@ Abang oh Abang

Thursday, February 16, 2012

Abang mana? Abang Ammar la. Sedar tak sedar dah 4 tahun dah Ammar tahun ni. Ammar belum ke tadika - tapi alhamdullilah bolehla kenal huruf dan tulis. Baca masih sikit-sikit baru. Kena rajin sikit ajar Ammar sebab walau dalam liat tak liat nak fokus - ada juga dia tangkap certain words tu.

Cakap memang banyak macam bertih jagung. Tak larat nak layan. Tapi sekarang, Ibu akan make sure malam layan Ammar sepenuhnya. Nanti dah ada baby kesian die. Sambil tu terapkan peranan dia as abang nanti. So far oklah, dia tahu nanti ada baby coming. Dia cakap nanti akan share mainan dan jaga baby. Harap-harap nanti Ammar senang terima adiknya. Maklumlah dah 4 tahun sorang-sorang je dimanjakan. huhu.

Ibu juga dah cuba ajar dia uruskan diri sendiri. Mandi, pakai baju, basuh tangan, ambil baju sendiri, makan, ambil air - benda-benda simple yang dulu Ibu sedia Ammar kena belajar berdikari. Kesian juga sebab nanti Ammar kata - "Tolonglah Ammar Ibu, Ibu sayang Ammar kan". Huhu. Takpelah slow-slow. Bukan mudah nak tukar rutin. Ini gambar Ammar 2 mgg lepas. Time ni baru lepas demam - susut sikit. Sekarang dah tembam sikit.


Masih confuse umur 3 years ke 4 years



Tengah nak order la kononnya ni :) Last-last air milo 1 dan roti canai 1. Heh.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Cik Rose Cute said...

cepat betul budak2 membesarkan...kadang2 cik rose pun terlupa umur anak hehehe

Sidratul Muntaha said...

milo ais tu tandrad la budak2 minum
ye ye oo aku tunjuk kat dak aqil air mcm2
last2 boleh selamba ckp kat mamak tu:
atok!milo ais satu!nak minum,haus la!!
adoi..

~MAWAR~ said...

jemput join GA.. =)

http://acaiberryputrajaya.blogspot.com/2012/02/1st-giveaway-by-hayat-acai-berry.html

tQ

Hilmirda Daud said...

Ammar sebaya ngan anak Amy... kalau gi kedai mamak pun sama. mesti order air milo ngan roti canai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop