@ Semak label ya

Friday, March 9, 2012

Baru-baru ni masa pergi check up di Pusrawi dengan Dr. Zul, Ibu terpandang satu video yang ditayangkan di situ. Video ni membincangkan isu gula tambahan dan kesannya pada anak-anak kita. Pastu bila renung-renung, macam kenal je orang ni. Oh ya baru Ibu ingat. Ini adalah Prof Davies yang Ibu jumpa masa Q&A berkenaan isu gula tambahan ni.

Balik Ibu pun google video tu balik dan jumpa beberapa lagi video Prof Davies dan juga Dr. Munro. Boleh lihat di sini.


Video Dr. Davis



Video Dr. Munro

Antara yang ditekankan oleh mereka ialah sentiasa tengok label pada minuman dan makanan. Pastikan kenalpasti gula tambahan (Glucose syrup solids, corn syrup solids and sucrose) yang ada dalam kandungan minuman/makanan tersebut. Sekiranya nama gula tambahan itu berada di bahagian atas senarai kandungan atau terdapat lebih daripada satu nama gula tambahan yang ada, makanya kemungkinan besar minuman/makanan itu mempunya kandungan gula tambahan yang tinggi.

Anak kita tidak memerlukan gula tambahan. Oleh itu, gula tambahan dalam minuman/makanan dan susu tidak memberikan sebarang tujuan atau khasiat. Susu sudah pun mengandungi gula semulajadi dalam laktosa dan lebih dari 11g-12g adalah gula tambahan yang tidak baik untuk anak.

Kementerian Kesihatan pun dah melancarkan Kempen Kurangkan Gula. Tips terbaik daripada Kementerian Kesihatan ialah untuk memilih makanan yang mempunyai label “no added sugar” atau “less sugar” atau “sugar free”. Tapi hati-hati dengan produk yang mengatakan gula tambahan tertentu tiada seperti “no added sucrose” tapi kemungkinan jenis gula tambahan lain wujud masih ada.


 
Adalah penting untuk memberi minuman/makanan yang tiada gula tambahan pada anak kita. Terutamanya susu formula kerana susu formula sepatutnya bertujuan untuk memberi nutrisi tambahan untuk membantu pembesaran anak kita dan bukan sebaliknya. Kalau terlampau banyak gula tambahan, anak kita akan jadi gemuk, dan boleh mengalami sakit jantung dan kencing manis. Jangan main-main, bukan orang tua saja yang boleh dapat penyakit macam tu.

Setahu Ibu, kalau susu formula, Anmum Essential adalah satu-satunya susu formula yang tiada gula tambahan. Paling penting kena ingat – untuk susu formula – sekiranya “carbohidrat per serve” lebih daripada 11-12g makanya ia adalah gula tambahan. Mari semak label susu formula anak anda.

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop