@ Sharing is Caring

Wednesday, May 23, 2012


Siapa yang tak kenal jenama Kleenex® di Malaysia ni?

Kleenex® adalah jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk kelembutan dan kualitinya yang tiada tandingan. Ia juga merupakan jenama tisu muka dan tisu mandi paling laris di dunia. Tisu muka Kleenex® dihasilkan daripada gentian 100% asli menggunakan teknologi canggih untuk memastikan kualiti yang terbaik dalam kelembutan dan kekuatan. 





Ibu memang penggemar tisu  Kleenex®  kerana Ibu suka teksturnya yang lembut. Senang nak lap Ammar - lebih-lebih lagi Kleenex® sangat sesuai untuk kulit sensitif macam Ammar. Memang selalu wajib ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik study dan juga kereta. Ammar pun suka sangat tisu ni. Lembut kata Ammar.


Baru-baru ni,  Kleenex®  melancarkan kempen Share the Softness. Kempen ini memaparkan kepentingan kelembutan dalam kehidupan seharian kita dan juga menggalakkan perkongsian sebagai satu cara untuk menunjukkan keprihatinan kita. Kira sharing is caring gitu. Bila kita dapat kongsi benda yang baik - bukankah ia menunjukkan yang kita menghargai orang yang tersayang. Tak gitu?



Kita boleh meyertai kempen ini melalui beberapa cara seperti:


Menghantar pek Kleenex® Share Tissue melalui FB Kleenex Malaysia. Ibu dah hantar pada Tok Mama. Harap Tok Mama dah terima :). Cepat share ye - sehingga 31 Mei 2012 sahaja.

Selain tu ada juga aktiviti yang lain di FB seperti ruangan istimewa di mana peminat dapat berkongsi pendapat mengenai topik mingguan tertentu termasuk topik berkenaan jenama dan produk.



Berpeluang menyertai peraduan seperti Peraduan Kleenex® Moments yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM14,500 dan produk Kleenex®.  Peraduan Kleenex® Moments akan berlangsung sehingga 10 Jun 2012 - cepat sertai ye.


Ibu dah masuk - harap korang sudi klik sini k :)


Untuk setiap penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex® Moments, Kleenex® akan menderma satu pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan.


Kleenex® akan memperkenalkan pek istimewa dalam lima set Kleenex® Share pada harga runcit RM12.60. Kira anda bayar untuk 4 dan dapat satu pek free untuk dikongsi bersama orang tersayang.  Paling best sebab set Share bundle ni boleh didapati dalam pek edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semulajadi dan bunga- bungaan. Memang sangat cantik.





Jadi, marilah kita berkongsi kelembutan Kleenex bersama orang yang tersayang. Bukan terhad kepada ahli keluarga dan rakan-rakan tetapi juga jiran tetangga, guru-guru and lain-lain yang terdekat. 



CARA BARU UNTUK BERKONGSI KASIH SAYANG MELALUI 
KEMPEN KLEENEX® “SHARE THE SOFTNESS” 

Kleenex® menjemput rakyat Malaysia untuk Berkongsi Kelembutan bersama Rakan-rakan, Keluarga dan Golongan Kurang Bernasib Baik

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas- tol) pada hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop