@ Update - perihal mengandung

Monday, May 21, 2012

Dari semalam takde mood. Banyak benda fikir sampai tak boleh tidur. Nak update blog pun takde mood - huhu. So just nak update berita terkini jelah.

  1. Hospital - Selepas bertukar plan nak bersalin di Selangor, kami dah decide nak bersalin di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Dari rumah dalam 15-20 minit dan harganya pun standard private hospital kat Kedah so hopefully semuanya ok.
  2. Bidan - dah ada beberapa nombor - thanks pada yang sudi share. Tapi belum decide mana satu. Nanti Ibu update ye bila dah confirm.
  3. Set Bersalin - Fikir punya fikir last-last beli macam dulu juga. Set bersalin Klinik Maha - Klinik Dr Mahadhir di Kedah. My mom dah belikan. Nanti Ibu akan ambil gambar.
  4. Check up - semalam dah mula check dengan Dr. Zarul di PMC. Semua normal tapi baby belum engaged. Baby bagi can Ibu siapkan thesis dulu kot. Huhu.
  5. Baby Checklist - Done - klik sini untuk senarai
  6. Hospital Bag - Done - klik sini untuk senarai. Di PMC diorang sediakan baju untuk baby dan ibu - so just bawa baju untuk pakai masa balik jelah. 
Itu je kot update so far. Barang nak balik Kedah tak pack lagi. Nantilah lepas bersalin. Takde mood betul nak punggah barang sekarang. Badan memang dah tak berapa sedap - sakit sana sinun. Jadi mood nak buat keje memang out. Huhu. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.


4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Yaati Nor said...

Semoga dipermudahkan segalanya.Kakak dengan abg ipar saya ada bad experion dengan Dr Zarul tu. Dia tak blh detect kandungan akak saya dah kurang air ketuban.LAst2 kakak saya besalin kat hukm kena induce.

Eliss Mie said...

semoga dipermudahkan. seronok baca kawan2 semua nak bersalin. bila pulak turn kita for 2nd baby :p

Anonymous said...

kenapa pilih doktor lelaki? Kan lebih elok kalau doktor perempuan yang merawat, aurat terpelihara. Ustazah Noraslina Jusin ada tulis fasal ini dalam Majalah Solusi Isu # 32, tajuk artikel “Darurat Bukan Semudah Itu”. Kita yang sudah ada pengetahuan, wajar war warkan kepada setiap muslimah yang bakal melahirkan. Wallahu’alam.

zai said...

Blh sya tahu bidan yag dosyorkan d sg buloh. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop