@ Semangat yang Hilang

Tuesday, March 27, 2012

Tinggal lagi sebulan-dua sebelum baby keluar. Ibu tengah semangat siapkan kerja-kerja PhD. Siap tu memang tak mungkinlah tapi at least buat setakat mana mampu dan sebanyak mana yang boleh. Tapi dengan keadaan badan yang 'memberat' dan 'mengembang' sekarang ni, ada semangat pun tak berapa nak jalan kerja. Baru duduk setengah jam badan dah lenguh dan sakit. Mengantuk pun ye jugak (er ada kaitan ke).

Ini tengah tersenguk-senguk depan PC di lab. Tengah betulkan chapter 2. Baca satu paragraph - pastu mulalah tersengguk. Padahal malam tadi dah tidur awal. Haii memang dugaan betul. Kat rumah lagi la tak boleh buat kerja - mana nak layan Ammar, mana nak buat kerja rumah lagi. So kat lab ni je boleh buat. Come on Ibu - kuatkan semangat. Chayokkk!!!

Source: Google

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Mama Zharfan said...

selamat menimang baby kecik soon..moga dipermudahkan segala urusan..insya Allah :)

lama me tak singgah sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop