Minggu depan ada 'big day' menanti. 'Big Day' ni ada kaitan dengan study Ibu. Memang sangat berdebar rasanya. Dah cuba prepare apa yang patut. Tinggal nak prepare dari segi presentation sbb bab presentation selalu memang Ibu fail sikit. Huhu.
Malam ni dah balik ke Kedah. Ada kenduri. Ingatkan balik kali ni bolehla tenangkan fikiran - cari mood nak present minggu depan ni. Dah siap nak bercuti sehari di Penang dan nak sambut birthday Abah. Tapi sekali ada pulak dugaan yang datang. Sedih rasanya. Tak perlu la Ibu cerita apa dugaan tu just cukup untuk Ibu katakan memang rosakkan mood dan terus bertambah stress nak present minggu depan. Memang sangat down dan rasa macam nak dok bawah selimut je - boleh gitu? Huhu.
Takpelah. Ujian Allah kena le terima dengan pasrah. Nanti stress lebih-lebih - baby dalam perut pun terasa stress juga. Doakanlah ye semua. Semoga dipermudahkan. Amin.














2 kawan BabyIbu berkata-kata..:
ibu, saya pon ada big day tomorrow, present research progress to 3 panels, pun stress dgn pelbagai dugaan dan sangat rasa nak duk bwh selimut. hahahha..but, let us be strong, keluar dr selimut and say hi to the world..
good luck yana and mamaimran!! all da best for both of you.. :)
Post a Comment