@ Borong Vision/Corningware Murah..

Monday, January 2, 2012

Dapat info dari kawan pasal ada kilang Vision/Corningware terbakar di Teluk Pulai, Klang (Lepas KFC Pulai belok kanan). Pujuk punya pujuk Ayah pun setuju nak pergi. Pergi la semalam. Masa pergi dah lewat so barang macam Correlle dah habis. Tinggal yang meleding (kena api so bentuk lari). Tapi bila cari-cari tu jumpa la juga sikit-sikit.


Orang ramai tapi okla. Tak seramai warehouse Pureen tu. Tapi Ibu nak pitam jugala seround sebab panas. Last-last Ayah dan MIL yang tlong carikan. Ibu duduk jaga Ammar je.

 

Paling banyak ialah stok Corningware dan Vision. Cuma nak kena pilih la penat sikit. Sebab tak tersusun dan kotor (kesan kena haba - hitam2). Tak ambil gambar banyak sebab ammar dok main game kat handset. Tapi kalau setakat nak borong Corningware tu memang banyak lagi la.

Harga? Tersangat la murah. Tapi sebab semalam dh mula ramai orang so harga dah naik. Hari sebelum tu lagi murah.  Harga betul Ibu tak berapa ingat sebab masa kira Ibu takde tapi sebiji Vision/Corningware semua bawah RM50 la. Corningware kecil tu dalam RM10-20 je rasanya. Cuma tak best sebab takde penutup. Tapi okla kan dengan harga tu. Mana nak dapat. Kalau barang correlle dalam RM4-RM8 sekeping. Murah sangat. Tapi sungguh la susah mau cari Correlle. Piring je banyak.

Oh ya ada cerita disebalik pinggan Correlle. Masa cari2 jumpa satu dua je. Tu pun senget sikit. Tapi tiba-tiba ada mak cik datang kat tepi Ibu. Dok belek-belek yang kitaorang simpan. Dia tanya la sapa punya. Ayah pun cakap la kami punya. Tiba-tiba die kata nak let go yang die beli sebelum ni. Corak sama. Itu Ibu dapat koleksi banyak juga. Alhamdullilah rezeki terpijak. Ok meh tengok hasil borongan Ibu.


Longgok kat toilet nak basuh

 

Kasi kering. Memang penat nak tonyok hitam-hitam tu. Tapi keluarla. Nasib baik Ayah tolong.

 

Taraa..ini Ibu punya. Vision lain tu untuk my mom.

 

Dah masuk kabinet pula. Set Corningware. Cukupla stok Ibu.


Kepada sesiapa nak pergi, if nak cari Corningware dan Vision memang berbaloi. If nak cari Correlle semata better tak pergi sebab Correlle sudah habis diborong. Ada peraih kutip Correlle ni untuk jual semula. Ayah dapat tahu masa pergi round belakang kedai tu. Itu yang takde -sedih. Ibu habis dekat RM300 tapi berbaloila untuk apa yang dibeli. Cukupla koleksi Ibu. Masak bukan rajin mana pun :P.

P.s: Selagi ada stok diorang jual. So banyak lagi semalam. Sape dekat-dekat bolehla pergi.

14 kawan BabyIbu berkata-kata..:

@e_da said...

alahai bestnya.. mcm jauh lak nak gi..ibu taknak jual sket ke vision tu... sy tercari2 vision murah..hihi

Pink Lavender said...

hi baby ibu...

salam kenal..
tetiba terbaca post ibu tentang corningware & corelle

serius jeles tgk ibu shopping!!!!
OMG!!!nak beli juga!!!kat mana nih eh?blh bg detail sket nama kedai dia,sampai bl offer ni ibu??

jeles,jeles tgk ibu beli!!!

Yana said...

eda-ada dua nak let go. bg email. nnti pas amik gambo yna email. tp cod jelah. nk pos takut pecah sebab takde proper kotaknya. pnutup pn tkde.

Pink - nama kedai tak tahu. kedai lama tepi jalan. tapi kalau dah smpai area teluk pulai. jumpa kfc die blah kanan. pastu simpang 4 - belok kanan. straight smpai simpang 3-belok kiri. kedai tu belah kiri. mmg nampak org ramai2. jual slagi ada stok. setakat corningware/vision mmg bnyak.

sayahappyslalu said...

Kawan emy pun ada pergi, siap post dlm FB.. Jauh sangat nak pergi Klang.. Xpelah, harap ada kedai terbakar dekat2 area KL pulak.. Haha..

@e_da said...

ok tq ya.. try tgk dulu.. manatau kot2 berkenan.. shinbi3@gmail.com

wan nurul hezrina said...

bestnyer dapat murah2 n banyak..bertuah badan

intan said...

kedainya bukak kol bpe ek?hajat dihati nk p weekend ni

habibah_bib said...

Salam, dah seminggu ni, ada lagi ke? Bestnyer!!!!

adams'mama said...

ibu..jeles nya dapat beli corningware murah..hajat dihati nak pegi gak..ada lagi ke wekend ni..ada lagi tak balance yg ibu nak letgo..

Yana said...

Visons tinggal 3 set je lagi. kalau nak pergi cari visions n correle mmg dah takde. sebab barang di kilang dah abis. Tapi kalau nak cari corningware banyak lagi.

naz21 said...

Salam, Sapa2 nak jual set 2ndhand yg masih baik lagi emella sy: umm.hamdza@gmail.com. Timasih..

UK Kitchen & Bedding Corner said...

assalamualaikum wbt, semua

best nyer, semua seddang mencari corningware & corelle.memang menjadi kegemaran suri rumah.

Saya juga ade menjual corningware yang terbaik kualitinya terus dari UK. Bukan second hand tapi terus dari kilang dari UK.

Bolehla melawat facebook page saya di:
https://www.facebook.com/pages/UK-Kitchen-Bedding-Corner/177314495736525

Boleh la LIKE untuk lihat barang2 corningware dan juga bedding dari Dorma set terus dari UK dengan design terbaru. Electrical appliances juga ade dengan warna yang sangat menarik dengan harga yang sangat murah berbanding yang lain di Malaysia.

Authentic gituw ^_^

Maz said...

sis, agak2 nya skrg ada lagi x ? nak corningware yg kecil2

Raihana Rr said...

jeles nye... bila ada lagi warehouse sale nie?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop