@ Apa? Kenapa? Bagaimana?

Wednesday, May 16, 2012


Setiap hari Ibu akan tanya soalan-soalan pada Ayah (bukan satu soalan ye) :)

Hari ni makan apa? Sedap ke?
Kerja macam mana, ok?
Ada cerita best ke kat ofis?

Kalau nampak tak sihat

Badan ok ke?
Nak pergi klinik? (bunyi macam Ibu boleh bawa Ayah pergi klinik - huhu)
Nak ubat tak?

Kalau tengah tengok bola
Sape tengah lead?
Hebat ke player ni?

Kalau Ayah tengah drive balik kampung
Kalau kereta tu mahal ke?
Kereta A dan kereta B mana lagi ok?

Ye Ibu akui - ada separuh soalan tu macam bodoh je bunyi dan ada separuh Ibu bukan tak tau pun jawapannya. Jadi kenapa tanya? Ibu tanya sebab nak mulakan perbualan. Bukan sebab sibuk nak tahu kat ofis buat apa sebab jeles atau sibuk tanya kasi suami pening kepala.

Yelah kita kahwin ni bukan setahun dua tapi bertahun-tahun. Ibu dah biasakan diri sentiasa berbual dengan Ayah - tak kisah topik apa - Ibu main tanya je. Ibu tak nak dalam 10 tahun lagi, kita dah tak minat nak berbual sesama sendiri (sebab hari-hari tengok muka kan), bertanya hanya benda penting (macam pergi pasar nak beli apa atau nak makan apa hari ni) dan berbual pun ala-ala.

Lagipun apa salahnya bertanya benda remeh seperti di atas kalau ia dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri. Tak rugi pun kan kalau suami tanya isteri " awak buat apa hari ni - sibuk ke? sihat ke?" atau isteri tanya suami "kerja macam mana hari ni? penat ke?". Bukan rugi air liur pun malah menunjukkan yang kita ni sayang dan take care die. Tak gitu?

P.s: Semoga Ayah tak jemu layan soalan Ibu sampai ke akhir hayat :)

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

haha... saya slalu mcm ni, tp kdg2 suami naik tension. pernah jg kena, 'nama je buat PhD, tp soalan2 mcm ni pon x leh pikir jawapan nya ke...?' ni lah standard jawapan nya bila dah nak masuk 7 thn berkahwin. geram jg. lain kali nak jawab balik mcm yana tulis lah, 'bkn sibuk nak tahu sgt pon, nak buka cerita je. nama pon laki sendiri, x kan nak suh menyembang dgn laki org plak'. Eh, ayat yg last tu tertambah sendiri akibat emosi hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop