@ Penangan citer Korea

Saturday, December 24, 2011

Ibu baru tahu pasal website citer Korea - Maduu.com. Sungguh best sebab takde limit. Boleh tengok je sehari suntuk. Selalu kalau tengok kat online ni sejam pastu kena tunggu lagi sejam. Err tapi dok layan keje pula tak jadi. Huhu. Sekarang dok layan citer Pasta. Best juga even heroin tak baper cun. Adeh insaf betul kalau dah terjebak tengok ni. Selagi tak habis, termimpi-mimpi.

 


Ingat lagi masa kat UTM dulu. Layan cerita Winter Sonata - maraton 2 hari berturut-turut. Tak tidur mengalahkan buat tesis. Sampai muka bengkak-bengkak la sebab tak cukup tidur plus asyik menangis. Heh. Dulu memang rajin maraton layan series ni. Sekarang dah tak mampu dan takde masa. Dapat tengok sehari 2 episod pun kira dah cukup hebat.

Hmm habis cerita ni kena stop. Nak fokus study pula ni. Lama sangat bercuti. Kalau dok melayan je - tahun bila pun tak habis. Huhu.

P.s: Kepada yang tengah study - sila jangan buka website tu - nanti terjebak. :P

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop