@ Demi anakku

Tuesday, May 29, 2012


Sebagai ibu bapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita terutamanya bab pemakanan. Macam Ammar, Ibu akan pastikan dia tak makan makanan ringan, minum susu secukupnya, makan multivitamin dan makan dengan betul. Tapi bila berkait dengan anak dalam perut macam mana pula?

Ibu cuba sedaya upaya tak makan makanan tak berkhasiat, makan obimin dan ambil makanan seimbang demi baby dalam perut. Tapi cukupke? Ibu ni dahla kurang gemar sayur-sayuran. Jadi setiap kali mengandung, ini antara yang menjadi kerisauan Ibu. Ibu selalu terfikir, apa yang Ibu makan hari ni cukupke untuk baby? Sebab kalau makan banyak pun, kalau kita punya sistem penghadaman yang lemah, nutrien tak sampai juga pada baby. Tak gitu? Huhu.

 
Nasib baik ada Anmum Materna baru dengan Probio DR10 and Prebiotic. Probio DR10 and Prebiotic ini merupakan nutrien tambahan baru dalam Anmum Materna. Nutrien lain macam folate, DHA, Gangliosides, kalsium dan zat besi Ibu dah ceritakan dalam entri sebelum ni. Semakin banyak kebaikan dalam Anmum Materna ni sebab tulah ia sentiasa menjadi pilihan utama jenama susu pre-natal yang paling dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia.



Apa benda Probio DR10™ dan Prebiotic tu?
  • Probiotic – bacteria baik yang membantu sistem penghadaman. Sistem penghadaman yang baik dapat menyokong penyerapan nutrient yang optimum. Probio DR10™ adalah sejenis Probiotic yang berasal daripada yogurt.
  • Prebiotic – menyediakan makanan kepada Probiotics untuk menyokong pertumbuhan. Prebotic macam Inulin dalam Anmum Materna berasal daripada tumbuh-tumbuhan.
 
Atau dipendekkan cerita:

Selain sebab kandungan nutriennya yang terbaik, sebab paling utama Ibu pilih Anmum Materna sebab rasanya yang sedap. Kalau tak percaya korang boleh cuba. Kalau untuk Ibu mengandung, sehari 2 gelas sudah cukup dalam membekalkan nutrien penting untuk kita dan baby. Untuk yang merancang untuk mengandung pun dah boleh mula minum untuk persediaan awal– sama juga 2 gelas satu hari. Insyaallah persediaan untuk mengandung akan lebih lengkap. :)


Yummy

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Cikpuan rara said...

rara pon minum sejak dh tau preggy.stakat ni hari hari x penah skip minum sbb ibunya ni dh lah suke makan makanan x berkhasiat.

Yaati Nor said...

saya minum yg coklat je boleh lalu.sekali sehari..tak cukupkan sekali..saya penah ty enfa mama, mmg tak blh minum bau mcm hanyir je..huhuhuh

MKD Parit Kecil said...

Tahukah anda Minyak Kelapa Dara mengandungi 1001 khasiat dan pembuatannya bebas dari bahan kimia? Layari http://khasiatminyakkelapadara.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop