@ Mattel Warehouse Sales

Friday, March 23, 2012

Hari ni hari dok rumah dengan Ammar. Sekali member ajak pergi Mattel Warehouse Sales. Warehouse ni dekat je degan rumah Ibu - dekat dengan Tropicana Resort tu je. Kawan Ibu msg tu pukul 9 pagi. Kelam kabut siap sebab startnya pukul 10 pagi.

Sampai-sampai je orang dah penuh beratur. Tapi time tu pukul 10 pagi so pintu dah buka. Plannya Ibu jaga barang, kawan Ibu ambil barang. Sekali masuk2 je terpisah. Call pun tak dapat. Ibu pun pasrah dan redha jelah. Dengan perutnya, dengan Ammar sebelah tangan dan dengan kotak Ibu heret tangan sebelah lagi.

Beratur nak masuk

Ada barang Fisher Price, Barbie dan Hotwheel. Mula-mula sempat capai Hotwheel - kalau yang kecil RM5-15 (tapi Ibu tak sempat amik sebab jauh). Kalau yang set dalam RM35-RM50 - siap dengan track. Ini Ibu capai satu je. Maklumlah bawa Ammar kan. Kena la beli satu kat die. Cars pun ada (RM15-RM150). Batman (RM35). Barbie pun murah dalam RM20-RM40. Tapi dah tengah hari tadi dah clear. Ramai borong. Ibu tak ambil pun. Mula-mula ambil satu lepas tu Ammar pergi keluarkan.

Barang Fisher Price paling banyak. Dari yang kecik macam PeekABoo,  Music Bus untuk umur 3m - 36m dalam harga RM10-RM200 hinggalah ke yang besar macam swing (RM200/250), bouncer (RM150), play piano (RM100) dan learning table (RM100). Barang lain macam jumperoo, kereta tolak, walker tak nampak pun.

Orang memang berebut la. Ibu ala-ala makan angin je. Sambil tarik Ammar dan heret kotak. Tak mampu ambil apa-apa. Tangan penuh. Last-last Ibu pergi beratur je. Maaf gambar dalam tu dan mainan tak ambil. Tak cukup tangan. Sesak nafas rasa dalam tu plus dok jaga AMmar takut langgar or terkepit.

Masa beratur dapat contact kawan Ibu tu. Die datang beratur sekali. Dapat la Ibu pergi ambil barang satu untuk baby. Dia tengokkan Ammar dan kotak. Satu jelah Ibu amik - ramai sangat orang - tak sanggup bersesak. Huhu.

Orang beratur

Kesimpulannya - pergilah dengan husband dan  kalau boleh elak bawa anak elakkanlah. Kalau pergi ramai-ramai best juga sebab barang murah - nak buat hadiah hari jadi ke memang sangat sesuai. Tapi tadi Ibu dah surrender. Fikir nak keluar je. Huhu. Oh ya - warehouse ni sampai esok. so sape nak pergi sempat lagi. Pergi pagi2. Orang memang ramai tapi barang banyak tapi kalau pergi tengah hari or petang - orang tak ramai tapi barang dah kurang.

Akhirnya ini jelah dapat. Dari tak dapat apa-apa kan? Heh. - nak tahu lagi lanjut klik sini!!

Untuk Ammar

Untuk baby

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

farhana shamsuddin said...

nak kirim!! huhuhu

BabyIbu said...

ala farhana..yana pun tak mampu nak amik lebih. ramai sgt orangnya. huhu.

Raihana Rr said...

time saya pergi... penuh satu kereta borong fisher price... suka sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop