@ Sayangi Anak Anda

Friday, January 20, 2012

Sebelum ini, Ibu ada bincangkan isu gula tambahan dalam susu formula. Pada mulanya ramai terkejut tapi kemudian ada yang kata ia sekadar strategi pemasaran. Bagi Ibu, pendedahan ini memang sangat mengejutkan dan pada masa yang sama merupakan info yang sangat bernilai kepada kita sebagai ibu bapa.
Semenjak pendedahan ini disebarkan, barulah kita mula terfikir nak tengok label dan isi kandungan susu formula yang diambil oleh anak kita. Yelah, kalau dulu kita cuma tengok kelebihan yang susu formula tawarkan seperti DHA, AA atau lain-lain nutrient tambahan. Rupa-rupanya pada masa yang sama kita tak sedar ada pula ‘kelebihan’ lain yang tidak kita perlukan.

‘Kelebihan’ yang dimaksudkan itu adalah gula tambahan seperti sukros, sirap jagung dan sirap glukos – Ibu pernah bincangkan dalam entri Kesan Gula Terhadap Kanak-Kanak. Seperti sedia maklum, banyak kesan buruk apabila gula tambahan diambil secara berlebihan  seperti berat badan berlebihan dan obesiti. Ini boleh meningkatkan risiko diabetis, penyakit jantung dan lain-lain.


Ini adalah kerana gula tambahan tidak diperlukan dalam pemakanan anak anda. Masa Ibu pergi perjumpaan dengan Prof Davies dan Dr. Monro di Bora Ombak hari tu, Ibu sempat bertanyakan beberapa perkara penting. Antara yang ditekankan mereka ialah:

·         Kanak-kanak tidak perlukan  banyak gula tambahan untuk tenaga dan pembesaran

·         Jika kanak-kanak ambil gula tambahan secara berlebihan, kalori tambahan itu akan menjadi lemak dan akan menyumbang kepada pertambahan berat badan dan obesity.

·         Untuk kanak-kanak 2-3 tahun, hanya 150 kcal atau kurang 7 sudu kecil adalah maksimum pengambilan gula tambahan yang dibenarkan

Masa Ibu dapat tahu dulu, Ammar tengah minum satu jenama susu ni. Bila Ibu cek label dan jumlah karbohidratnya. Memang sangat tinggi. Dahla Ammar minum lebih dari 5 botol susu sehari. Patutla aktif semacam budak ni – asyik melompat ke sana sini. Terus Ibu dan Ayah tukar pada susu lain. Alhamdullilah Ammar suka susu baru dan takdelah seperti sebelum ni.

Jadi pada ibu bapa di luar sana, pilihlah susu formula secara bijak. Semak label dan pastikan kandungan gula tambahan dalam susu formula anak anda.  Untuk semak pastikan label mengandungi label “Tanpa Gula Tambahan” atau “Kurang Gula”– boleh lihat di sini. Label yang mengandungi tagline “No sucrose” mungkin jugak mengandungi gula tambahan. Sayangi anak anda.

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

YaYaNsMuM said...

Yes, we want the best for our kid!(^_^)

amad said...

thanks for sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop