Kelakar bila tengok ni. Ada kot betulnya. Time Ibu dulu masuk universiti baru merasa pakai handset. Masuk universiti juga baru merasa guna komputer sendiri. Laptop pun tak mampu. Teringat kes angkut monitor naik tingkat tiga lepas tu terlepas - pecah kat tangga. Sedih.
Sekarang ni semuanya cepat berkembang menjadikan benda-benda gadget ni murah. Bila mak bapak dah boleh beli - anak pun cepat la kenal. Kebanyakan anak yang mak bapak ada touch screen gadget ni mesti selalu nak touch kalau depan monitor pc atau tv. Heh. Bagusnya ialah banyak benda anak cepat belajar. Tak bagusnya pun banyak. So as parent kena la pantau.
Ammar pun memang suka. Dah pandai nak dowload dan install bagai. Kalau nak suruh senyap memang bagi je phone tu. Diamla die. Tak main game bukakan software belajar2 tu. Tapi tengah cuba kurangkan juga. Takut ketagih. Cepat rosak mata nanti. Lagipun ikutkan research budak kuat tengok tv/main game ni nanti susah dengar cakap dan kurang fokus belajar - baca kat paper tak ingat bila. So kena la kurangkan walaupun gadget ni memang mampu amankan situasi pada waktu tertentu. Huhu.















7 kawan BabyIbu berkata-kata..:
Setuju yang kita as parents kena sentiasa pantau. Bagi sy sendiri, memang kadang2 beri juga iphone/ipad utk mengurangkan gangguan anak terutama semasa program/ceramah etc. Tp cuba ganti instead of games, beri apps yg educational,huhu..mengurangkan sikit rasa bersalah la tu kononnya..
Tp skrg mmg cuba ganti with something else. Beri buku utk dibaca, Iqra' dan aktiviti books. Anak skrg mmg minat buat aktiviti book, so skrg mmg kurang sgt mintaknya ipad. Alhamdulillah =)
Akk tak nak ajar anak2 guna Ipad ke atau Iphone sbb kami tak ada pun benda2 tu semua. Yg ada cuma laptop je. DIaorg guna pun utk belajar phonetics dan kdg2 main games kat Disney.com.
Itulah bila dah ada - die yang lagi nak guna. Tengah nak kurangkan guna. If guna pun - mcm ummi maryam - bg something educational. Huhu.
masa pc rosak kat u, mengangkut cpu naik motor dgn member huhuhu...final year baru dapat beli pc itupun my mom belikan huhuhuhu..laptop jgn ceritalah..confem tak dapat hahaha
thanks for the info yana.
kita skrg lambakkan gadgets tu kat anak sbb xlarat layan anak buat perangai je.
hehehe.kan?kan?
catlina-zaman tu ada pc pun dah bgus. huhu
elyn-lama tak nampak
isabelle-betul. kadang2 tak nak bg juga. tapi bila banyak nau songehnya. bagi la kejap sementara nak buat keje. huhu.
Post a Comment