah. So memang mulanya sedih and takut. Tapi sekarang dah pasrah. If ada rezeki, alahmdulllilah. If tak, memang takde rezeki.

Next check up-sepatutnya sabtu ni..wish me all the best...

@ Pengumuman

Thursday, November 10, 2011


Barang uk

Batch kedua telah diposkan minggu lepas. Tinggal 20% je lagi barang yg belum dihantar. insyaallah akan diposkan hujung minggu ni.

Hadiah

Hadiah untuk contest warkah untuk babyibu dan win lc clutch telah diposkan 2 minggu lepas. Siapa yg belum terima harap email. Tq.

Keputusan contest

Keputusan contest si comel berhari raya akan diumumkan esok. Tunggu!

Posted via Blogaway

@ ....

Wednesday, November 9, 2011



Gambar kabur? emm macam tu la otak ibu sekarang. Serabut dgn keje yang banyak ditambah dengan badan yang tak sihat. Banyak pengumuman nak dibuat tp takde mood nak buat pape right now. Semoga esok semakin baik.

Ps: rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidiladha pada semua. Semoga tahun ni bw keberkatan pada kita semua. Tahun ni raya kl. Gambar kt atas je ada-gmbr ammar amik tu gegar. Huhu

Posted via Blogaway

@ Ada cerita

Friday, November 4, 2011

Ada cerita nak dikhabarkan. Tapi takut kalau tak jadi. Takut juga sedihkan hati sendiri. Lagi seminggu baru boleh tahu keputusannya. Macam nak berkongsi. Tapi macam takut pula. Dilema betul. Huhu.

@ FM yang cantik

Wednesday, November 2, 2011



Ibu beli voucher customized fm ni kat milk a deal. Dah smpai last week. Sangat cantik. Nanti if ada lg promosi Ibu akan alert k. Mmg rugi tak buat.

Posted via Blogaway

@ Tahniah Pak Lang!!

Tahniah untuk adik Ibu yang konvo Ahad lepas. Ibu tengok - Ibu pulak tak sabar nak konvo. Tapi jauh lagi perjalanan ni. Panjang lagi. Mau kena nangis tiga empat round lagi baru habis kot. Huhu. Sesungguhnya banyak dugaan belajar bila berkeluarga ni. Takpelah Ibu akan buat yang terbaik. Insyaallah ada rezeki tahun 2013 Ibu konvo. Amin.


Tahniah!!

@ Malware

Tuesday, November 1, 2011


Rupanya dah beberapa hari blog babyibu tak boleh dibuka sebab ada malware pada salah satu link dalam bloglist. Tq pada reader yang inform. Dah buang dah. If tak boleh view lg bgtau eh. Tq.

Posted via Blogaway

@ hp baru



Last week hp buat hal. Msg tak alert, cll pun tak bunyi. Susah sbb ibu kan tgh dok urus brg dr uk ni. So ibu ckp dengan ayah tlg crikn hp baru leh tak.

Ayah kata ok. Alang-alang ( memanjang alang2 kn) ibu nk smartphone la. Macam teringin je tgk kwn2 pakai. Boleh vheck email n update blog dimana-mana. Eceh.

Ayah pn tolong ushakn. Jumpa satu smartphone. Baru je keluar. Harga mmg murah berbnding smartphone lain. Bp? rm888. ok kn untuk smartphone? apa namanya?

Namanya Samsung Galaxy W. Ini gambarnya.

Keluar tk ni? tgh testing blog pkai Galaxy W ni. Heh. Lembb sikit tk biasa touchscreen. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop