Ammar mula bercakap masa berumur 2 tahun. Masa tu dia bercakap lancar - even agak pelat dan belum pandai bercakap ayat yang betul. Masih bercakap sepatah-sepatah kemudian dua patah dan lama-lama makin panjangla ayatnya.
Masa Ammar nak masuk 3 tahun, Ammar mula starter atau gagap masa memulakan ayat. Means - bila nak cakap tu dia akan " Aa..aa..aaa..aaa..abang abang abang nak minum". Ibu agak risau pada mulanya. Kata my mum, mungkin tukar bulan. So Ibu biarkan dulu. Apa yang Ibu buat, Ibu cuba tolong habiskan ayatnya atau minta Ammar bertenang dan ulang semula apa nak cakap. Kadang-kadang Ibu marah juga Ammar - kenapa abang cakap macam tu, cuba cakap elok-elok. Kesian Ammar.
Info pasal gagap.
Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini.
Masuk 1 bulan Ammar cakap gagap - Ibu memang risau sangat. Dah terfikir nak jumpa pakar. Ada juga tanya kawan yang Dr - sama ada benda ni permanent atau temporary. Kawan Ibu suruh pantau dulu, sebab kadang-kadang benda ni temporary. Sebab mereka masih dalam proses belajar bercakap.
Apa yang Ibu perasan, Ammar selalunya gagap bila dia agak gopoh atau excited untuk bercakap. Perkataan tu jadi tersekat dan dia asyik ulang-ulang. Agak lama la masalah ni berlarutan - hampir 3-4 bulan. Walaupun makin hari makin kurang - tapi Ibu sangat risau.
Kemudian satu malam, Ibu dan Ayah layan cerita King Speech. Cerita ni mengisahkan seorang Raja ynag mengalami masalah gagap. Banyak teknik yang diajar. Tapi kebanyakannya sesuai untuk orang dewasa sperti cuba fokus pada perkataan tertentu, gerakan badan, hilangkan bunyi tertentu dalam perkataan, tarik nafas masa susah nak mulakan ayat dan banyak lagi. Oh ya cerita ni juga menang cerita terbaik tau.
So Ibu cuba aplikasi apa yang diajar. Setiap kali Ammar tersekat nak bercakap. Ibu suruh dia tarik nafas panjang-panjang. Mula-mula kelakar juga bila Ammar cuba tarik nafas setiap kali dia starter sebab macam orang baru lepas naik tangga 3 tingkat tapi it actually helps. Rasanya kurang 2 minggu - gagap Ammar hilang. Alhamdullilah sekarang Ammar tak gagap atau starter lagi. Malah semakin petah pot pet pot pet.
So sedikit tips nak mengatasi masalah anak gagap ni:
1. Minta anak bertenang dan ulang semula apa yang nak dicakap
2. Minta dia tarik nafas setiap kali mengalami kesukaran untuk memulakan ayat.
3. Ulang perkatan yang tersekat itu beberapa kali sampai dia boleh sebut tanpa tersekat-sekat
4. Setiap kali berjaya bercakap tanpa gagap, puji anak kita. If gagal, kita ulang lagi lain waktu.