@ Tak perlu lagi...

Thursday, April 26, 2012

Selalu memang save fail (gambar atau fail kerja) di external hard disk atau pen drive. Tapi banyak je masalah seperti

 
  • Lepas buat kerja, tertinggal external hard disk atau pen drive di PC lab
  • Bila back up, sekali hilang atau rosak terus menangis tak berlagu
  • Bila nak guna - tertinggal pula di beg lain atau di rumah

 
Sekarang memang Ibu dah jarang pakai external hard disk atau pen drive untuk kerja. Habis tu guna apa? Gunalah DropBox. Apa benda tu? Kat DropBox ni, kita boleh simpan fail atau folder gambar, kerja dan lagu secara online.

 

Kalau online, if Internet down macam mana? Takpe sebab software die kita boleh download kat laptop di rumah dan juga PC di ofis. So bila kita edit/update/insert fail di salah satu folder di rumah atau ofis. Dia akan update semua fail di kesemua tempat. Contohnya, bila Ibu pergi lab. Ibu buka je folderDropBox kat PC lab dan buat kerja dari situ. Bila nak balik, save je macam biasa. Nanti dia akan automatik update dan save di laptop rumah sekali.



DropBox di Laptop

 

DropBox  di webpage


Satu lagi, if tiba-tiba guna pc di tempat lain. Just buka DropBox webpage dan kita boleh je access fail secara online - macam gambar di atas. Haa mudah bukan? So apa lagi register la DropBox hari ni. Free je pun. Untuk free account dapat dalam 2GB. If ikut arahan bawah ni boleh dapat extra 250MB.

 
Cara nak join
  1. Klik DropBox
  2. Register


3. Download DropBox - ni untuk install pada PC atau laptop.



4. Boleh ikut step Get started - If boleh buat sampai step 4 maka dapat free lagi 250MB



Nak banyak lagi space - boleh invite kekawan lain pula. Selain itu - anda boleh share file dalam DropBox ni dengan keluarga atau kawan-kawan. Mudahkan? :P

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

zh-ena said...

wah bagus la..blh simpan gambar :D
mana2 blh buka

AkmaFaizal said...

wah mcm menarik je..sesuailah utk org yg banyak buat keje cam student2 kot..hehe

Azizul Azri Mustaffa said...

kalau guna box lagi banyak boleh simpan, free 5 GB capacity..
http://www.box.com/personal/store-files-online/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop