@ My New Chair

Saturday, February 25, 2012

Lately Ibu banyak buat kat kat meja makan di dining hall. Tak larat nak bawa badan ni naik atas. Kira sesiapa datang rumah memang akan nampak ofis kecik aka meja makan tu. Hehe. Kami selalu makan kat dapur je - meja kecik. Cukup la 3 beranak. If ada tetamu - main tolak je semua laptop, buku dan printer ke tepi.

Meja kecik di dapur

Problem study kat meja makan ialah kerusi yang tak selesa. Maklumlah kerusi meja makan kan tegak je. Memang kalau nak direct buat keje lama-lama memang sakit la pinggang dan belakang. Lebih-lebih lagi sejak perut besar ni. So pujuk la Ayah beli kerusi baru.

Tadi pergi IKEA - dapat la satu kerusi baru. Memang best - boleh ekjas tinggi rendah dan depan belakang. Harga asal RM279 tapi tadi ada promosi special RM239. Budget bawah RM200 tapi ini macam paling best so Ibu beli jelah. Heh.

TORKEL

Semoga kerusi baru membawa semangat baru untuk study. Amin. :) Err tidur atas kerusi pun sedap ni - heheh.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Mrs Nageb said...

kerusi ikea memang best :)

BabyIbu said...

yup. banyak pilihan. pilih aje

laila tony said...

meja dinding tu beli kat mana..simple..n praktikal

BabyIbu said...

meja tu beli at ikea :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop