@ Thesis Mode

Tuesday, January 31, 2012

Buat masa ni maaflah andai Ibu terlambat reply email atau sebagainya. Sekarang memang tengah thesis mode. Setelah macam-macam dugaan melanda tahun lepas - tangan patah la morning sickness la - tahun memang azam nak cover balik. Budget nak siapkan tahun ni juga.

Bulan ni memang 'rajin' la banding sebelum-sebelum. Memang makan tidur nampak thesis. Takde mood nak keluar ke apa. Cuma kekangan badan la cepat penat. Maklumlah perut makin besar. Kira memang semangat tu dah datang walaupun tadi pudar sikit lepas jumpa supervisor. Huhu. Kenapa pudar? biasala - rasa macam dah betul dah tulis tu, rasa macam dah sedap dah ayat - sekali dapat komen - terkebil-kebil tengok draft. Huhu.

Takpelah. Usaha itu tangga kejayaan. Akan ku gagahi juga sampai siap. Huhu. Doakan ye :)

@ Rahsia Untuk Kurus

Monday, January 30, 2012

Nak tahu rahsia ntuk kurus? Sila tanamkan hobi berbasikal - macam Ayah. Ayah dapat hobi baru. Masa cutu Raya Cina hari tu hari-hari pergi berbasikal. Sehari dalam 20km - masuk hutan. Baru main dalam 5-6 kali terus nampak Ayah susut. Baru ni pun jumpa kawan Ayah - memang sangat kurus berbanding dulu. Rahsianya? Main basikal juga. Tapi kata Ayah - kalau setakat berbasikal kat jalan raya kurang effective - kena masuk hutan bukit bukau baru berkesan. Huhu.

Baby baru Ayah

Geng Kayuh

@ Tidurla Sayang

Friday, January 27, 2012

Dua tiga hari ni sangat bz. Ada KPI nak capai. KPI sendiri je tapi tengah mempunyai semangat daya juang yang kuat sekarang ni walaupun pinggang dan belakang dah mula sakit-sakit. So meh layan cara tidur anak ni - dah lama nampak kat FB - tertarik nak share.


Ammar tidur macam nombor 2 tu - H. Memang la siksa. Tapi nasib baik belah kaki selalu hala ke Ayah. Memang selalu la Ayah jadi punching beg. Huhu. Tangan nak pegang tangan Ibu. Ni tengah pikir-nanti baby kat mana le nak letak ni? Huhuh.

@ Baju Mengandung Yang Comel

Wednesday, January 25, 2012


Baju mengandung untuk dijual - klik sini!!

Sekarang perut dah makin besar. Memang baju biasa dah mula tak padan. Semua dah sendat mendat. Masa pregnant Ammar dulu, Ibu tak banyak baju pregnant. Maklumlah time tu kan fulltime housewife. Duduk rumah je. Pastu kawan-kawan pun semua tak pregnant lagi. Memang la tak tau apa-apa pasal seluar pregnant ke baju pregnant ke.

Kali ni dah pandai sikit. Ada kawan Ibu tunjuk FB Youand Mycloset Full. Ada juga la sehelai dua yang menarik perhatian. Dah mula beli sikit sebab dah rasa macam buah pelam kena balut kalau pakai tshirt biasa. Huhuh.

Ini paling penting. Ada satu pun jadila. Dulu time Ammar pakai seluar jerut je. Sekarang dah advanced. Boleh pakai jeans lagi :)




Comelkan. Dulu masa kawan Ibu tunjukkan page ni. Banyak lagi baju yang menarik. Tapi bila buka nak beli banyak yang cun dah sold out. Takpelah - kurang sikit borongannya. Hehe. Maklumlah, nak round shopping complex pergi cari memang tak larat. Beli online jelah. Lagi mudah - tak gitu?

@ Selamat Tahun Baru Cina dan Cuti

Tuesday, January 24, 2012

Selamat Tahun Baru Cina pada semua. Ramai ke balik kampung? Hari Sabtu hari tu - Ibu pergi Seremban. Tengok NKVE menghala utara jammed teruk. Padahal time tu dah pukul 12 tengah hari. Masa balik dari Seremban pula, jalan menghala Selatan pula jammed. Memang ramai betul jalan-jalan or balik kampung time ni ye.

Kali ni tak balik Kedah. Sebab budget nak balik time Maulidur Rasul nanti. Ada kenduri sepupu. So kena la save-save cuti. Kami rehat di rumah je. Kebetulan ada mak saudara datang. Memang pusing area Kota Damansara je. Kata mak saudara, Sogo dan The Curve semua ramai orang. Huhu. Memang Kl pun penuh orang juga ye. Apa pun esok dah mula kerja. Kena start engine balik ni. Huhuh.

@ Baby Room Makeover Contest

Friday, January 20, 2012

Jemput sertai. Baru nak join tapi tak jadi sebab ia hanya untuk orang yang ada anak 0-36 bulan (Ammar dan lebih) plus ada voting (Ibu maleh sikit bab vote ni). Good luck semua!! Klik Sini Untuk Sertai

@ Sayangi Anak Anda

Sebelum ini, Ibu ada bincangkan isu gula tambahan dalam susu formula. Pada mulanya ramai terkejut tapi kemudian ada yang kata ia sekadar strategi pemasaran. Bagi Ibu, pendedahan ini memang sangat mengejutkan dan pada masa yang sama merupakan info yang sangat bernilai kepada kita sebagai ibu bapa.
Semenjak pendedahan ini disebarkan, barulah kita mula terfikir nak tengok label dan isi kandungan susu formula yang diambil oleh anak kita. Yelah, kalau dulu kita cuma tengok kelebihan yang susu formula tawarkan seperti DHA, AA atau lain-lain nutrient tambahan. Rupa-rupanya pada masa yang sama kita tak sedar ada pula ‘kelebihan’ lain yang tidak kita perlukan.

‘Kelebihan’ yang dimaksudkan itu adalah gula tambahan seperti sukros, sirap jagung dan sirap glukos – Ibu pernah bincangkan dalam entri Kesan Gula Terhadap Kanak-Kanak. Seperti sedia maklum, banyak kesan buruk apabila gula tambahan diambil secara berlebihan  seperti berat badan berlebihan dan obesiti. Ini boleh meningkatkan risiko diabetis, penyakit jantung dan lain-lain.


Ini adalah kerana gula tambahan tidak diperlukan dalam pemakanan anak anda. Masa Ibu pergi perjumpaan dengan Prof Davies dan Dr. Monro di Bora Ombak hari tu, Ibu sempat bertanyakan beberapa perkara penting. Antara yang ditekankan mereka ialah:

·         Kanak-kanak tidak perlukan  banyak gula tambahan untuk tenaga dan pembesaran

·         Jika kanak-kanak ambil gula tambahan secara berlebihan, kalori tambahan itu akan menjadi lemak dan akan menyumbang kepada pertambahan berat badan dan obesity.

·         Untuk kanak-kanak 2-3 tahun, hanya 150 kcal atau kurang 7 sudu kecil adalah maksimum pengambilan gula tambahan yang dibenarkan

Masa Ibu dapat tahu dulu, Ammar tengah minum satu jenama susu ni. Bila Ibu cek label dan jumlah karbohidratnya. Memang sangat tinggi. Dahla Ammar minum lebih dari 5 botol susu sehari. Patutla aktif semacam budak ni – asyik melompat ke sana sini. Terus Ibu dan Ayah tukar pada susu lain. Alhamdullilah Ammar suka susu baru dan takdelah seperti sebelum ni.

Jadi pada ibu bapa di luar sana, pilihlah susu formula secara bijak. Semak label dan pastikan kandungan gula tambahan dalam susu formula anak anda.  Untuk semak pastikan label mengandungi label “Tanpa Gula Tambahan” atau “Kurang Gula”– boleh lihat di sini. Label yang mengandungi tagline “No sucrose” mungkin jugak mengandungi gula tambahan. Sayangi anak anda.

@ Merujuk pada pakar - untuk kebaikan anak kita

Thursday, January 19, 2012

Ibu telah dijemput ke satu perjumpaan dengan pakar nutrisi kanak-kanak dari Australia dan New Zealand. Di sana, kami diberi peluang untuk bertanya lebih lanjut berkenaan kandungan gula dalam susu formula ni. Key opinion leader Prof Davies dan Dr. Monro berada di sini untuk “independent scientific symposium for leading Malaysian healthcare professionals, academics and Government officials on added sugars in children’s diets”.


Menurut mereka, pengambilan gula tambahan harus dipantau terutamanya untuk kanak-kanak. Pengambilan makanan haruslah seimbang dan sesuai dengan keperluan badan kita. Sekiranya gula diambil secara berlebihan – banyak kesan tak baik pada anak kita seperti obesiti dan diabetes.

Penggunaan gula tambahan seperti dalam susu formula sebenarnya mengurangkan jumlah protein. Untuk mendapatkan jumlah protein yang sepatutnya, saiz penyediaan (serving saiz) perlu ditambah. Walaubagaimanapun, dengan penambahan saiz penyediaan ini, penggunaan gula tambahan juga bertambah. Ini menyebabkan anak kita mengambil gula tambahan dalam kadar yang banyak setiap hari.

Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu faham Malaysian Labelling Guide untuk susu formula. Kita perlu ingat yang semua gula (sucrose, corn syrup, glucose syrup dan maltodextrin) ditulis sebagai karbohidrat. Oleh itu, walaupun di label tulis tiada gula, kita masih lagi perlu semak tahap kandungan karbohidrat. Sekiranya kandungan karbohidrat melebihi 11-12 gm per serve, ia merupakan gula tambahan yang tidak diperlukan oleh anak kita. Dan ingat, tanpa sukrosa tidak semestinya bermakna tanpa gula tambahan.

Jadi, jangan lupa, masa beli susu formula – sila semak label untuk periksa kandungan gula tambahan. Buat masa ini hanya Anmum Essential yang tiada gula tambahan dan mempunyai kandungan karbohidrat yang betul. Untuk pengguna susu formula lain, pastikan anda rasa susu anak anda untuk rasa kadar kemanisan susu dan semak labelnya. Buatlah pilihan yang bijak untuk anak anda.

@ Rahsia di sebalik sabar..


Bila kahwin kenala banyak bersabar. Sebelah pihak (tak kisah isteri atau suami) kena belajar beralah. Jika tidak, memang perang sokmo la jawabnya. Tapi yelah bila dah lama-lama. Dah malas nak gaduh-gaduh sangat pun. Buat-buat lupa dan maafkan je. Macam Ibu janji dengan Ayah, if malam tu ada selisih faham, esok tu kena lupakan dan saling memaafkan. Tak gitu? Barula bahagia hidup ni. :)

@ Bertambah satu lagi..

Tuesday, January 17, 2012

Hari ni bertambah satu lagi usia Ibu. Sekejap je rasanya. Hati rasa macam muda tapi bila tengok Ammar yang semakin membesar plus bila mengah-mengah panjat tangga fakulti tu - maka sedarlah Ibu sememangnya Ibu dah tua. Huhu.


Takpe kita guna ayat sedap sikit - semakin matang. Heh. Bertambahnya usia ni, Ibu dah tak harapkan lagi suprise birthday ke hadiah best-best ke (even my parent still kasi hadiah kat anak sorang yang perasan macam belum kahwin ni - :P).

Ibu hanya harapkan tahun ni dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah. Insyaallah. Harapkan tahun ni Ibu berjaya 'produce' dua baby. Baby adik Ammar dan Baby Phd. Aminnn.

P.s: Erkk hadiah dari Ayah Ibu nak juga tau...:)

@ Teladan Kena Baik

Friday, January 13, 2012


Anak-anak sekarang cepat belajar. Mereka bukan sahaja belajar secara terus (apa yang kita ajar) tapi juga secara tak terus (yang diorang amati dari tindakan kita). Lebih-lebih lagi macam Ammar yang semakin membesar. Telinga tu tangkap je apa yang orang sekeliling cakap. Kalau setakat kita, mungkin mudah sebab kita boleh control depan die. Tapi orang lain (jiran, kawan, orang lalu lalang) malah tv juga (lebih-lebih kartun alih suara) pun memainkan peranan.

Ibu dan Ayah memang semakin berhati-hati dengan apa yang kami bincang/buat depan Ammar. Sebab memang nanti dia akan copy and paste. Baru-baru ni Ibu masuk toilet basuh kaki. Ammar kat pintu toile. Lepas tu die kata - " Ibu!! Ada lipan kat kaki Ibu" (Bilik air bawah selalu juga ada anak lipan - huhu). Nota: Ammar memang kuat mengusik budaknya.

Ibu pun kelam kabut la. Sekali Ammar gelak. " Ammar mengarut aja la Ibu". Adehh - mana belajar pula ni. Mesti tengok kartun ni atau dengar mana-mana. Tak pernah pula Ibu guna perkataan tu. So apa yang boleh Ibu buat. Ibu betulkan lah ayatnya. "Bukan mengarutlah sayang. Salah tu. Melawak buka mengarut".

Ya, Ammar akan ulang juga 2-3 kali perkataan mengarut tu. Tapi bila Ibu dengar, cepat-cepat betulkan. Alhamdullilah sekarang tak sebut lagi. Pendek kata, memang bahaya betul sekarang. Pendedahan media yang konon mencerdikkan anak-anak ni banyak kesan negatifnya juga. Ibu dah kurang bagi die tengok kartun kat rumah. Biarla die main terlompat-lompat sampai peluh. Huhu.


Kesimpulannya - kita sebagai ibubapa kena tunjukkan teladan yang baik dan juga mengawal anasir negatif di sekeliling anak kita. Bukan mudah kerjanya. Tapi kita cuba yang terbaik. Semoga Allah lindungi anak kita. Aminnn.

@ Rezeki di awal 2012

Wednesday, January 11, 2012

Alhamdullilah rezeki semua yang bergelar pelajar. Awal tahun ni dapat voucher RM200 untuk beli buku. Banyak tu. Sapa nak kasi kan. Ibu dah ambil (bab benda free ni memang laju je kan). Kepada yang belum ambil sila la tuntut di Sekolah/Fakulti anda. Tarikh penggunaan voucher sampai 31 Mac 2012 sahaja. Menurut Fakulti boleh digunakan di mana-mana kedai buku. Selamat membeli buku!!!


P.s: Untuk Ammar Ibu bagi sekeping voucher k - :)

@ 9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak

Tuesday, January 10, 2012

Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

  • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
 
Insyallah….Wallahualam.

@ 3 hari dalam keputihan

Monday, January 9, 2012

Mulai Jumaat sampai lah semalam. Badan Ammar asyik naik gatal-gatal. Mula-mula ingatkan kena kelopak garam atau kena gigit tahi ulat. Tapi pelik juga. Asal makan ubat. Hilang. Pastu naik balik. Satu badan la kena. Dr. kedua pergi check kata sebab allergic. Tapi tak tau allergik apa.

Memang susah hati Ibu ni. Kesian sangat Ammar menahan gatal. Kejap penuh kat badan. Kang lepas surut, naik kaki pula. Bab naik muka paling Ibu tak tahan. Huhu. Ibu gilir2 bagi ubat gatal dengan allergic. Kalau tak bagi confirm tak boleh tidur. Asyik garu.

Satu ubat yang paling baik ialah calamine lotion. Kalau nampak dah naik tu, Ibu kasi mandi dan sapu. Kurangla Ammar gatal-gatal. Tak kasi garu takut luka pula. Itu badan Ammar bertompok putih macam pakai bedak sejuk. Huhu.




Naik bengkak-bengkak tebal yang Ibu tak tahan tengok

Kat gambar ni time sikit. Ada yang time penuh satu badan. Macam nak pengsan Ibu tengok. Huhu. Alhamdullilah sejak semalam dah semakin baik. Lega sikit hati ni. Nyenyak sikit nak tidur malam (sebelum ni nak tidur pun cuak takut sesak nafas ke apa - takut kesan ubat ke apa - huhu.

@ Kelopak garam ke alergi ke campak

Friday, January 6, 2012



Dari malam tadi badan ammar gatal2. Sampai bengkak. Ingatkan kelopak garam. tapi mlm td dah surut tp hari ni ada balik. mungkin juga campak. kesian sgt tgk ammar. huhu.

Posted via Blogaway

@ No more cit cat

Thursday, January 5, 2012

Memandangkan jarang sangat ada kesempatan membaca dan apatah lagi membalas di Cit Cat ni maka Ibu amik keputusan nak delete je. Buat orang marah je kan tanya tapi tak jawab - huhu (ampun semua). Mulai hari ni anything just email babyibu at gmail dot com - ada kat ruang hubungi Ibu tu. Tapi if tak bereply 2-3 hari harap email sekali lagi sebab kadang-kadang masuk SPAM. Email babyibu tu selalu akan automatik forward ke email utama. Memang tak buka email tu directly. Jadi kalau masuk SPAM memang tak perasan. So if tak balas sila email sekali lagi ye. :)

@ Jual Vision - Murahhhhhhh!!

Wednesday, January 4, 2012

Bukan Ibu yang jual. Ibu jual bagi pihak my MIL. Tak mampu nak pi sana lagi dan redah lautan periuk yang kotor itu lagi. Harga yang dijual memang sangat murah. Satu set 3 selalunya RM400++. Ini dah harga jual termasuk upah pergi sana, pilih yang elok dan basuh lagi. So bagi Ibu memang sangat berbaloi. Tak dapat harga ni kat tempat lain.

Offer Ended!!

Ada 3 saiz (semua tanpa penutup) - rujuk gambar di bawah
saiz 1 - RMxx
saiz 2 - RMxx
saiz 3 - RMxx
satu set (ada 3 saiz) -  RMxxx

Pick up: Kota damansara, Jitra (Ibu balik awal bulan 2)
Sesiapa berminat boleh email babyibu at gmail dot com.


 Gambar sebenar. Periuk ni hitam/kotor kesan kilang terbakar. Tapi bila basuh condition masih cantik lagi. Macam baru.
Sekadar gambar hiasan nak tunjuk perbandingan saiz. Periuk yang dijual without penutup ye.

@ Gerakan rama-rama

Minggu ni masuk 18 minggu dah kandungan Ibu. Sekejap je rasa. Dah mula rasa pergerakan baby macam gerakan rama-rama tu. Punya lama tak pregnant rasa macam geli bila terasa. :) Semalam pergi check Dr. Alhamdullilah semuanya normal. Ibu memang cuak setiap kali pergi check ni. Huhu.

Beza pregnant dulu dan sekarang? Kali ni memnag perut cepat besar. 4 bulan dah kena pakai seluar pregnant. Dulu 5 bulan baru orang perasan. Badan pun macam naik banyak kali ni terutama di bahagian perut dan pinggul la. Jenuh nak turunkan balik nanti. Satu lagi badan rasa tak berapa kuat banding dulu. Mungkin sebab faktor kalsium kurang (abis Ammar sedut) atau sebab faktor usia (tahun ni kan dah 3 series). Huhu. Tapi memag rasa la bezanya. Semput memanjang.


Masa pregnant Ammar dulu, Ibu memang sangat rajin. Hari-hari baca buku pregnant tu. Tapi kali ni macam rileks je. Takde semangat nak baca-baca. Takde semangat nak beli pape (lain la tetiba rezeki baby girl kan :P). Sibuk melayan Ammar je. Kesian la baby nanti. Abangnya tidur pun mau pegang-pegang tangan. Huhu.

@ Branded Item For Sale!! Part 2

Tuesday, January 3, 2012

For Sale!! Part 1 - klik sini!!

Berminat? Email babyibu at gmail dot com
Harga tak termasuk kos pos

New  Liz Claiborne Handbag - RM220
 


Clarks Kid - RM120

Saiz 10 UK Kid (Saiz Ammar)
 



Clarks Sandal - RM120

Saiz 3 (Malaysia Saiz 4)


@ Borong Vision/Corningware Murah..

Monday, January 2, 2012

Dapat info dari kawan pasal ada kilang Vision/Corningware terbakar di Teluk Pulai, Klang (Lepas KFC Pulai belok kanan). Pujuk punya pujuk Ayah pun setuju nak pergi. Pergi la semalam. Masa pergi dah lewat so barang macam Correlle dah habis. Tinggal yang meleding (kena api so bentuk lari). Tapi bila cari-cari tu jumpa la juga sikit-sikit.


Orang ramai tapi okla. Tak seramai warehouse Pureen tu. Tapi Ibu nak pitam jugala seround sebab panas. Last-last Ayah dan MIL yang tlong carikan. Ibu duduk jaga Ammar je.

 

Paling banyak ialah stok Corningware dan Vision. Cuma nak kena pilih la penat sikit. Sebab tak tersusun dan kotor (kesan kena haba - hitam2). Tak ambil gambar banyak sebab ammar dok main game kat handset. Tapi kalau setakat nak borong Corningware tu memang banyak lagi la.

Harga? Tersangat la murah. Tapi sebab semalam dh mula ramai orang so harga dah naik. Hari sebelum tu lagi murah.  Harga betul Ibu tak berapa ingat sebab masa kira Ibu takde tapi sebiji Vision/Corningware semua bawah RM50 la. Corningware kecil tu dalam RM10-20 je rasanya. Cuma tak best sebab takde penutup. Tapi okla kan dengan harga tu. Mana nak dapat. Kalau barang correlle dalam RM4-RM8 sekeping. Murah sangat. Tapi sungguh la susah mau cari Correlle. Piring je banyak.

Oh ya ada cerita disebalik pinggan Correlle. Masa cari2 jumpa satu dua je. Tu pun senget sikit. Tapi tiba-tiba ada mak cik datang kat tepi Ibu. Dok belek-belek yang kitaorang simpan. Dia tanya la sapa punya. Ayah pun cakap la kami punya. Tiba-tiba die kata nak let go yang die beli sebelum ni. Corak sama. Itu Ibu dapat koleksi banyak juga. Alhamdullilah rezeki terpijak. Ok meh tengok hasil borongan Ibu.


Longgok kat toilet nak basuh

 

Kasi kering. Memang penat nak tonyok hitam-hitam tu. Tapi keluarla. Nasib baik Ayah tolong.

 

Taraa..ini Ibu punya. Vision lain tu untuk my mom.

 

Dah masuk kabinet pula. Set Corningware. Cukupla stok Ibu.


Kepada sesiapa nak pergi, if nak cari Corningware dan Vision memang berbaloi. If nak cari Correlle semata better tak pergi sebab Correlle sudah habis diborong. Ada peraih kutip Correlle ni untuk jual semula. Ayah dapat tahu masa pergi round belakang kedai tu. Itu yang takde -sedih. Ibu habis dekat RM300 tapi berbaloila untuk apa yang dibeli. Cukupla koleksi Ibu. Masak bukan rajin mana pun :P.

P.s: Selagi ada stok diorang jual. So banyak lagi semalam. Sape dekat-dekat bolehla pergi.

@ 2012..

Sunday, January 1, 2012

Salam tahun baru. Sekejapnye masa berlalu. Bila direnung azam tahun 2011, alhamdullilah banyak dah tercapai. Banyak manis dan ada juga pahitnya - patah tangan. Apa-pun semua tu mengajar Ibu menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.


Tahun ni azam Ibu mudah je - tambah adik Ammar (alhamdullilah bulan 6 tahun ni) dan siapkan PhD. Itu akan menjadi fokus utama tahun ni. Lain-lain tu Ibu akan buat yang terbaik. Semoga tahun ini membawa lebih berkat kepada kita semua hendaknya. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop