@ Tudung Bawal 3 Tone

Saturday, March 31, 2012

Wah tak tau pula sekarang glamer Tudung AidiJuma. Bila Ibu tanya apa tudung Aidijuma - tudung bawal rupanya. Adik Ibu la sibuk. Rupanya dia dok jual tudung bawal 3 tone ala tudung Aidijuma ni. Ketinggalan keretapi rupanya Ibu. Cantik-cantik juga - warna die. Sesiapa nak tengok bolehla ke


Sehelai RM15 sahaja

Antara warna yang ada


 maroon

 purple

 blue

 coklat

 yellow

peach

Cantik kan? Murah pun ye. Ada banyak lagi warna. So siapa berminat bolehla terjah


atau


@ Hijau pulak

Friday, March 30, 2012

Pink sudah. Purple sudah. Blue sudah.

Kali ni Green pula.

Ramai tanya nak tengok gambar.

Ini je gambor ada.


Berminat nak order Kelambu Moden?

@ Scan 3D/4D di Vision College

Baru ada kesempatan nak cerita pasal scan baby 3D/4D hari tu. Ibu pergi buat di Vison College di Kelana Jaya. Kebetulan hari tu dapat info dari my friend ada scan 3D/4D. Terus Ibu pergi. Semangat la katakan. Tapi at the same time nerves juga. Yelah dalam otak ni macam-macam fikir.


kaunter depan


mula-mula scan 2d dulu. tengok berat, ukur panjang dan sebagainya.


then baru buat 3d/4d. adui memang cuak. tapi sangat kagum. besarnya ciptaan allah. boleh baby dok main dengan tali pusat tu. Tapi baby sangat aktif so kena pergi jalan-jalan dulu. lepas 15 minit baru buat balik. Tu pun baby aktif juga - so agak susah nak capture gambar betul.


Ibu mendongak penuh kecuakan. Kalau la boleh mesin scan tu satu letak umah. Hari-hari Ibu scan. Hehe.

Ini merupakan tempat scan 3D/4D termurah setahu Ibu. Hanya RM90 sahaja termasuk CD. Kalau sesiapa berminat boleh contact terus Vison College.

@ Patchwork Shawl

Thursday, March 29, 2012

Sape minat shawl patchwork? Sape selalu terjah A**u mesti tahu berapa harganya. Kawan Ibu ni jual patchwork shawl  setanding A**u. tapi 3 kali ganda lebih murah tau.  Meh kita cuci mata sikit. Sapa berminat nak tengok - boleh terjah Facebook Patchwork Shawl. Stock limited tau - so sape cepat die dapat - ai dah pilih mana berkenan di hati, korang bila lagi :P











Cantik-cantik kan. Bila pakai lagi la nampak trendy dan cun. Ada banyak lagi design - boleh tengok di

@ Pendek ke Panjang ke

Ada yang bertanya pasal Short Handle Longchamp. So kat bawah ni harganya eh.

Short Handle Small
RMxxx

Short handle Medium
RMxx

DITUTUP

Harga Long handle - KLIK SINI!!

Tarikh last order ialah 15 April 2012

Deposit 50%


Apa bezanya tali pendek ke panjang?


Ini Short Handle Medium - Khaki


Ini Long Handle Medium - Khaki

P.s: Kaler ni sangat ekslusif. Suka2. Macam nak beli satu. Bolehke Ayah? :P

@ Pembantu Ibu

Semalam Ammar sibuk nak keluarkan mainan dari stor. Mainan dari IKEA yang macam roller aka vacume tu. Last-last Ibu cakap - amikla vacume Ibu tu - vacume cordless. Ammar tolong vacume rumah. Melompatla Ammar kesukaan - mode tensen sebab nak kemas dapur tapi Ammar dok sibuk nak masuk stor. Huhu.


Semangat nak vacume ni


Nampak Ibu tekan handset terus posing :p


Sempat la pusing satu rumah


Lepas tu die ke mana, vacume kat mana

Pastu Ibu la sambung vacume rumah. Hmm nasib baik cordless - I loikeee.

@ Peringatan di Petang Hari

Wednesday, March 28, 2012

Hari ni Ibu ada workshop. Memang sibuk sampai petang. So just nak share satu artikael Ibu dapat dari FB. Semoga dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang lebih baik. Amin.

 
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
 
1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
  • Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
  • Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
  • Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
  • Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
  • Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
  • Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
 
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
  • Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
  • Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
  • Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
  • Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
 
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
  • Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
  • Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

 
Source: kdt-scaniaz

@ Ada masa lagi

Ibu ada banyak paper yang kena hantar hujung bulan dan awal bulan ni. So will be very2 busy. Dengan itu Ibu akan melanjutkan contest Win COACH Wristlets!! sehingga...


15 April 2012



Jangan lupa sertai ye - COACH2 wrislets itu sangat cun!!! Ibu tenung je dari jauh. Huhu.


@ Semangat yang Hilang

Tuesday, March 27, 2012

Tinggal lagi sebulan-dua sebelum baby keluar. Ibu tengah semangat siapkan kerja-kerja PhD. Siap tu memang tak mungkinlah tapi at least buat setakat mana mampu dan sebanyak mana yang boleh. Tapi dengan keadaan badan yang 'memberat' dan 'mengembang' sekarang ni, ada semangat pun tak berapa nak jalan kerja. Baru duduk setengah jam badan dah lenguh dan sakit. Mengantuk pun ye jugak (er ada kaitan ke).

Ini tengah tersenguk-senguk depan PC di lab. Tengah betulkan chapter 2. Baca satu paragraph - pastu mulalah tersengguk. Padahal malam tadi dah tidur awal. Haii memang dugaan betul. Kat rumah lagi la tak boleh buat kerja - mana nak layan Ammar, mana nak buat kerja rumah lagi. So kat lab ni je boleh buat. Come on Ibu - kuatkan semangat. Chayokkk!!!

Source: Google

@ Beg dalam beg

Kebetulan pulak. Baru cerita pasal Longchamp ada pula promosi bag organiser. Since Ibu suka beg banyak poket - maka ini adalah solution untuk beg Longchamp. I loikeee...




Pelbagai pilihan warna


Lepas ni wallet, beg make up dan juga pampers Ammar




Cantikkan? - nak juga satu? - klik link bawah ni

@ Paris Mari!!!

Monday, March 26, 2012

Pre-order Longchamp!!


Order Ditutup!! Tq semua.

Berminat email babyibu at gmail dot com

ETA Awal bulan Mei
Deposit 50%

Apa yang best pasal Longchamp ni? Bestnya sebab dia sangat ringan dan senang dicuci if kotor. Memang beza la kalau korang bawa Longchamp dan beg lain. Nak pakai harian pun best dan nak bawa travel pun best. Sekarang, memang banyak yang tiruan kat luar-tapi kalau korang tengok pun dah tahu mana original dan mana imitation. Sangat lain. Ibu suka sangat Longchamp - kalau banyak duit mau beli semua kaler nak matching ngan baju. Huhu.

Long Handle Small
RMxxx

Long handle Medium
RMxxx

Short Handle Small
RMxxx

Short handle Medium
RMxxx
If berminat jenis atau saiz lain just email k (ada yang short handle dan ada yang ada design)


Warna Pilihan - boleh je kalau nak request warna lain.





Gambar Kiri: Long Handle Small (Taupe) - Dilipat
Gambar Kanan: Long Handle Medium (Navy) - Dilipat


Gambar Kanan: Long Handle Small (Taupe)
Gambar Kiri: Long Handle Medium (Navy)


Long Handle Medium (Khaki)
Beza saiz? Kalau Long Handle Small - ngam2 kertas A4. Ibu suka buat as everyday handbag. Kalau yang Long Handle Medium - besar skit. Pergi travel sehari muat sumbat macam-macam. Tapi sapa suka beg besar will love it as beg harian.

Ini kalau Short Handle Medium - Saiz ni paling cun Ibu rasa. Tak kecil tak besar. Ngam-ngam.


@ Tampalan Pertama

Sunday, March 25, 2012

Semalam pergi klinik gigi. Nak check gigi Ammar. Sebelum ni dah check, Dr kata gigi Ammar lapisan nipis. Senang berlubang. So memang tak bagitahu Ammar, terus je pergi jumpa Dr. gigi. Mula-mula Ammar cuak juga tapi alhamdullilah berjaya. Dah besar anak Ibu ni - sebenarnya Ibu ni lagi penakut jumpa Dr. gigi. Huhu.


Penat jugala nak suruh nganga luas2



Kadang-kadang ditepis juga tangan Dr. Huhu.



Terpaksala Ibu pun jadi nurse pegang tangan





Good boy!! Sebagai balasan Ayah kena bagi hadiah. Heh. Politik memang bagus betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop