@ Angkara Tersalah Isi

Friday, December 16, 2011

Semalam tiba-tiba dapat panggilan:

Si Pemanggil: Helo - ni kenapa hantar surat kat sini. Takde orang nama ni kat sini. (Dalam nada marah)
Ibu: Erkk..Assalammualaikum. Surat apa ni ye?
Si Pemanggil: Surat ni la. Hantar kat alamat 17, jalan xx. Ni nama xxx.
Ibu: (Masih dalam keadaan blur sebab macam kena ambush). Err mungkin tersalah tulis alamat sepatutnya 85, jalan xx.
Si pemanggil: Ha kenapa nak hantar ke sini.
Ibu: Maaf sangat. Nanti saya ambil.

Terus diletakkan telefon di si pemanggil aka mak cik itu. Sentap rasanya. Masa balik - Ayah dah ambil Ammar so tak sempat nak ambil surat tu sebab itu alamat my MIL. Tapi pada masa yang sama my MIL bagi ada 2 surat pos ekspress yang pej pos pulangkan sebab 'bukan dokumen' - Ibu pos FM. Jadi Ibu pun tahula, mesti satu tersalah tulis alamat, tu sampai kat mak cik tu.

Pagi-pagi tadi pukul 8 telefon berdering. Ibu tak pergi lab - so masih sedap baring peluk Ammar. Bila Ibu angkat - suara lelaki pula bercakap.

Si Pemanggil: Ha ni kenapa tak ambil  surat ni lagi. Suka-suka hantar ke rumah orang. Kata rumah dekat sini saja. (Dalam nada sangat marah - huhu).
Ibu: (Masih terkebil-kebil). Oh Maaf semalam saya tak sempat. Kejap lagi saya akan ambil.
Si Pemanggil: Kata rumah dekat je tapi.....(banyak la marahnya - Ibu blur-blur). Lepas tu terus die letak.


Adeh. Terus hilang mood satu hari ni. First time orang marah sebab surat tersalah alamat. Kalau tak dapat barang Ibu faham la juga. Mengucap panjang Ibu pagi-pagi. Ada juga orang macam ni. Kita kan ada budi bahasa dan tolak ansur. Kenapala jadi begini. So tadi Ayah pergi ambil. Kata Ayah pak cik tu memang dikenali area situ. Patutla. Insaf tak tulis salah alamat lagi. Huhu.

P.s: Kepada pemenang FM Ibu akan pos semula hadiah tu k.

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Ummu Ukasyah said...

Assalammualaikum..

geram juga bila baca entry ni..

owh.. sunggup tak beradab orang itu..

takkan orang salah alamat pun nak marah. Bukannya orang hantar bom kat rumah..

sabar jelah ye..

budi bahasa budaya kita.

ADEEYA said...

HUhuhu garangnyaa orang tu :/

BabyIbu said...

ummu ukasyah - itula tak faham. kenapa la marah sangat. huhu.

adeeya - memang garang. tak pernah kena marah macam tu. hukhuk

Lady Rina said...

garangnya orant itu..tak baekkk tau garang2...huhuhu..

Em's Family said...

yeah.. orang kat dunia ni macam2 perangai.. agaknyer bukan u sorang kot posmen salah hantar, tu yang dia angin satu badan tu :D

AyuArjuna BiGoshh said...

ada gak owang mcm ni...menyusahkan diri ke klaua surat owang lain kat umah kita...pelik betul....naka marah...sabarjerlah ..

sue zainun said...

haha pakcik tu marah sebab org tak kenal dia kot..mana leh camtu kan walau kita dikenali ramai..bukan sengaja nak tersalah ye tak..hurmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop